Monday, January 24, 2011

Masak

Dalam Bahasa Melayu, masak mempunyai banyak maksud.

Pertama sekali, masak iaitu yang biasa kita buat di dapur, seperti memasak ikan, memasak tauge atau memasak risotto. Ini adalah yang paling koman digunakan dalam sehari. Ini kerana kita, manusia biasa, memang biasa memakan makanan yang dimasak. Ok.

Kedua, dan juga koman seperti yang pertama ialah proses buah menjadi ranum secara semulajadi. Buah, contohnya seperti buah mempelam akan bertukar dari hijau ke kuning apabila telah masak. Proses ini boleh terjadi ketika buah itu masih di atas pokok ataupun ketika disimpan dalam almari.

Ketiga, rasanya bukan rasmi, tetapi lebih kepada slanga, iaitu menunjukkan seseorang itu dalam masalah. Seseorang itu akan mengatakan dirinya masak apabila tersilap melakukan sesuatu, biasanya melibatkan orang lain seperti terjahanamkan mesin stamping milik syarikat. Mengatakan dirinya masak kerana dia tahu bahawa kesan daripada tindakannya dia akan dihukum.

Tetapi apabila situasi itu melibatkan hanya diri sendiri, tetapi skalanya agak besar seperti tidak pasti di mana kali terakhir meletak kamera jenis GF1 berserta lensa 20mm, yang sekarang kalau di pasaran eropah mencecah 900 dollar, perkataan masak juga nampak sesuai. Walaupun tidak ada hukuman kesan dari itu, tetapi perasaan masak itu sendiri menjadi hukuman.

Meminjam amalan orang Ambon yang meletakkan huruf 'e' di hujung beberapa perkataan, aku menamakan situasi ini sebagai 'masake'.

Dan jikalau benar-benar kamera tadi telah hilang, apa yang boleh dibuat? Masak tauge?

Tuesday, January 4, 2011

Little Anarchists

Aku teringat bagaimana ditulis AKAB tentang budak-budak kecil sebagai simbol anarki. Berlari-lari tanpa peduli orang sekeliling. Memang betul, geram aje kadang-kadang.

Apapun tempoh hari semasa di kenduri sedara, aku terdengar anak-anak buah aku bermain kejar-kejar.

"Jom main polis sentri, saya jadi polis awak jadi pengurus"

Haha. Geli hati pada mulanya. Macam mana pencuri boleh tertukar jadi pengurus. Hehe budak-budak.

Tapi bila aku pikirkan balik, hubungan kedua-duanya, oh my these kids are good. Polis, Pengurus. Budak-budak ni memang dah naik level. Kecik-kecik dah pandai mock jenayah kolar putih. Salut!

Sunday, December 26, 2010

Sedikit Info tentang MILO

Entri khas pada 17hb Disember 2010 untuk Opah

MILO pertama kali dilancarkan di Australia pada tahun 1934. Penghasilan MILO adalah hasil dari masalah yang dihadapi ketika Era 'Depression' iaitu kekurangan nutrisi di kalangan kanak-kanak.

MILO adalah sejenis minuman coklat malta yang sudah dicampur bahan-bahan lain. Jangan dikelirukan dengan coklat tulen. Kerana itu kita boleh bancuh Milo kosong dan rasanya masih sedap berbanding coklat kosong yang super pahit.

Apapun, Milo juga sebenarnya dipasarkan di negara-negara lain juga selain Malaysia, bertentangan dengan kepercayaan popular. Namun adalah satu fakta bahawa Malaysia merupakan pengguna terbesar Milo dalam dunia. Di Malaysia, Milo boleh dipesan di hampir kesemua premis makanan, dari gerai yang bertapak atas longkang sehingga ke restoran hotel 40 bintang. Walaubagaimanapun di negara lain, Milo adalah agak rare.

Mengikut sensus, 90% rakyat Malaysia adalah peminum/pemakan Milo. Dan 70% daripada penggunaan 90% itu adalah dari Opah. hehe

Selamat Hari Jadi Opah!

Saturday, December 11, 2010

Id Melawan Ego

Kadangkala aku secara pra-sedar akan memberi jawapan-jawapan tidak munasabah kepada soalan-soalan yang ditujukan kepada aku. Dan kadangkala soalan tadi dibalas dengan soalan pula. Ini barangkali disebabkan ego yang sudah menguasai id aku.

Macam tempoh hari di Kentaki, orang Kentaki itu bertanya pada aku, "Nak sos lebih bang?".
Orang normal akan menjawab "Oh boleh jugak". Betul, dan itu sebenarnya apa yang id aku mahu jawab.

Tapi tidak, mungkin kerana ego, atau mahu control macho, aku bertanya balik, "Ada?". Ini barangkali untuk menampakkan bagaimana aku rileks sahaja dan tidak terlalu excited mendapat sos lebih. Dan aku kemudian terfikir, jikalau aku lah yang menjadi orang kentaki tadi, dengan id aku tiba-tiba naik ego mungkin, mahu sahaja aku menjawab "Takde". Seakan menampar muka sendiri. Puas hati pun ada.

Tapi apa yang berlaku, id orang kentaki tadi mungkin kagum dengan ego aku sehingga aku balik dengan segenggam penuh sos cili extra.

Monday, December 6, 2010

This is How We Rock and Roll (the money)

Legendary Rock Band: We will be doing our very last concert together before we break up. Make sure you, our hard rocking fans, do not miss this once in a lifetime opportunity. We promise you the greatest show of the century with our awesome 1996 line-up. Hurry up for the tickets!

Die Hard Fan: Oh shit, the greatest rock band in the world is breaking up and is going to do a final concert. I'm feeling sad but at the same time really excited about this concert. I can't miss this one. I may have to sell my guitar to get the front seat and to buy all their one-time unique merchandise.

***

Three months later..

Legendary Rock Band: We will be doing a nationwide tour with another legendary rock band because you, our cool fans, asked for it. This is going to be the best concert ever to rock the nation's soil because this will be our last time together. Don't miss this one out especially if you missed the last one.

Die Hard Fan: Oh shit, they are doing another concert. My dream is coming true. Oh hell I had just wished that they would another one because the last was just not enough. I shouldn't miss this one for it will be the very last concert for my most favourite rock band in the world. Rock on! I'll work overtimes to get the best seat!

***

Five and a half months later..

Legendary Rock Band: Hey fellow fans, we will be doing a reunion concert. All of the old gang are back together to perform an ultimate final concert. This will be our final concert together before we all go on our own paths. And when we said all the old gang we really mean it. The concert will be featuring all of our former 14 guitarists, 8 bassists and 4 drummers. Get your tickets now for this explosive night!!


Die Hard Fan: Oh shit..

Tuesday, November 23, 2010

Binatang dan Jenisnya

Dalam dunia ini ada tiga jenis binatang.

Pertama:
Jenis yang menggigit anggota tubuh kita, katakan kaki, sehingga secebis kulit dan daging terkoyak dari induk. Cebisan ini akan diluakkan semula tak jauh dari kaki. Yang ini okay sedikit kerana kita boleh ambil cebisan daging tadi pergi ke ke klinik dan tampal semula.

Kedua
Jenis yang menggigit anggota tubuh kita, katakan kaki, sehingga secebis kulit dan daging terkoyak dari induk. Cebisan ini kemudian dikunyah dan ditelan. Yang ini tidak okay kerana kita tidak dapat mengambil semula cebisan tadi untuk ditampal kepada kaki kita yang rompong. Melainkan kalau kita bawa binatang tadi ke klinik dan ambil bahagian tubuhnya untuk ditampal ke kaki kita. Itupun tak elok kerana warna kulit tidak sama dan kalau binatang itu berbulu lagi tidak elok rupanya.

Ketiga
Jenis yang menjilat-jilat anggota tubuh kita, katakan kaki, kemudian dibiarkan tidak berbasuh. Kaki kita tidak semena-mena akan berbau ikan. Yang ini pun tidak okay kerana bakal menarik perhatian yang pertama dan kedua.

Monday, November 1, 2010