Wednesday, November 28, 2012

Caca Marba

"Ada nampak Zainorin tak?", soal akauntan syarikat.
"Zainorin? Eh ada, ada tadi", jawab Wan Jalud.
"Dekat mana eh? Dekat sini?"
"Ermmm kat mana eh? Saya ada nampak dia tadi tapi tak sure pulak kat mana."
"Dekat meja dia ke?"
"Herrmm alaa mana tadi saya nampak dia kejap nak ingat balik. Hmmm... Haaa ohhh dalam email tadi.hehe"

Saturday, November 10, 2012

Salah Sampai

Manusia sering salah faham, samada disebabkan penghantaran mesej itu salah atau penerima mesej itu tidak interpret dengan betul. Apapun damage-nya tetap sama.

Ini mengingatkan aku pada tahun lepas ketika di majlis kahwin Abdul Rahman (aku pendekkan sikit jadi Abderahman je lepas ni). Majlis ini sbelah Abderahman, iaitu 2 minggu selepas belah perempuan.

Sewaktu sesi mengambil gambar biasa-biasa di depan pagar rumah, aku dan kutu-kutu berahak yang lain akan bersembang-sembang dan bergelak ketawa bersama pengantin. Kemudian seorang kutu bernama Syeh mengajukan soalan: "Berapa kali Man?"

Soalan begini boleh dikatakan wajib memandangkan kami semua tidak pergi ke majlis pernikahan Abderahman ni 2 minggu sebelum itu. Jadi soalan berapa kali lafaz nikah ini memang soalan yang sangat cliche di kalangan kawan-kawan. Cumanya Syeh hanya bertanya 'berapa kali' tanpa merujuk kepada apa-apa, menjangkakan pengantin lelaki ini faham-faham sendiri.

"Hehehe bodoh sial Syeh", kata Abderahman ketawa kecil, tersipu-sipu malu. Aku dan kutu-kutu berahak lain agak hairan dengan reaksi si Abderahman ini. Aku yang merasakan sesuatu tidak kena terus memperjelaskan kepadanya: "Haritu akad, berapa kali lafaz?"

"Ohhh sekali je laa hahaha", Abderahman kali ini ketawa besar. Barangkali mentertawakan kekeliruan dirinya sendiri atau menggambarkan kelegaan daripada apa yang difikirkannya.

Di sini Abderahman telah salah faham. Tetapi kerana soalan itu datangnya dari Syeh, aku tak salahkan Abderahman.