Showing posts with label Bukan Fiksyen. Show all posts
Showing posts with label Bukan Fiksyen. Show all posts

Sunday, June 8, 2014

Luar Jangka

Kadang-kadang opah aku suka exaggerate, atau membesar-besarkan. Kalau bukan setiap pagi, sekurang-kurangnya tentang beberapa perkara tertentu. Contohnya setiap pagi dia akan jerit:

"Bak sini tuala basuh muka. Mata aku ni penuh taik mata. Taik mata besor kereta."

Taik mata besar kereta. Aku tak tahu mana dia dapat idea itu tapi begitulah setiap pagi. Dan bukan ini sahaja exaggeration yang opah buat, ada juga contoh-contoh lain yang aku tak ingat kerana tak persisten seperti 'taik mata besar kereta'. Barangkali dari opah juga aku dapat sifat membesar-besarkan ini. Kadang-kadanglah.

Selain itu, opah juga kadang-kadang mempunyai sifat non-conformist. Sifat tidak mahu bersetuju dengan orang lain. Itu atau mungkin lebih tepat cubaan untuk jadi unpredictable. Kesnya sama seperti bila kau suruh kawan kau teka harga sebalang madu yang berharga 300 ringgit. Harga 300 ringgit itu yang pada aku memang gila mahal berbanding madu-madu biasa, dan kau akan agak kawan tadi meneka dalam julat 50 ke 100 ringggit. Tetapi dia cuba menjadi cheeky dan meneka harganya 500 ringgit, melampaui harga sebenar, lantas membunuh element of surprise yang kau cuba beri bila memberitahu harga sebenar.

Macam apa yang berlaku tempohari, semasa opah nak ke jamban. Dia mengadu dia sudah terberak di dalam lampinnya. Jadi dalam cubaan untuk turut serta dalam permainan exaggeration opah, aku bertanya:

"Besor mana taiknya pah? Ada sebesor lori?"

Melampaui pencipta pemainan ini sendiri, aku menggunakan lori, yang lebih besar dari imaginasi opah selalunya. Opah pun menjawab:

"Sebesor longan"

Friday, June 6, 2014

Kawan

Setibanya aku di wad tingkat 3 itu, aku lihat beberapa orang jururawat mundar mandir  di koridor. Tiada sorang pun di meja pertanyaan, menggambarkan kesibukan masing-masing. Aku perhati bilik pertama di sebelah kanan, tertulis wad kuarantin atau pemeriksaan ke apa, aku tak berapa ingat. Yang pasti bukan bilik wad tempat pesakit baring-baring.

Jadi aku terus mendapatkan jururawat yang paling dekat, dan pada masa yang sama sedang berjalan ke arah aku. Orangnya kecil, berbangsa cina, mukanya manis, kulitnya putih. Sebelum dia sempat bertanya apa-apa, aku terus bertanya menggunakan intonasi tanpa kata soal: "Wad 3301?"

"Nak jumpa siapa ye?", soal jururawat tadi. Aku sedikit tergamam. Biasanya pertanyaan begitu untuk pelawat yang tidak tahu nombor wad, yang hanya tahu nama dan memerlukan bantuan jururawat untuk memberitahu nombor wad. Macam aku, aku sudah tahu nombor wad dan hanya mahu tahu di mana bilik itu sahaja. Jahat sangat ke rupa aku ni sampai diragui?

"Ermm kawan", jawab aku teragak-agak. Jawapan yang berkemungkinan menambahkan syak wasangka.

"Nama dia apa ye?", soal dia lagi.

Beberapa nama berlegar dalam fikiran aku sebelum aku memutuskan untuk memberi nama sebenar.

"Yasmeen"
"Ok jalan terus sampai hujung bilik sebelah kanan"

Aku terus berjalan mengikut arahannya tadi untuk melawat Yasmeen yang dimasukkan ke wad kerana menghidap radang paru-paru.

Ye Yasmeen yang berumur 2 tahun lebih itu. Inilah kawan-kawan aku sekarang, umur-umur dalam lingkungan 5 bulan ke  53 tahun.


Nota: Jangan risau, Yasmeen sudah pulih dan kini sudah kembali minum chatime, makan durian pakai dua tangan or whatever. Masing-masing!

Tuesday, January 4, 2011

Little Anarchists

Aku teringat bagaimana ditulis AKAB tentang budak-budak kecil sebagai simbol anarki. Berlari-lari tanpa peduli orang sekeliling. Memang betul, geram aje kadang-kadang.

Apapun tempoh hari semasa di kenduri sedara, aku terdengar anak-anak buah aku bermain kejar-kejar.

"Jom main polis sentri, saya jadi polis awak jadi pengurus"

Haha. Geli hati pada mulanya. Macam mana pencuri boleh tertukar jadi pengurus. Hehe budak-budak.

Tapi bila aku pikirkan balik, hubungan kedua-duanya, oh my these kids are good. Polis, Pengurus. Budak-budak ni memang dah naik level. Kecik-kecik dah pandai mock jenayah kolar putih. Salut!