Monday, November 30, 2009

Kepantangan

Fizani baru sahaja selesai menyusun barang di bilik rumah sewa barunya apabila Zairol mengajaknya bersembang di ruang tamu. Zairol merupakan antara perintis dalam pembukaan rumah sewa itu. Atau lebih sesuai pangsapuri sewa. Termasuk Fizani, kini sudah ada 4 orang penghuni di pangsapuri sewa yang terletak di Desa Petaling itu.

Zairol mula bersembang dengan bertanya perihal Fizani yakni, pekerjaan, pelajaran dan peleseran. Dia kemudiannya bercerita tentang bagaimana dia menemui tempat ini bersama 2 orang penyewa yang lain, Maliki dan Amin. Bagaimana tempat ini berubah berbanding 2 tahun lalu, walaupun tidak begitu signifikan sebenarnya.

Arah perbualan itu seperti dapat dikesan Fizani apabila merasakan corak penceritaannya daripada aktiviti dan prinsip mereka, Zairol seolah-olah cuba memberitahu bahawa mereka bertiga adalah dari kalangan yang baik-baik dan berdisiplin kuat. Ia seperti satu amaran halus buat pendatang baru Fizani agar tidak menganggu ekosistem sempurna di pangsapuri sewa itu.

"Ada dua kepantangan mak aku", Zairol dengan tiba-tiba menceritakan kepantangan ibunya sambil menunjukkan jari telunjuk dan jari tengah nya. "Pertama, bawak perempuan naik atas. Kedua, nangka."
"Nangka?", soal Fizani kehairanan. Kalau yang pertama itu faham jugalah dia.

"Angin. Tak tahan dia. Seulas pun mau demam 2 hari."

Monday, November 23, 2009

Friday, October 16, 2009

Dunia Dalam Satu Gambar



a)Lelaki berhooded coklat menggambarkan golongan kapitalis yang sentiasa mengira keuntungan walaupun rakyatnya (baju putih lengan hijau) tertindas. Kakinya menyerangkah menghalang rakyat dari akses kepada bekalan makanan. Tiada wang tiada makanan.

b)Berbaju putih lengan hijau tidur di atas lantai menggambarkan golongan yang ditindas tetapi tetap angkuh, berpeluk tubuh tanpa mahu berusaha, atas nama anarki. ini boleh disamakan dengan golongan 'on the dole' di England, yang biasanya akan menyertai kumpulan punk dan skinhead. Membantah tindakan kerajaan memberi pekerjaan kepada warga asing tetapi pada masa yang sama malas untuk bekerja.

c)Yang berbaring atas katil ini dinamakan pseudo-pembela rakyat. Menggambarkan diri seperti ditindas, tetapi sebenarnya dilimpahi keselesaan (digambarkan dengan penggunaan bantal berlebihan) hasil titik peluh rakyat (yang mengambil gambar). Lantang dalam memperjuangkan nasib rakyat kurang bernasib baik, tetapi mengambil kesempatan atas publisiti yang diberikan. Lihat sajalah boxer yang mahal itu.

d)Dan lelaki dihadapan PC mewakili golongan freethinker dan hedonist yang semakin bertambah di dunia ini hari demi hari. Keengganan untuk berpakaian dan menggunakan muzik untuk mengekspresi diri melambangkan gaya hidup bebas dan hippie golongan ini. Seperti bagaimana mereka tidak pedulikan hal sekeliling, begitulah juga orang ramai tidak mempedulikan mereka.

.....

Kalau anda perasan, mereka ini adalah golongan minoriti sebenarnya. Rakyat normal, yakni majoriti, tidak dipaparkan dalam gambar ini atas 'nature' rakyat biasa itu sendiri. Golongan-golongan di dalam gambar ini adalah yang biasanya menjadi fokus utama. Kisah mereka ini disensasikan, lalu menjadi tatapan rakyat biasa. Jadi kerana itu lah rakyat biasa tidak dipaparkan kerana sedang mengambil gambar ini.
Ataupun mungkin sedang mandi di ampaian.

Wednesday, September 30, 2009

Syarat Malam-malam Raya

Setelah aku perhatikan industri televisyen tempatan ni, aku dapat mengenalpasti corak drama yang dipaparkan terutama sekali menjelang, atau pada hari raya. Biasanya pada malam raya, akan ada satu drama di TV (kalau bernasib baik, dua) akan disiarkan sebagai hiburan orang ramai di kala menganyam ketupat.
Berikut merupakan 10 perkara yang boleh didapati dalam drama tempatan, samada salah satu atau kesemuanya sekali.

1. Rosyam Nor

2. Mesti cerita tentang kekeluargaan.

3. Diakhiri dengan kematian, dan selalunya pada pagi raya. Kadang-kadang satu keluarga mati.

4. Keluarga itu biasanya keluarga yang susah, duduk di kampung dalam keadaan daif.

5. Rosyam Nor

6. Dalam adik-beradik yang ramai, biasanya mesti seorang sahaja yang elok perangai (protagonis). Adik-beradik lain semuanya berperangai jijik, lupa diri, tak berperikemanusiaan dan memandu Mercedes.

7. Protagonis biasanya akan tertindas sepanjang cerita, sehinggalah perkara no. 3 berlaku dan mereka yang menindas sebelum ini akan menangis kesesalan. Termasuklah penonton di rumah.

8. Kampung yang dipilih biasanya di Kuala Selangor, supaya tak perlu menukar loghat.

9. Dan pada ketika no. 7 berlaku, kesemua perkara yang dirahsiakan oleh protagonis akan di uraikan, lalu bertambah sedih.

10. Roy Azman sebagai watak tepi.

Friday, September 25, 2009

Hidup dalam Drama

Skrip-skrip dibawah dipetik dari sebuah drama melayu di TV.

Babak 1:
Sarah: Tadi Sarah terjumpa diorang ni ha, melawat kubur mak ayah diorang. (merujuk kepada dua orang anak yatim piatu)
Bapa Sarah: Mak ayah?!
Sarah: Ha, mak ayah diorang dah meninggal, kemalangan beberapa tahun dulu.

Komen:
Apa agaknya yang bermain di fikiran bapa Sarah. Sarah beritahu bahawa budak-budak itu melawat kubur mak ayah mereka, dan disambut dengan penuh kehairanan oleh bapanya. Ada dua kebarangkalian. Mungkin bapaknya hairan budak-budak tadi adalah manusia yang mempunyai ibu bapa, hidup atau tidak. Atau, dia hairan apa yang mak ayah mereka buat di dalam kubur, lantas Sarah menjelaskan bahawa mereka sudah meninggal, dan kerana itu duduk di dalam kubur.
Secara logiknya, mungkin dia terkejut kerana budak-budak ini telah kehilangan kedua-dua ibu bapa mereka, tetapi cara dia terkejut tidak memberi implikasi yang sepatutnya. Mungkin dengan hanya memberi respon "Ohhh" lebih sesuai.

Babak 2:
Bapa Sarah: Wahh sedap awak masak rendang tahun ni, berselera saya makan ni.
Mak Sarah: Tengok lah siapa yang masak bang.
Bapa Sarah: Tau! Hehehe.

Komen:
Macam mana kira ni? Bapa Sarah memuji masakan isterinya, dengan frasa "awak masak" bagi menandakan bahwa dia tahu siapa yang memasaknya. Kemudian isterinya berkias sedikit, mengisyaratkan bahawa dialah tukang masaknya walaupun suaminya sedia tahu siapa yang memasaknya. Okay, mungkin ini satu cara isterinya untuk berlagak, walaupun agak kurang berkesan tetapi boleh diterima. Kemudian suaminya ini, iaitu bapa Sarah tadi, menjawab dengan 'affirmative' bahawa dia tahu siapa yang memasaknya.
Rasanya kalau skrip ini dibuang terus mungkin lebih membantu jalan cerita dan sudah pasti menjimatkan filem.

Wednesday, September 23, 2009

Warna Kegemaran

Biasa dulu, kalau dalam mengisi biodata, antara soalan favrit adalah warna kegemaran. Warna, kata orang boleh menggambarkan personaliti sesorang itu. Menggemari sesuatu warna itu dikatakan adalah satu tindakan pra-sedar yang sedikit sebanyak mencerminkan kendiri jelas atau tersembunyi dalam diri kita. Tapi pasti ramai juga dalam masa yang sama, mempersoalkan secara vokal atau tidak; "Iye ke?".

Biasanya warna akan dikaitkan dengan sifat-sifat manusia. Putih contohnya dikaitkan kesucian, pembersih dan disiplin. Kalau merah pula, mesti akan dipasangkan dengan kemarahan, darah muda, dan keberanian. Secara fizikal memang ye, warna-warna ini memberi impresi psikologikal seperti yang disebutkan. Tetapi kalau nak dikatakan menggambarkan sifat si penggemar, boleh dikatakan ada bullshit-nya juga.

Antara contohnya adalah warna pink. Tanggapan orang biasanya pink ini akan melambangkan feminisme. Entah macam mana perkara ini boleh berlaku, walhal awal abad ke 20 dulu warna pink lebih sinonim dengan budak lelaki. Macam aku, mungkin aku tidak suka warna pink atas sebab tanggapan ini (sebelum difikirkan semula hal ini) dan yang pasti kerana warna pink ini pada mata aku bukan cantik pun. Tapi nak dikatakan feminist, takkanlah si jantan-alfa Clint Eastwood boleh gah memandu kereta pink-nya dalam Pink Cadillac.

Sesetengah orang, warna menjadi obsesi. Kalau meminati satu-satu warna itu, hampir segala barangannya akan di dalam lingkungan monokroma yang sama. Dari baju, ke cermin mata, kasut dan kereta, semuanya kerana obses dengan warna kegemaran. Macam aku, kalau ditanya warna kegemaran mungkin akan menjawab kuning atau oren, kerana nampak sedap seperti buah lemon dan limau. Tetapi bukanlah kegemaran aku untuk memakai baju warna kuning.

Aku lebih gemar memakai baju warna hitam, bukan kerana 'gloom', tetapi kerana kalau orang lain makan kemudian kuahnya terpercik ke baju, tidak akan nampak. Err dan mungkin juga kerana itu sahaja saiz yang ada.

Tuesday, September 15, 2009

Buka Puasa Yang Ramai-Ramai Punya (BPYRRP) 3



Pada 12 September 2009, sekali lagi Majlis berbuka Puasa dapat dianjurkan buat kali ketiga bertuturt-turut. Kali ini dengan kehadiran seramai 29 orang (termasuk adik kecil).
Tempat berbuka adalah di Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA), Bukit Kiara.

Walaubagaimanapun, 3 orang rakan yang sepatutnya menyertai terpaksa menarik diri kerana kemalangan (Che Nab) dan kereta rosak (Pujek dan Leen).

1. Ahmad Adib
2. Jentrongs
3. Rokiah 3gp
4. Pet gumuks
5. ILa Lirit aka Jay Z
6. Bai Cacing
7. Bulu Pubis
8. Elilealea
9. Datuk Ben Dug
10. Popo Sluts
11. Bob Boweto Caulker
12. Jerry Fithri aka Lokapintit
13. Abbas Lengan
14. Zurie
15. Adik Zurie
16. Tat Dedaks
17. Anne Hensem
18. Toron Ducati
19. Dirah aka Chaotic Kitten
20. Sunny Laki Ain
21. Ain Bini Puchong
22. Lord Eyesblong
23. Sinah
24. Mat Dusun
25. Nang Linang
26. Ancak Biker
27. Bevendran 500Dave
28. Kan Ding Dong
29. Arissa Qistina Sani




Pilihan makanan memang banyak. Kalau tidak takkanlah Toron sampai menjerit-jerit masa berebut makanan. Tempat besar dan kami duduk di bahagian luar dekat padang. Senang nak main golf terus. InsyaAllah tahun depan kita berbuka lagi k.

Sunday, August 30, 2009

Dream Destination: Jajce, Bosnia Herzegovina

Picture courtesy of Virtual Tourist

Picture courtesy of Panoramio

Flight Malaysia-Sarajevo: RM 6664 (around mid 2010)

How now brown cow?

Tuesday, August 18, 2009

Frim Fram S.O.S

Ini berlaku pada 14 Ogos 2009.

Jumaat lalu aku menerima mesej daripada Toron (nama dia memang Toron) atau Syahir, mengajak untuk berjalan-jalan di hutan FRIM di Kepong bersama Dirah dan beberapa sekutu kuat mereka pada hari Ahad. Agak keberatan juga mulanya, tetapi memandangkan gayanya macam jalan-jalan ringan seperti mereka buat dengan Eyesblong tempoh hari, aku bersetuju.

Di taman FRIM, ketika ada sedikit mix-up tentang tempat bermula, aku dan Syahir pergi membeli tiket untuk Jambatan Gantung. Di kaunter bayaran aku bertanya kepada kakak yang menjual tiket itu tentang ketinggian perjalanan ke Jambatan Gantung. Kakak ke atau makcik aku tak pasti, jadi panggil kakcik lah. Kakcik itu kata 'takde tinggi pun' sambil tersengih-sengih kecil melayan jenaka retard aku.
Bukan apa, aku tidak berapa suka aktiviti-aktiviti melawan graviti. Yelah graviti membantu kita secara fizikal, kenapa nak dilawan-lawan pulak. Jadi jawapan kakcik tadi sedikit sebanyak menenangkan jiwa aku. Kutu-kutu lain yang turut menyertai adalah Tompel, Shaz, Jedai dan Yong Shi Qim.

Menurut peta yang dibekalkan, keseluruhan perjalanan adalah dalam 2-3 kilometer. 1.8km naik dan turun pendek sedikit jaraknya. Ketika di point of no return, aku sudah nampak jalan mendaki yang agak tinggi. Ada juga sedikit rasa di dalam hati untuk patah balik dan melihat pameran kraftangan di bangunan D4 sahaja. Tapi takpelah, mana boleh kalah dengan gadis-gadis 3R ni.

Point of no return


Pada awalnya, jalan agak mudah. Jalannya lebar, dan dipenuhi batu kerikil. Bukitnya landai walaupun agak panjang. Masa tu aku masih lagi mampu bergelak ketawa dengan Syahir tentang pesanan dalam peta. Hehe. Tompel sibuk bermain dengan ulat gonggok sementara budak-budak perempuan laju saja berjalan di depan. Bersembang pasal beg tangan kot.

Ulat Gonggok


Sampai di open space, aku berasa agak kecewa. Yelah, dalam peta nampak macam besar. Dan bila nampak macam besar, ia akan nampak macam ada orang menjual-jual air atau kuih di situ. Paling tidak pun kraftangan. Hakikatnya, bilik hostel Keledek lagi besar rasanya. Ek.

Di open space ini ada 2 jalan yang boleh dipilih. Hendak terus melalui jalan kerikil, atau naik lagi ke atas melalui jalan hutan menuju ke Jambatan Gantung (atau JG. Mulai sekarang akan dirujuk sebagai JG bagi menjimatkan dakwat komputer). Memandangkan, tiket JG sudah dibeli, kami pun meneruskan perjalanan naik mengikut jalan hutan. Sepuluh minit pertama menaiki jalan itu aku sudah mula rasa macam mahu mencaples muka kakcik tadi. Tak tinggi konon.

Kalau dikira-kira lebih sepuluh kali aku berhenti rehat rasanya. Masa tu ada macam-macam rasa. Nak patah balik pun ada, nak mencaples janggut Toron pun ada, nak terajang belakang lutut Tompel pun ada. Tapi itulah, nak petik kamera pun tak larat, lagi mau pukul orang.
Dan jikalau dilihat dalam koleksi gambar, yang ada hanyalah gambar sebelum open space dan gambar di JG. Di antara itu takde mood nak ambik gambar pun.

Laju kedepan, kami sampai di JG. Tinggi juga JG ni, dalam 1000 kaki kata penunggunya. Lepas JG turun pula, dan mengikut jalan hutan juga. Boleh tahan juga mencabar sehinggakan Tompel mula meracau dalam bahasa Mandarin. Yong Shi Qim pun layan saja. Aku balas pula dalam kantonis. Rasakan.


JG

Sampai di bawah rasa macam mahu berendam di tali air, tapi budak-budak yang bermain air di situ macam tidak bagi join saja. Dalam 2 jam jugalah jungle trekking. Walaupun rasa macam celaka tapi adalah manfaat hari Ahad itu. Seronok pun ada kerana masih hidup.

Mungkin ada yang membaca sambil gelak-gelak dan berkata "eleh, FRIM tu aku boleh naik dengan kaki ikat sebelah siap".

Mai sini dukung aku naik tengok.

Saturday, August 15, 2009

The Arachnid Diaries

Few months back, I watched a National Geographic documentary on the life cycle of, if I'm not mistaken, Black Spiders (or something like that). It was quite interesting, especially about the relationship between the male and female spiders.

Mind my fragile memory though. As far as I remember It was about how the male would seduce the female spider with offerings of trapped flies and mosquitoes on the web. The female would then follow suit, eating dinner, have sex, and before you know it the male spider would get entangled in its own web by the female and gets its life sucked out. In short its like coax-date-screw-get screwed over.

The narrator of the documentary made it sound fascinating, attempting to instill shock in the audience for this somewhat peculiar nature.
Peculiar you say?
Well I think it's just err human nature.

Saturday, August 8, 2009

Third



I have just bought the album Third by Portishead. I know I'm outdated but the fact that I refused to download the album from rapidshare should provide a good excuse.

Okay, I think last night the CD just got to it's 6th cycle since I popped it in my car's CD player. And I think I would leave it there until it's 9th cycle before changing it to something else. This is just to show that I like this album. Really like it.

Dare I say that I prefer this album to their definitive debut Dummy.
With more somewhat err catchier songs (The Rip, Magic Doors, Deep Water, at least to me), Third even sounds bigger with some instrumental experiments by the trio. This album might not sound as downtempo as Dummy, but I personally think they have taken it to a whole new level. Faster numbers such as Silence, Nylon Smile and Machine Gun provide momentum to the flow of songs as they are strategically placed, like your typical roller-coaster rides.

And while Beth's vocals are as signature as ever, Threads seems to be the only song that could have been fished out from their previous albums. Despite the increase of pace, Third is still as dark as both of their previous albums, marking a trademark by these Bristol pioneers.
To me, Portishead is no short of redefining itself. The change might not be in the scale of Radiohead's Ok Computer-Kid A, but in their case it is just perfect.

Thursday, August 6, 2009

Kerisik Khabar

Saiful dan rakan-rakannya baru dalam perjalanan ke kereta apabila Puan Lamah tiba-tiba muncul di hadapan pintu pagar rumahnya. Puan Lamah adalah rakan kepada ibu Saiful, Puan Lailatul.

Seperti melayu stereotype, sesi 'greetings-lama-tak-jumpa' pun berlangsung di laman rumah, dengan Saiful tersengih-sengih apabila Puan Lailatul memperkenalkan bakal menantunya, Zubaidah kepada Puan Lamah. Rakan Saiful, Amin yang ketika itu begitu semangat dengan seluar pendeknya sudah melangkah laju menuju kereta diikuti Kahar dan isterinya, Sasha. Mereka semua cadangnya hendak pergi mandi di pantai.

"Yang mana satu cik Laila?", bisik Puan Lamah tatkala Saiful dan rakan-rakannya masuk ke dalam kereta yang terletak dalam 3 meter dari pagar rumah.
Apa yang tidak diketahui Saiful dan rakan-rakannya ialah hajat sebenar Puan Lamah ke rumah ibunya. Khabarnya, dia mahu perkenankan anaknya Ainsyah, kepada salah seorang rakan Saiful, dan dalam kes ini, Amin lah. Malangnya, Amin pula pada masa yang sama keluar mandi pantai lalu sesi berbual tidak dapat dijalankan. Namun, dia masih mahu mengetahui rakan Saiful yang di cadangkan oleh Puan Lailatul. Mana tahu kalau-kalau, dirasanya sesuai sekali pandang. Tetapi, tidak mengapa kerana dia memang mahu melawat Puan Lailatul pun.

"Yang itu ha", jawab Puan Lailatul sambil menunujuk dengan kurang persis ke arah kereta Zubaidah.

"Yang tinggi pakai baju kelabu tu ke?" soal Puan Lamah lagi sambil tersenyum simpul.

"Eh bukan itu ha, yang pakai seluar pendek baju hitam tu. Aa yang duduk depan tu", kali ini deskripsi tentang Amin lebih jelas.

Puan Lamah mengecilkan matanya untuk memanjangkan titik fokus matanya. Dia mahu melihat betul-betul kali ini. Mungkin dia terlepas pandang Amin yang lalu di tepinya tadi.

"Ohh yang itu ke?"

"Haaa yang itu le", jawab Puan Lailatul.

Air muka Puan Lamah sedikit berubah. Suasana senyap seketika. Dilihatnya sahaja kereta itu berlalu pergi. Tetapi secara khususnya dia melihat Amin dengan gelagatnya menghentak-hentak siling kereta. Familinya yang sudah bersedia untuk minum teh di dalam rumah tercegat sahaja di hadapan laman rumah, termasuk Ainsyah. Puan Lamah membetulkan sedikit tudungnya dan kali ini tiada senyuman di mukanya.

"Eheh", Puan Lamah tiba-tiba bersuara, sambil tersengih tidak ikhlas. Sambil melihat jam tangan dia menambah.

"Ohh kebetulan pulak cik Laila, saya ada kena pegi kedai pulak, nak beli dedak ayam, lambat karang tutup pulak kedainya." kata Puan Lamah sambil menghulurkan tangan kepada Puan Lailatul.

"Aik tak masuk minum dulu?" pelawa Puan Lailatul.

"Eh takpe-takpe karang tak makan pulak ayam-ayam saya. Nih pegi salam auntie Laila ni pastu masuk kereta cepat", Puan Lamah memberi arahan mutlak kepada anak-anaknya.

Kedai dedak tutup pada pukul 5 petang dan waktu itu baru pukul 11 pagi.

Saturday, July 25, 2009

Zon Dwi-Cahaya

Adalah dulu, ketika hendak menonton wayang di Wan Utama, aku dan Trongs menanti di luar rumah Rokiah di Petaling Jaya sana. Biasalah dulu kalau tengok wayang akan singgah di rumah Rokiah dulu. Boleh tahan juga menunggu tuan puteri ini bersiap.

Pada masa tu, ada sebuah kereta menanti di depan rumah, dengan memasang lampu menyuluh kami berdua seperti mahu ditangkap polis. Barangkali menunggu salah seorang housemate si Rokiah. Kemudian aku nampak kelibat satu kutu ni, Emi Wainhaus namanya, keluar dari rumah dan menuju ke kereta. Kerana aku kenal dia ni aku pun tegur lah.

"Waow, kerja lewat malam nampak", aku membuat kesimpulan.

Senyap. Dalam kesilauan itu, dia hanya tunduk berjalan pantas masuk dalam kereta tanpa berkata apa-apa.
"Amboih, bukan main 'eksyen' lagi budak inih," kata hati aku.

Tak lama, muncul lagi kelibat si Emi ini tadi, keluar dari rumah dan menuju ke kereta. Aku mula berasa aneh, bagaikan dalam siri TV Twilight Zone (bukan Ampangan Maut). Apa benda nih?

"Wah korang pegi tengok wayang ke? Best nya", kata Emi yang nombor 2 ini, sebelum masuk dalam kereta.

Aku pula yang jadi senyap tak menjawab apa-apa.
Hinggalah kemudian baru aku tau yang Emi nombor satu tadi adalah kembarnya Erma Fatimah. Haha

Apapun selamat hari jadi kedua-duanya.

Thursday, July 23, 2009

Pesanan Limpas

Pelayan: Order bang.

Azman : Ermmm.. err bagi nasik putih dengan telur bungkus satu

Pelayan: Nasik putih, telur bungkus..

Azman : Erm lagi satu ermm.... Aa bagi daging sweet and sour satu. Bungkus eh.

Pelayan: Daging sweet and sour. Semua bungkus ke?

Azman : Yang tadi tu makan. Yang daging ni bungkus, yang tadi.. nasik..

Pelayan: Nasik putih telur bungkus..

Azman : Haa nasik putih telur makan bungkus.

Pelayan: Orait.

Friday, July 17, 2009

Binatang Aneh




Jangan ditenung matanya

Thursday, July 16, 2009

Catalyst - Oceansize

One of the well-known overlooked bands in my opinion.

Thursday, July 9, 2009

Kendiri

Hari itu adalah Hari Raya yang ke-5 sewaktu Aidid, dari Kuala Lumpur telah singgah di rumah rakannya Hazamir di Kampung Lindungan. Hazamir yang mengajaknya, sudah lama tak berjumpa katanya. Sesampai di rumah Hazamir dia terus makan kuih dan minum sirap.

Tak lama, dia tiba-tiba teringat akan seorang kutu yang duduk di kawasan itu juga, Nakuib. Lalu dia pun memukul telefon bagi menghubungi Nakuib.

"Hello, kat mana weh? Mai la lepak rumah Hazamir, beraya. Ada kuih cornflakes." kata Aidid sejurus Nakuib menjawab telefon.
"Aku kat rumah ni. Oo ko kat rumah dia ke? Siapa ada lagi? Mak bapak dia ada ke?" soal Nakuib.
"Ada, satu famili ada ni. Diorang ok je", jelas Aidid.
"Alamak seganlah aku.", kata Nakuib dengan 'reluctant' sekali.

Nakuib ini sebenarnya seorang penggemar lagu-lagu berunsur kegelapan. Lagu-lagu kegemarannya banyak berkisarkan bunuh, seks, muntah dan hantu. Jadi sedikit sebanyak mempengaruhi cara pemakaiannya. Sering juga dia dilihat berjalan-jalan memakai baju 'sadomasochistic' yang bertulis 'Seksaan Pelir dan Batu', 'Muntah Hancing' dan 'Lutut Lecur.' Di tangannya mungkin memakai gelang dengan besi-besi tajam atau timah pateri. Dan kadangkala kalau tiba mood-nya, dia akan menyisipkan sebilah pedang atau parang panjang di belakangnya atas nama fesyen. Barangkali itu yang menyebabkan dia malu ke rumah Hazamir dan bertemu keluarganya.

Dalam usaha memujuk, Aidid menambah, "Chit, apa yang ko nak malukan, aku pun gemuk jugak".

Friday, July 3, 2009

Kucing : Kajian Warna

Kucing dalam dunia ini sebenarnya terbahagi kepada 2 golongan: kucing yang jahat dan kucing yang tidak jahat. Istilah kucing baik tidak digunakan sebagai kontra kerana mungkin tidak wujud kucing yang baik dalam dunia ini. Kerana walaupun seseekor kucing itu tidak jahat, mesti ada sedikit nakal.

Apapun berdasarkan pemerhatian, aku dapati kita kadangkala boleh menilai budi pekerti seseekor kucing itu dengan hanya melihat pada warna bulunya. Kucing belang cicak contohnya rata-rata adalah jenis yang 'eksyen' atau berlagak. Tidak akan mempedulikan teguran, kecuali apabila lapar. Kucing putih kebanyakannya tergolong dalam kumpulan kucing yang tidak jahat. Warnanya sahaja sudah melambangkan kebaikan. Tetapi ada juga kucing putih yang cukup jahat, seperti Musang misalnya.

Namun antara kucing yang paling mudah dinilai ialah kucing kuning (Mungkin warna yang lebih tepat ialah jingga atau oren. Tetapi perbendaharaan kata melayu kuno agak terhad). Boleh dikatakan 90 peratus kucing kuning di dalam dunia ini adalah jahat. Kenyataan ini bukanlah dibuat dengan hanya pemerhatian kasar, tetapi disokong dengan gambaran kucing kuning dalam kebudayaan popular.
Lihatlah sahaja watak Garfield, malas dan pelahap. Heathcliff, kuat berdendam dan membuat havoc. Kedua-duanya, berbulu kuning. Malah, ada beberapa filem yang menunjukkan bagaimana sesuatu masalah ditimbulkan oleh seekor watak kucing kuning, sungguhpun hanya memegang watak pipih.

Dulu kucing kuning aku bernama Ning boleh dikatakan antara kucing paling jahat di Petaling Jaya. Tangan siapa yang tak pernah ditembuk dengan taringnya. Chang, juga berwarna kuning dengan motif bunga lawang, pula bertanggungjawab menghambat Lobo (kelabu dan berstokin) keluar dari rumah. peluang untuk menemui seekor kucing kuning yang tidak jahat, berani aku katakan adalah seekor dalam sejuta. Secara psikologi, mungkin kucing-kucing ini merasakan diri mereka adalah harimau setelah mendapati warna mereka kuning.

Tempoh hari ketika aku sedang mencuci tong sampah di hadapan rumah, aku terjumpa selonggok tahi kucing keras. Terlonggok cantik di atas rumput di laman rumah. Mengikut falsafah Sherlock Holmes, suspek pertama biasanya akan didapati bersalah akhirnya. Dan pagi itu, ada seekor kucing lalu di tepi rumah aku. Dan rasanya semua boleh meneka warna kucing itu.

Saturday, June 27, 2009

Tribute to Michael Style


Video credit. Jiwang.cc

"Haa rasa-rasa macam kenal tak dia ni? Eh tiba-tiba kita ada Michael Jackson Malaysia? Jom kita tengok gelagat dia"
"Kita buat something di'friend' okay.Kita buat something.. okay you dress-up like Michael Jackson tapi bawak slow rock. Kay orang tak pernah buat ko tau, orang tak pernah buat tapi kita dah paki ni trend"
"So maybe friends like it, so maybe they can SMS for hers"
"Ini pahal laju sikit jalan ya Allah"
"Keeetika kau perlukan akuu.. sentiasa aku, ada di sisi mu"
"Stop dulu. Kau jalan moonwalk bukan main lagi nak masuk tadi sampai sampai ko nyanyi lagu leley. Mana Michael Jakson nyanyi lagu nii"
"Haa itu laa tapi.. kami ni group ok so kita nak tanya dengan aa judgments"
"Aaa"
"So if.."
"Judgement?"
"Ya you are the judge.."
"Belum bagi lagi judgement"
"Okay"
"heheh"
"And then okay."
"Aku judge, belum ada 'men' lagi"
"Okay. If you give a chance"
"Aa"
"We can perform our own songs, single songs"
"Aa. Tapi lagu slow jangan menari macam Michael Jackson tadi eh. Ada sikit tak kena huh"
"Haha tak kena hahaha"
"Eyy nanti-nanti nyanyi dulu"
"Eh sabar sabar sabar"
"chk chlok chk chlok chk chlok"
"Hello"
"What are you doing?"
"I'm do my style"
"Okay, your style or somebody style?"
"Ermmm Michael Style"
"Dah aku malas nak bercakap dengan ko, ko bernyanyi ngan dia. Pot ko handle dia Pot"
"I think this competition is not for you. Lagi, lagi satu nama korang Gempak Starz you have to be gempak. I think wrong name. Wrong name and wrong competition"
"Appela juri ni tak ley pakai langsung arr. We can make it so much things la"
"Tunggu punya tunggu punya tunggu lama. Lama-lama menunggu, rugi masa sahaja"
"You diggi. auwww!!"
"Woooo!"

Tuesday, June 23, 2009

Permainan Komputer

Teringat pula suatu cerita ketika di kampus dulu. Adalah seorang kawan ini, aku namakan dia sebagai Khairul Ekhsan. Mungkin kerana itu nama betulnya. Khairul pada waktu itu duduk sebilik dengan Lan Gerd-gerd atau juga dikenali sebagai Lance 300.

Komunikasi antara Khairul dan Lance, boleh dikatakan tidak berapa lancar. Khairul sering kelihatan merayap-rayap di ruang koridor, dan selalu juga singgah di bilik Idzam untuk bersembang jiwa-jiwa.

Jadi Satu hari, Lance yang baru sahaja membeli sebuah komputer canggih telah meng'install' sebuah permainan komputer ke dalamnya. Permainan komputer itu boleh dikatakan bersaiz besar dalam erti kata bits nya. Kalau menggunakan cakera padat (CP), barangkali sehingga memerlukan 4 keping CP. Jadi sementara menanti permainan itu selesai di'install', Lance tadi pun beralih ke atas katilnya sambil membaca majalah. Komik mungkin.

Progress 'install' permainan tadi kalau tidak silap sudah melepasi 85% apabila Khairul Ekhsan tiba-tiba muncul. Agaknya baru lepas menonton video-video karut di bilik Taro. Memerlukan hiburan, Khairul terus meletakkan dirinya di atas kerusi di hadapan komputer Lance. Suasana agak hening di dalam bilik mereka. Khairul hanya merenung kosong ke skrin komputer tadi.

Tetapi entah mengapa, barangkali pada waktu itu dia kurang mahir pasal komputer, Khairul dengan selambanya menekan butang 'Cancel' pada antaramuka 'installation' permainan komputer yang sudah menghampiri 90% itu, lalu menoleh ke arah Lance dan bertanya,

"Game ada, game?"

Sunday, June 21, 2009

Berkiriman Salam

Setelah memperosah daging masak dengdeng dan gulai lemak ikan masin, Shaari dan kawan-kawannya berkumpul di bawah sebuah pokok untuk menghisap rokok. Teduh sikit di bawah pokok. Mereka tidak mahu balik lagi kerana mahu menunggu rakan mereka Saiful, pengantin lelaki itu sendiri, bersanding.

Seperti biasalah, tanpa mempedulikan orang-orang lain, geng ini terus bersembang dengan kuat, ketawa berdekah-dekah, tambahan pula apabila bertemu dengan rakan-rakan lama yang lain. Selain Shaari, antara yang paling kuat bersembang dan berseloroh ialah Azman dan Din. Gadhafi, jenis yang senyap-senyap, sering menjadi bahan ketawa geng-geng ini.

Dalam setengah jam menunggu, Saiful pun muncul bersama pengapitnya. Diiringi budak-budak kompang, dia kemudian disambut isterinya sebelum bergerak bersama-sama ke pelamin. Shaari dan kawan-kawannya yang tadi rancak berborak bagaimanapun seakan terpaku dengan kecantikan pengapit perempuan itu. Hampir semua yang di bawah pokok akan bertanya "uih, siapa pengapit tu?"

Dipercepatkan 'scene' ini, Shaari dan kawan-kawannya sedang bersalaman dengan Jamal kerana sudah mahu pulang. Beberapa kutu di antara mereka, terutama sekali yang banyak bercakap, seperti Azman, pasti menyuruh Saiful untuk menyampaikan salam kepada pengapit perempuan, :"Weh, kirim salam kat pengapit".

Saiful yang cuba melayan kesemua mereka hanya mampu gelak dan mengangguk sambil menjawab: "Ha, yelah hehe."

Selesai bersalaman, Saiful kembali ke meja makan sambil tersengih dan ketawa kecil dengan gelagat rakan-rakannya tadi. Duduk sahaja dia terus menyiku lembut pengapit di belah kanannya.

Masih tersengih dan ketawa kecil, "Budak-budak ni kirim salam kat ko".

Friday, June 19, 2009

Primatoria

During a little chat with my father, he told me about a National Geographic program he watched the other day. According to researchers, 93% of the human DNA is identical to that of monkeys, or more terminological, primates.
How am I not surprised.


A senior macaque demonstrates to his disciples
on how
to make the shape of a parachute
using hay

(picture taken from Wikipedia)

Now, the remaining 7% comprise of a random combination of other DNAs, sometimes even of a flower. Which explains how someone could be described as 'flowery'.
Anyway let's look at the mathematics. If 93% of the human DNA is identical to monkeys, what does it make the monkeys?
It's like monkeys have all the characteristics of a human, except for that 7 %. It's like inside every one us there is one complete monkey. Psychologically, Jung would not deny this.

And with that 7%, we lack bodily hair, a bit slow in climbing skills, tail-less, limited eyebrow movements and missing some other monkey-ish characteristics. It is likely today there are very few people with 100% human qualities. Most might have lost some of he 7% that distinct us from monkeys, nearing the 93 percentile. Reaching the 93% level means you are, well, a monkey.

So please keep that 7%. And happy father's day.



Thursday, June 18, 2009

Redang Aquatic Kafakaesque Adventures Part 2


Sambungan catitan RAKA:

Jumaat

1830: Bot ada goyang sikit, Datuk Dugong berjaya menstabilkan bot dengan skill perlautannya.
1900: Berebut-rebut ambik gambar senja dari atas bot
1915: Pujek dan Lin mula membuat muka penyek. Antara tanda awal untuk mengaku kalah.
2000: Joe menunjukkan teknik mencandat dan mempermainkan budak-budak lain dengan membuat gaya sudah dapat sotong. Aku jentik telinga Joe dan berkata, "Jangan buat lagi"
2100: Kak Rok mendapat sotong pertama, menggunakan 3 umpan. Chet! Dugong berpeluh, tak tahu kenapa.
2120: Laut yang gelap tadi tiba-tiba menjadi jingga, seperti langit senja memuntahkan kirmizi. Eh? Dugong basuh mulut.
2130: Lode mendapat sotong kedua.
2200: Dengan hanya berguling-guling, Elma juga mendapat sotong. Ini diikuti dengan beberapa kutu lagi mendapat sotong termasuk Lin (yang terus menjadi hyper).
2215: Menyampah dengan perangai sotong, aku main gitar sambil candat di depan bot. Emi dan Elma mula menyampah dengan lagu-lagu tidak 'radio-friendly' aku. Laut menjadi jingga sekali lagi.
2230: Pet tewas. Ila, ehem, 'dapat' sotong. Dem tak boleh jadi.
2300: Setelah menyanyi beberapa lagu puja sotong bersama Bulu, aku dapat seekor. Woohoo!
2330: Semangat makin berkobar. Joe mula mabuk laut.

Sabtu
0000: Bergerak balik ke Wisana. Still standing: Bulu, Lin, Pujek, Adib, Popo.

Senarai Pencandat Berjaya:
1) Rokiah 3gp - 2
2) Lodey - 2
3) Elmah - 3
4) Bai Cacing - 1
5) Tat Dedaks/Ayam laut - 1
6) Lin - 1
7) Adib - 1
8) Jen Sontrong - 1
9) Sinah - 1

Saguhati:
1)Joe - 2
2)Brahim - 1

Total : 16

PS: Mungkin fakta-fakta Still Standing dan Senarai Pencandat kurang tepat. Sila komen pembetulan okay.

Bersambung..

Wednesday, June 17, 2009

Lulu



Rasa seperti mahu jek dagunya.

Friday, June 5, 2009

Bunga Pinggan



Ketika, makan-makan satu hari, ada tersebut pasal bunga pinggan. Bunga pinggan ini adalah istilah orang-orang tua untuk cebisan terakhir atau kepingan terakhir sesuatu makanan yang dihidang secara banyak. Ini biasa berlaku apabila melibatkan ramai orang dalam satu majlis keramaian sebagai contoh.

Mengikut adabnya, bunga pinggan ini akan dibiarkan tidak berusik bagi mengelakkan malu jikalau tiba-tiba dua orang cuba mengambilnya secara serentak. Ini berlawanan dengan satu konsep Peraturan Kelelakian yang dicipta oleh satu orang putih tidak lama dulu. Salah satu daripada rukunnya ialah "jangan teragak-agak untuk mengambil kepingan pizza yang terakhir". Pizza dijadikan contoh kerana perkara ini ditulis oleh orang putih. Kalau orang melayu mesti kuih bom atau begedel dijadikan contoh.

Apapun, aku tidak berapa bersetuju konsep bunga pinggan. Pada aku ini adalah satu contoh pembaziran. Apalah yang nak dimalukan sangat kalau bertembung mengambil kuih yang sama. dapat kutu yang okay, boleh bahagi dua.

Dan untung kalau berlaga tangan dengan gadis, boleh juga mengurat hehe.

Saturday, May 30, 2009

Redang Aquatic Kafkaesque Adventures (RAKA)

Pada 21 - 25 Me1 2009, sekumpulan Raka, telah menyertai suatu ekspedisi ke Pulau Redang. Ekspidisi ini melibatkan aktiviti menyelam bersama ikan, mencandat sotong dan bermain pasir. Tempat yang dipilih untuk menetap ialah Wisana Redang Resort.
Para peserta telah diberikan nomber yakni seperti berikut:

01 Adib Salleh
02 Emi Wainhaus (Kasut Gombak)
03 Dugong Coklat (Affendi Ahmad Samsudin)
04 Ayam Laut (Khairul Ekhsan)
05 Kak Rokiah 3gp (Bee Ahmad)
06 Lourdeh (Mohd. Faiez)
07 Bulu Pubisan (Azizul Mat Arof)
08 Ilah lirit-lirit (Jazilah Othman)
09 Pet Serunding (Mohd Azlan Mustafa)
10 Bai Cacing (Idzam Noor)
11 Jen Sontrongs (Edzwan Kamaruzman)
12 Putjuts (Putra Ezree)
13 Lindah
14 Sinah (Norhasinah Hussein)
15 Elmah
16 Popo Sluts (Safuan Somari)

Catitan perjalanan:

Khamis

2230: Sampai Hentian Putra
2300: Naik bas ke Kuala Terenggganu. Trong dan Rokiah mula ber-3gP. Boleh pulak bantai main gitar dalam bas

Jumaat
0230: Berhenti rehat di Chendor bagi mengalas perut. Aku hanya minum Vitagen. Bak kata Toron, gambar muka mengantuk di hentian pagi-pagi buta adalah sesuatu yang wajib.

0500: Tiba di Kuala Terengganu, solat subuh di Masjid Abidin. Ada Tok Siak masjid kelihatan letih tak bermaya selepas mencuci kolam masjid.
0700: Makan nasi dagang di Pasar Payang. Sebahagian rombongan agak kecoh, diketuai Bulu dan Pet, berkaitan satu amoi ni. Aku tak masuk campur.
0800: Bergerak ke jeti. Di jeti jumpa Kodol. Tak sangka Kodol kerja dengan agensi percutian Wisana.
0830: Ada sekor anak kucing yang hanya melayan gadis. Chit! Perangai tak ubah macam John!
0900: Naik feri ke Pulau Redang. Bulu mula berbual dengan akak tembikai.
1150: Tiba di Pulau Redang. Makan-makan.
1330: Mula bermandi-manda kecil-kecilan.
1415: Azring, atau Joe membawa kami ke tengah laut mencari penyu. Girls nampak excited dapat pegang gamat. Yaks!
1500: Bermain piramid manusia di luar gigi air. Popo dengan selamba membuat "Peace Telor Popo" atas kepala aku.
1600: Sementara yang lain bermain volleyball, aku dan Dugong melantak bubur kacang hijau. Suatu elemen yang 'vital' dalam peristiwa ini.
1730: Mula bergerak ke jeti untuk pergi mencandat. Dugong amat excited, kelihatan seperti ingin membuat 'handstand'
1800: Naik Black Pearl dengan penuh debar.

Bersambung...

Gambar nanti bubuh.

Thursday, May 28, 2009

Kerajaan Laut


Haa ada rasa macam seram sikit?

Wednesday, May 13, 2009

Ampangan Maut




Inilah tempat orang panggil ampangan maut, yeh, jom.
Ha, kita dah nak sampai Ampangan Maut tersebut. Bagii setiap orang satu gendang ni.
Ok sebab kita datang ni nak bagiiiiii tau para penonton adakah Ampangan Maut ni membahaya?
Adakah ada benda benda mistri kat dalam ni. Ini adalah satu cara tradisionel yeh, yang boleh membanggunkan, membangunkan atau nak berkemuka dengan benda benda mistri tersebut. Yeh..
So kita kena,  sama, sama-sab, sambil jalan sambil kita ketukkan gendang, ini. Ok? boleh?

Boleh!

Ok Jom.
Ok Cukup

Sunday, May 10, 2009

Duniya Teks

Seorang kawan aku sedang membaca suratkhabar satu petang. Aku tidak baca suratkhabar, sudah 5 bulan kot.
Tiba-tiba dia bersuara sebagai memulakan perbualan dengan kawan aku yang seorang lagi, juga sedang membaca suratkhabar.

"Laa sipolan(aku tak ingat nama), ni dah kena keluar. Tinggal la tiga orang ni je."

Aku yang termanggu tadi, dalam masa yang singkat telah mengagak subjek yang cuba diceritakan adalah mengenai Akademi Fantasia. Kerana bosan, aku berbuat-buat berminat.

"Oh ye ke? Dah kena keluar dah? Jadi siapa yang tinggal sekarang ni? Si Amin....", aku menyampuk sambil menunjukkan ibu jari aku menandakan kiraan satu.

Kawan aku tadi enggan bercakap dengan aku selama setengah jam.

Thursday, May 7, 2009

Sitiawan Lovers : Satu Rungkaian Perjalanan



Hari Buruh yang lalu kami sekumpulan buruh-buruh kasar telah mengadakan satu jelajah, atau lebih tepat jelajah Perak siri 2. Dan kali ini destinasinya adalah Sitiawan, kampung Mat Dusun.
Siri jelajah kali ini adalah anjuran Mat Dusun atau Ahmad Zulkifli aka Jui memandangkan kampung dia. Macam-macam aktiviti katanya boleh dibuat di Sitiawan tadi, macam gabungan semua taman tema dunia seperti yang kita impikan selama ini. Kalau diikutkan ahli ekspedisi adalah lebih ramai tetapi oleh sebab-sebab tertentu menjadi 8 orang sahaja:

Aku, Jui Divisun, Jentrong, Kak Rokiah, Bulu Pubisan, Bai Jipun, Effa Eliae dan Anchak.

Jumaat

1700: Kumpul-kumpul di rumah aku kemudian di Shell batu tiga. Semua yang lain makan kecuali aku. Aku rileks minum air kosong.
1715: Bertolak, 2 kereta. Trong mula bengkek ikut jalan lama.
1800: Singgah Kuala Selangor beli Lokan. Mentarang habis. Tapi tak sangka kalau ada patung dalam rumah anjing tak masuk ini kan pulak ada anjing.
2015: Sampai rumah Mat. Makan mandi. Pasangan pengantin mula kinky. Tak sangka Mat ada adik perempuan. Rasa macam nak mengurat.
2100: Layan OIAM. Fantasi, Illusi, Anjing!
2230: Melepak di Kota Lumut yang mirip Kota London.
2320: Dalam satu scene, aku diserang kanak-kanak lumut yang berlagak seperti yobs, bersenjatakan ais krim coklat.
2350: Lepak di Ruby kopitiam. Makcik Ruby berkaraoke. Telinga bingit jadi alasan Bai untuk makan laju-laju.

Sabtu

0130: Sambung melepak di Teluk Batik. Mat menerima tabik dari mat-mat rempit sana.
0140: Budak-budak main terup. Aku, Ancak dan Rokiah nyanyi lagu Alleycats. Dan buat pertama kali dalam sejarah permainan terup dunia, Trong mendapat 'pair qiyun'.
0300: Beberapa orang pondan disyaki di 'gang bang'.
0330: Lepak-lepak di kedai mamak seperti normal. Tiada apa-apa menarik berlaku.
0430: Tidur. Pemain-pemain terup tetap tegar. Trong paranoid ditipu bulat-bulat. Ancak marah lembu didera dalam TV.
0930: Bangkit, mandi, makan bihun sepiring. Perancangan ke pantai pukul 9 menjadi 12.30. Budak Aero.
1300: Mandi laut. Ancak dan Bai ditanam hidup-hidup kerana bersenggama. Ramai-ramai bermain permainan dekonstruksi ombak.
1450: Ancak, Bulu dan Mat mula memancing. Ancak dapat ikan senangin. Effa hampir termakan pancing.
1540: Bersiap-siap mandi dan bergerak ke Kuala Sepetang nak makan Mi Udang Mak Teh. Untuk baby kata mereka.
1800: Sampai Kuala Sepetang. Macam ada kenduri gayanya. Bulu mula meracau mempertikai reputasi Mak Teh. Ancak gila sekejap, semenjak lalu dekat pasar Changkat Jering.
1920: Mi sampai. Kuah agak tawar. Aku makan sikit saja. Trongs hampir bertukar menjadi hitch.
1950: "We can do it so much things la. Tunggu punya tunggu punya tunggu....", kata Bai.
2000: Gerak pulang ke Sitiawan.
2130: Sampai rumah Mat ada lagi hidangan. Effa ok saja katanya.
2315: Aku, Trong, Bai dan Rokiah balik ke Kuala Lumpur. Geng kereta lagi satu stay pasal Anchak nak sambung tengok cerita lembu.

Habis.

Wednesday, May 6, 2009

The Best Trailer



Probably going to be the best movie of 2009.

Tuesday, May 5, 2009

Deja Ku dan Deja Mu

Sering berlaku apabila kita bersembang dengan rakan-rakan adalah pengulangan cerita. Kita ataupun rakan tadi mungkin akan bercerita tentang sesuatu yang pernah diceritakan sebelum ini. Perkara ini adalah biasa terutamanya bagi yang mempunyai rakan-rakan di berlainan tempat. Kekeliruan mula timbul adakah cerita ini sudah diceritakan pada rakan yang ini atau belum.

Tetapi apa yang menariknya ialah reaksi daripada rakan yang mendengar cerita itu. Ada yang menepis secara menerus ada juga yang memberi petanda secara halus.
Yang menepis secara menerus biasanya akan berkata,
"Laa ini kau dah pernah cerita la dulu."
Membuatkan si pencerita yang sedang bersemangat menjadi sedikit malu kerana ceritanya telah dipotong begitu sahaja.

Dan bagi yang memberi petanda secara halus, biasanya akan menyambung ayat pencerita seperti,
"Ooo yang kau cerita dia mati lepas tu."
Ini dikatakan halus kerana kata seru "ooo" menunjukkan audien tadi berminat mendengar cerita itu walaupun mesej tersiratnya bebrbunyi: "ok tak perlulah diperpanjangkan cerita ini memandangkan aku sudah tahu"

Aku pula apabila menjadi pencerita dalam situasi kedua, biasanya akan menyambung,
"Haaa, nak pulak 2 minggu sebelum tu anak dia ada cakap...".
Menyambung dengan satu cerita yang aku yakin belum pernah diceritakan sebelum ini.

Aku adalah jenis yang memberi petanda secara halus. Bagaimanapun itu bergantung kepada ceritanya. Jikalau ceritanya sememang diketahui panjang, sesiapa yang berminda sihat akan mematikan ceritanya dengan memberi petanda kurang halus seperti,
"Ha lepas tu dia mati kan?"
Tidak secara menerus tetapi bunyinya muktamad dengan intonasinya kurang berminat.

Namun perkara pengulangan cerita ini ada banyak variasinya, sehingga aku sendiri tidak tahu mengkategorikannya. Seperti beberapa hari yang lalu ketika minum bersama beberapa kutu, aku ada menimbulkan hal aku kehilangan kad Touch n' Go. Aku membuat andaian bahawa kad aku tadi telah dicuri.

Mendengarkan hal ini salah seorang kutu tadi dengan naydinnya menyampuk,"Ini bukan musim orang curik Touch n' Go la". Mukanya serius. Mata tidak dipejam.
Aku mengangguk diam tanda setuju. Tetapi pada masa yang sama hati aku tercuit. Apa yang dikatakannya memang benar bahawa sekarang bukanlah musim orang mencuri Touch n' Go.

Tetapi aku tercuit kerana mungkin dia terlupa beberapa hari lalu aku sendiri bercerita kepadanya hal kecurian Touch n' Go adalah satu jenayah bermusim.

One Summer


My grandparents were not in very good terms with each other lately. And for no apparent reason. My grandmother have started staying with her daughter, leaving my grandfather alone with his world in their old house, well about 10 metres away.

So when I caught both of them sitting down conversing in one corner around the house compound during the preparation of a cousin's wedding, I quickly sneaked in a shot.
Family members chuckled and whispered from distance for witnessing this moment.

I wonder what they were talking about at that time though, since both have bad hearing problems.

Apa macam? Boleh masuk YourShot ka? haha

Thursday, April 30, 2009

The Vow

A few days back I announced in Facebook through my status, that I will not eat anymore, at all. It seemed that a number of my friends reacted in disbelief to my claim. Some even made fun of it. They just didn't know what happened.

Well there was a meeting in the office yesterday. As usual the meeting participants were served with some refreshments. Swiss rolls particularly.

Post-meeting, there were still two plates of swiss rolls left for everyone to indulge. My officemates who were non-participants of the meeting went on doing their part of devouring these rolls. Some invited me to join in, but I, with my arms folded, just smiled while shaking my head lightly.

I stared at one particular swiss roll laying temptingly on the plate. Stared directly at the middle of the spiral where most of the cream cumulates, and said.
"Fuck off!"

Institusi Komunis

Ada satu tempat yang aku rasa tidak mempunyai jawatan tetap, atau nama jawatan. Semua pekerja dianggap sama. Bank.

Apabila ditanya sesorang yang bekerja di bank perihal pekerjaannya, jawapannya mesti:

"Kerja bank".

Tuesday, April 28, 2009

Monday, April 27, 2009

RAKA Logo I



Second draft of first Raka Logo option.

Jawapan Sebelum Soalan

Ada sekali, aku dan beberapa kutu sedang melepak di tempat teh tarik di The Curve. Kami ke sana pun atas alasan hendak melawat Popo Slut yang menjaga pondok Robontot, walaupun sebenarnya Mat Dusun ingin mencari hiburan.

Dan ketika lepak minum setelah puas menhayun-hayun drumstick dan mengintai-ngintai harga gitar, aku tiba-tiba teringat pada Popo yang mungkin pada waktu itu sedang sibuk melayan budak-budak 'shuffle' dekat pondoknya. Dia ada menyuruh aku 'roger-roger' kalau lepak di mana-mana, walaupun aku tak kenal siapa Roger.

"Teh Tarik Place", pesanan ringkas aku berbunyi.
Dan sebaik aku menekan butang 'send', ada satu mesej masuk.

"Mane?", mesej dari Popo Slut.

Wow! kata hati aku. Ini adalah satu contoh jawapan sebelum soalan yang 'perfect'. It's like some kind of a telephatic chemistry. It's like I could read what's coming.

Tetapi, bagi menjaga reputasi sebagai seorang Popo, dia tidak sertai sesi minum teh kerana mahu balik dengan Din.

Wednesday, April 22, 2009

Mee Tek tek



Walimang Kadiran sedang menolak perlahan pondok penjajanya di pinggiran Jalan Sukajadi apabila tiba-tiba ditahan oleh dua orang kutu. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia berbuat-buat pekak. Sudah seharian dia menjaja di merata kota Bandung Utara, dan dalam fikirannya hanya mahu pulang ke rumah melihat rancangan kegemarannya Empat Mata yang dihos oleh Tukul Arawana. Tetapi kemudian dia terfikir apa salahnya jikalau dia masak sekali sahaja lagi. Duit lebih itu boleh juga dibuat beli Marboro keretek.

"Ada jual apa ni pak?", tanya salah seorang kutu tadi. Ternyata mereka bukan orang tempatan.

"Nasik goreng ada, mee goreng ada..", jawab Walimang.

"Mee Tek tek ada?", sampuk salah seorang kutu sebelum Walimang sempat habis menceritakan menunya.

"Ada, boleh aja. Mau goreng ka rebus?", tanya Walimang dengan tenang.

"Goreng sebungkus."

Walimang pun melepaskan pemegang pada pondok penjajanya dan terus mencapai kuali kecilnya dalam satu 'compartment' di bawah dapur mininya.
Api dinyalakan sebelum dia sekali lagi mengambil sesuatu dari 'compartment' tadi. Sebuah baldi berisi air. Baldi itu adalah pemberian Jokomo Jasni ketika dia bekerja membancuh simen di Jogja dulu.

Kutu-kutu tadi yang menanti dengan penuh debar akan tindakan susulan Walimang boleh dikatakan agak tergamam apabila melihat dia memasukkan air tadi ke dalam kuali diikuti sebungkus mee segera.
Yep, mungkin mereka tergamam ketika ini. Tetapi ramai yang tidak tahu bagaimana lahapnya mereka menghabiskan Mee Tek tek di bilik hotel tidak lama selepas itu.

***
Tidak lama sebelum itu

Walimang perlahan-lahan keluar dari perteduhan di gerai pecel lele Kartika Sari. Hujan baru sahaja berhenti. Dia nampaknya sudah bersedia untuk sambung menjaja di Kota Bandung semula.

Diperiksa baldi aluminum di bawah dapurnya. Kosong. Lalu dia meletakkan baldi tadi betul-betul di bawah bucu atap kanvas gerai Kartika Sari, sebelum menarik sedikit bucu kanvas tadi.

"Ngambilin airnya ya", kata Walimang kepada Kartika Sari sambil air hujan yang bertakung pada atap kanvas itu mencurah-curah ke dalam baldinya. Kartika Sari hanya mengangguk.

"Ok", detak hatinya.

Tuesday, April 21, 2009

Late Night Caffeine

Try this.





Sit by a window at around 1 o'clock in the morning with a cup of Costa Rican coffee. Switch off the lights but leave a dim yellow table lamp on while listening to 'Body and Soul' by Sarah Vaughan.

Monday, April 20, 2009

Berhenti Sebentar di Bulan

Satu pagi yang biasa, Din yang dalam perjalanan ke pinggir matahari telah singgah ke bulan. Berbekalkan cangkul dan pencebak yang terdapat dalam kapal angkasanya, Din telah bertindak menggali di satu kawasan di permukaan bulan untuk mencari logam Pintium.

Sudah lama Din mencari logam Pintium. Logam ini dikatakan adalah kunci kepada penyelidikannya dalam mencipta mikrocip Octavis. Malangnya elemen ini tidak terdapat di Bumi dan sudah tentu tidak tersenarai dalam jadual berkala karya Dimitri Mendeelev. Menurut rakan penyledikannya, Azman, Pintium berasal dari planet Turpentin yang terletak kira-kira 5000 tahun cahaya dari bumi. Jadi peluang untuk menemuinya amat tipis.

Tetapi dia masih teringat dalam hujah-hujah Azman, dia ada menyatakan kemungkinan ada sedikit elemen itu tertinggal di bulan sewaktu penghuni planet Turpentin pulang dari meletupkan popoulasi dinosaur 65 juta tahun dahulu.
Dan atas pegangan kata-kata itu Din telah menggali selama lebih kurang dua jam-bulan, sehingga sebuah lubang berukuran dalam 4 kaki terhasil. Mungkin nasibnya baik.

Sekembalinya ke bumi, Din dilihat memikul sekampit pasir bulan, memandangkan kebetulan pasir tandas kucingnya Chong, baru sahaja habis.

Thursday, April 16, 2009

Peristiwa di Mimaland

Pada suatu senja, ketika hendak menghantar kawan aku ke sebuah pusat pengajian tinggi tempatan, dia telah mengajak kami melawat Mimaland. Aku dan kawan aku lagi seorang pun berkata ok.

Dalam perjalanan ke Mimaland kami telah melalui beberapa kampung yang agak misterius. Bagai dipetik dari cereka 'Perambat" arahan Zulkifli M. Osman. Setelah agak lama melalui jalan yang gelap itu aku pun bertanya kepada kawanku yang duduk di belakang gerangan lokasi Mimaland.
"Itulah dia!", kata kawan yang satu ini sambil menunjuk ke arah hutan tebal. Kawan aku yang memandu kereta terus berpatah balik. Ketika membuat u-turn kami ternampak satu tempat penyembahan pagan di celah hutan situ.

Setelah menghantar kawan aku ke kediamannya aku mengucapkan "Belajar rajin-rajin ok.", sambil menunjukkan tanda bagus.

Wednesday, April 15, 2009

Another Weird Dream

Two days ago I had another weird dream.

I was walking down a very dark street. I almost couldn't see any of its infrastructures. There were a number of people walking around, and they were somehow illuminous.

At my surprise I saw and old friend Ashraf, passing me by with some girl. He said hello and we shook hands. I was literally speechless. We went to the same primary school and were in the same class. We were quite close. It had been some time since we last met.

"Who else is here?(Siapa lagi ada kat sini?)", was all that I could come up with.

He mentioned Irfan pointing to my left indicating that Irfan was already around. I shook hands with Irfan although he looked rather different. He was unrecognisable but still projected the physicalities of the Irfan that I knew.

My dream ended when I mistaken a hooded monster as another old friend.
When I awoke I became reserved for what I have just experienced. I wondered what was the meaning of that dream.


Ashraf died four years ago.

Tuesday, April 14, 2009

Kotak Bodoh

Azman yang baru keluar dari bilik air berjalan perlahan-lahan ke arah sofa. Dilihatnya Chong sedang duduk di atas sofa itu menonton TV. Rancangan gusti.

Azman yang memang tidak gemar menonton gusti melabuhkan punggungnya diatas sofa sebelah Chong sambil membuat bunyi keluhan perlahan.

"Ko layan gusti ke?", tanya Azman kepada Chong.
Chong diam tidak memberi jawapan. Azman memerhatikan mata Chong seperti tidak dibuka. Barangkali dia sedang tidur.

"Ko tengok ke tidur ni?", tanya Azman lagi yang tidak sabar-sabar untuk menonton rancangan basikal di saluran sukan.

"Hoi!", pekikan Azman kuat sedikit kali ini.

"Meowww!", Chong akhirnya bersuara tanpa membuka mata. Ekornya melibas laju tanda kejengkelan.

Azman mengambil remote dari bawah perut Chong dan terus menukar ke saluran sukan.

Monday, April 13, 2009

Otak-otak kau



Malam selepas berakhirnya kenduri 3 hari Trong dan Kak Rok, aku dari Serdang terus ke Medan Selera Jalan 223 untuk membeli makanan Opah dan Mak Yang.
Setelah memesan nasi goreng daging merah dua bungkus aku terus duduk seorang diri di sebuah meja di bahagian luar. Kelihatan pada waktu itu hanya aku seorang sahaja duduk di bahagian luar kerana hujan rintik-rintik. Aku peduli apa.

Dalam pada menunggu tukang masak itu, aku pun mula bermain dengan kamera baru jenama Meriam ku. Sedang leka memetik gambar tanpa arah, tiba-tiba seorang budak perempuan gempal, yang mungkin dalam lingkungan darjah 3 secara akademiknya, menyapa aku dari belakang.
"Ini nak masuk dalam suratkhabar ke?"

Babi! Terkejut aku. Kalau ikutkan hati nak saja aku tendang perut dia dan campakkan ke dalam longkang.

"Takdelah", aku jawab perlahan.

"Takpe ke duduk dalam hujan macam ni?", soalnya lagi

"Takpe"

Aku terus bermain dengan kamera sambil mengharapkan budak perempuan ini kembali ke mana datangnya tadi.
Keadaan senyap seketika, hanya bunyi zoom in zoom out kameraku kedengaran.

"Abang ambikla gambar kedai daddy saya. Daddy saya jual otak-otak kat sana tu ha. Tarukla dalam suratkhabar kat sini ramai orang datang."

"Ok ok."

Friday, April 10, 2009

Sembang-sembang Dewasa

Itu hari, Trongs, mamat yang bersanding dalam gambar sebelum ni ada bercerita pasal perbualan dengan anak sedaranya yang berketinggian 2 kaki setengah. Nama dia Kamal kot.

Kamal : Abang Wan bila nak pegi berbulan madu?
Trongs: Berbulan madu tu apa?
Kamal : Honeymoon lah
Trongs: Honeymoon tu buat apa?
Kamal : Merapatkan silaturrahim la
Trongs: Kepala hotak kau!


Pada aku apa yang Kamal katakan tu memang betul. Mungkin Trongs memberi reaksi sedemikian apabila terdengar perkataan 'rahim'.

Yang kalau diikutkan pun betul jugak.

Tuesday, April 7, 2009

Adab di dalam Kedai

Terdapat pelbagai jenis perlakuan manusia ketika membeli-belah. Ada yang suka 'membeli-belah tingkap', ada yang membeli seperti besok Y2K akan menyerang, dan ada yang membeli secara terancang. Biasanya perempuan akan terkategori dalam golongan yang kedua dan lelaki pada golongan yang ketiga. Kategori yang pertama boleh dikatakan umum.

Ramai antara kita yang kadang kala hanya ingin melihat-lihat sahaja, tetapi sedikit terganggu dengan orang kedai yang mengikut kita ke setiap ceruk kedai. Tempoh hari aku rasa seperti hendak terajang lutut seorang brader kedai kaset yang seperti mahu bermain polis sentri dengan aku.

Apapun kedai yang biasa menjadi tempat untuk melihat-lihat adlah kedai muzik, kerana barang-barangnya mahal kalau setakat ada 7 ringgit di dalam poket. Kedai ini biasanya disinggah secara tidak sengaja. Selalunya kita secara tidak sengaja melaluinya setelah membeli stokin di kedai sukan.
"Eh, kedai gitar."

Ada macam-macam taktik yang boleh digunakan untuk melihat-lihat ke dalam kedai muzik dan tidak kelihatan seperti seorang jakun yang daripada dulu teringin belajar bermain gitar. Biasanya seseorang itu, (setelah melihat-lihat gitar di dalam kedai dan mengintai-ngintai tanda harga) boleh mengakhiri lawatan dengan membeli pemetik atau 'pick' gitar, berharga dalam dua atau tiga ringgit. Ini paling tidak akan meninggalkan impressi dalam hati brader yang jaga kedai tadi seperti:
"Ooh pick lembut. Kaki blues mamat ni."

Tetapi kalau mahu tingkatkan lagi tanggapan brader kedai, seseorang boleh juga membeli tali gitar, yang mana boleh menelan belanja sehingga 20 ringgit.

Namun baru-baru ini ada lagi satu taktik yang boleh digunakan tanpa mengeluarkan wang. Seseorang itu boleh mengambil beberapa batang pengetuk deram (drumsticks), hayun-hayunkan satu persatu dengan gaya bermain deram lalu bertanya kepada brader kedai, "Yang itu takde eh?"

Sebelum keluar dari kedai dengan tangan kosong setelah puas duduk dalam air cond.

Hilang Dua Orang Kawan



Dua orang kawan telah pun berkahwin antara satu sama lain. Jadi kami ramai-ramai berpakat untuk memutuskan hubungan persahabatan dengan mereka serta merta.

Selama tiga minggu.

Friday, April 3, 2009

"Cheese!" says the Thunder



I was trying to capture night time at the back of my house with a slow shutter speed when a lightning decided to squeeze in.

Thursday, April 2, 2009

Books Behold

I envy those who read books. Not just because they can read, but because they are able finish a book. And continue on another book. It's been a while since I've finished reading a book, be it fiction, non-fiction or technical. The last book I've fully read was probably a book called E=mc2, about five years ago. Maybe more. The book tells about the origin of the equation. Not just on the theoretical side, but more on the history. How the World War 2 played its share and all. It was a good read.

Before that, during my secondary school years, I used to read some of Stephen King's. And when I was in primary school I used to finish a number of Christopher Pikes. Kids.
It seems quite funny now how I gradually became less intimate with these stacked text as I grow. It is supposed to be the other way around. It's becoming more alarming now that I could not even finish an article in the National Geographic Magazine. It beats me to know what have become of me.

So last week I decided to start a new habit. Actually to restart an old habit. I went to a local budget bookstore and scrolled through the book racks. There were a lot of good books, at least I thought. But in order to start reading, I would need to start with something thin. Thus, I bought a book called The Siege of the Trencher's Farm, which was adapted into a screenplay with the name Straw Dogs. This should be a good book, I thought to myself. One particular comment on the back of the book is from Sam Peckinpah, the director of Straw Dogs, claiming that you would want to drown yourself in your own puke after reading this book. Yeah, this is definitely for me.

So it's been more than a week now since I've bought the book.
And here I am at page three.

Wednesday, April 1, 2009

Soalan dan Jawapan

Soalan: Dah tengok dah cerita The Rise of The Footsoldiers?

Jawapan: Dah.


Soalan : Ok? Best cerita dia? Pasal apa eh?

Jawapan: Hah?

Tuesday, March 31, 2009

Aciligantat

Kira-kira 2 tahun yang lalu.

Pada satu malam di dalam sebuah bilik kolej sebuah pengajian tinggi nasional, sekumpulan remaja lelaki dilihat sedang khusyuk melihat satu bahagian di atas lantai. Kedudukan mereka seakan-akan membentuk sebuah bulatan. Ada yang meniarap, ada yang bersila, ada yang mencangkung dan ada yang bertelanjang. Hampir telanjang. Perkataan pelajar atau penuntut tidak digunakan secara umum memandangakan ada seorang dua daripada mereka merupakan penceroboh, duduk di kolej hanya kerana mahu mengorat gadis-gadis di situ.

Mereka ini sangat 'distinctive'. Terdiri dari pelbagai rupa, bentuk dan berat badan. Ada yang berbulu lebat, sering dikelirukan dengan mawas. Ada yang rupa persis pelakon jawa terkenal. Ada yang hitam, bulat dan berasal dari Afrika. Ada yang berbadan tegap dan rugged. Ada juga yang bermisai lebat sehingga apabila dia bercakap mulutnya seperti tidak dibuka.
Memerhati tingkah laku mereka untuk seketika, seseorang boleh simpulkan bahawa mereka sedang bermain permainan Black Jack.

Adrenalin di dalam bilik itu, bak kata orang putih, boleh dibau. Intensiti antara pemain-pemain Black Jack ini boleh dirasai. Terutamanya yang memegang peranan pegawai bank atau 'banker'. Pertaruhan yang tadi bermula sekecil-kecil sepuluh sen kini sudah mula meningkat. Ada yang berani meletakkan 70 sen sebagai pertaruhan.

Peranan pegawai bank boleh dikatakan peranan yang agak digeruni kerana sangat berisiko. Katakanlah dalam satu permainan di kalangan 6 orang. Jikalau empat orang pemain biasa mendapat Black Jack, pegawai bank tadi terpaksa membayar dua kali ganda pertaruhan yang diletakkan oleh setiap empat pemain tadi. Jikalau masing-masing meletakkan 20 sen, maknanya jumlah yang perlu dibayar adalah sebanyak 40X4, iaitu sebanyak RM1.60. Seringgit enam puluh sen dalam bentuk syiling adalah banyak. Maka dengan itulah pegawai bank biasanya bertukar-tukar dalam sesuatu permainan. Sesiapa yang dilihat mempunyai wang yang banyak akan dilantik sebulat suara menjadi pegawai bank.

Akan tetapi, sekiranya pegawai bank itu pula yang mendapat Black Jack dan pemain-pemain lain hanya mendapat kad biasa, maka pegawai bank itu pula akan mengutip sebanyak dua kali ganda pertaruhan setiap seorang pemain. Bermakana 40X5, RM2.00.

Apapun, permainan malam itu adalah satu daripada beberapa siri permainan yang dilangsungkan dalam minggu itu. Namun, permainan malam itu dibuka selepas sahaja mereka membuat operasi orientasi gelap ke atas pelajar-pelajar baru yang duduk di situ. Dan secara khususnya malam itu mereka telah mempelajari satu perkataan baru daripada seorang pelajar yang di 'orientate' iaitu aci ligan. Aci ligan menurut pelajar ini adalah aktiviti berkejar-kejaran. Ini merujuk kepada ceritanya ber aci ligan dengan polis menaiki lori ayam suatu ketika dahulu.

Lucu. Tetapi dalam keadaan genting sebegini tiada yang lucu. Perkataan aci ligan tadi masih lagi terngiang-ngiang dalam fikiran setiap pemain. Tetapi nampaknya pegawai bank yang persis pelakon jawa itu yang acap kali menyebutnya. Apa tidaknya, wangnya yang tadi cukup untuk membeli sebanyak dua ais krim Trophy kini semakin susut.

Jadi, dalam salah satu pusingan pada malam itu, setelah memberi kad tambahan kepada setiap pemain, tiba giliran pegawai bank itu pula untuk menambah kad. Ketika itu tiada pemain yang mendapat Black Jack, tetapi rata-rata mempunyai mata sebanyak 20, 19 dan ada juga juga ngam-ngam 21. Memperlihatkan dua kad pada pegawai bank tadi pula, kecil-kecil belaka. Mahu atau tidak sememangnya dia perlu menambah kad. Jikalau nilainya kurang daripada 15, kad-kad nya dikira mati. Bererti dia perlu membayar semua pemain satu kali ganda pertaruhan mereka.

Sudah 4 kad berada dalam posesinya. Nilainya boleh dikatakan cukup makan. Namun, masih tidak cukup untuk mengatasi kad pemain-pemain yang lain. Ini memaksa pegawai bank tadi untuk menggoreng. Menggoreng bermaksud dia akan mengambil kad kelima. Sekiranya kad kelimanya besar dan menjadikan nilai keseluruhan lebih daripada 21, maka dia terpaksa membayar dua kali ganda pertaruhan pemain lain. Tetapi jikalau nilainya masih hidup iaitu di bawah 21, sungguhpun tidak mengatasi kad pemain lain, dia masih dikira menang dan pemain lain harus membayar dua kali ganda pertaruhan mereka. Ini adalah peraturan yang mereka gunakan ketika bermain. Peraturan Black Jack ini dikatakan berbeza-beza di beberapa tempat berdasarkan taburan kambing di situ.

"Aciligantat!!", jerit pegawai bank persis pelakon jawa itu.

Kad kelima yang diambilnya mempunyai nilai sebanyak dua. Bermakna, nilai keseluruhan kadnya adalah 19. Hidup. Mawas yang meletakkan pertaruhan sebanyak 70 sen itu ternyata kecewa. Dengan bangganya pegawai bank itu mengutip dua kali ganda pertaruhan setiap pemain lain.

Lantas, perkataan 'aciligantat' menjadi perkataan keramat yang digunakannya setiap kali bermain Black Jack. Tetapi rakan-rakan yang lain masih terpinga-pinga dari mana datangya suku kata 'tat' dalam jeritannya itu. Barangkali 'tat' itu adalah sebagai pelengkap kepuasan kepada perkataan aciligan yang asyik bermain dalam fikirannya malam itu. Hmmm.

Friday, March 27, 2009

Wanna play Nintendo?



Ini adalah scene kegemaran aku dalam The Wrestler.
Randy The Ram Robinson baru sahaja lepas dibedah dan tidak dibenarkan untuk bergusti. Kebosanan dia mengajak Adam bermain games.


"Call it duty 4?"

Thursday, March 26, 2009

Kerusi Mimpi 2

Sebenarnya selepas aku telah terjaga dari mimpi di atas kerusi mimpi tempoh hari, aku telah sambung tidur dalam 2 saat kemudiannya. Dengan kuasa yang ada pada kerusi ini aku sekali lagi telah disuntik dengan satu mimpi.

***
Mimpi aku kali ini bermula dengan aku memandu kereta pulang. Aku baru pulang dari satu majlis keramaian rasanya. Tapi aku rasa macam aku ada menari sikit dalam majlis itu. Kereta batmobil itu aku pandu sehingga menemui lampu traafik Jalan P.P Narayanan. Dengan tidak semena-mena aku mengundur kereta dengan tiba-tiba walaupun kedua-dua kaki diangkat.

Setelah berundur kira-kira 5 meter dari kereta hadapan aku keluar dan terus ke belakang kereta. Di cermin belakang rupa-rupanya ada senaskhah suratkhabar melekat atasnya. Sehelai sehelai suratkhabar tadi aku cabut.

Lampu trafik bertukar hijau. Alamak. Saspens, kereta semua bergerak. Tetapi dengan kuasa luar biasa aku berjaya memandu daripada luar kereta. Kereta aku bergerak dengan lancar dan sambil itu aku sambung mencabut suratkhabar.

Pada bahagian-bahagian akhir suratkhabar itu tertera satu tulisan besar.

"Sori, silap belok - Abdul Zafrul"
***

Kemudian aku terjaga.
Fuck, siapa Abdul Zafrul ni?

Wednesday, March 25, 2009

Kings of Nonconformity

To conform is to agree or to follow with the flow.
Most people conform to society. They follow the rules. Adapt to their local cultures. They approve of ideas which most conform to. Majority of people prefer to be in a large group. Hence, majority.

Nonconformists, however are the minority who refuse popular beliefs or cultures. (That is nonconformists with a small 'n'). They would oppose the rules, break traditions and go rebellious. Simply said being in a disagreement to something larger is to not conform.

Calvin from 'Calvin and Hobbes' is a nonconformist. I do sometimes find myself in a state of nonconformity. I rarely listen to the radio for popular music. I would root for the less popular team when watching football with friends. Somehow, when I'm around people, I found it gratifying to refuse conformation to a larger group. Hence, minority.

Having stated that, I believe all cats are non conformist. And majority of them would conform to that.

Stinkin' Fists



Holy Shit. No one dares to come near.


Taken from Music Map

Friday, March 20, 2009

Daun Atas Bantal (1998)



Aku mula-mula tengok filem ni pada tahun 2004 kalau tak silap aku. Aku lambat 6 tahun. Cerita ni biasa juga aku tengok dijual di kedai-kedai video seperti Speedy contohnya. Sebelum itu pun aku biasa ternampak bekas CD ni dalam bilik abang aku. Pada mulanya aku ingatkan cerita hantu. Maklumlah waktu itu sibuk dengan cerita hantu. Jadi mulanya aku dismiss cerita tu. Sampai la bila aku tanya abang aku cerita apa tu.

"Uih best tu cerita tu.."

Salah satu iklan cerita dalam VCD tu adalah cerita Ada Apa Dengan Cinta, filem yang aku tengok setahun sebelum itu yang menjadi kegilaan remaja dan pada aku salah satu titik kebangkitan filem Indonesia dalam rantau ini. Dan setelah aku menonton Daun Atas Bantal, aku bebrbisik dalam hati, ini lah cerita yang patut orang Malaysia tengok, bukan Ada Apa Dengan Cinta.

Ceritanya ringkas, simple. Tentang seorang perempuan dan tiga orang anak jalanan bawah jagaannya. Filem ini menceritakan tragedi yang menimpa anak-anak jalanan ini dalam satu jangkamasa. Ini sangat kontra dengan filem Ada Apa dengan Cinta, kisah anak-anak berada bercinta dan berseronok di Jakarta. Konflik paling dahsyat pun masa rumah Rangga kena serang dengan geng-geng politikus apa ntah. Lepas tu okay. Daun atas Bantal sebaliknya memaparkan anak-anak jalanan yang hidup di setinggan (slums, yeh mereka juga slumdogs) Yogyakarta.

Pada mulanya, aku sekadar tengok sahaja filem ini. Aku suka dengan shot-shot nya. Memang cantik dan dirancang dengan baik sekali. Ceritanya pun rasa seperti gelap. Aku rasa seram dengan mafia ansuransi yang dipaparkan. Membunuh tanpa amaran. Kau jalan-jalan lepak-lepak, bila-bila masa boleh kena bunuh. Aku terdiam(literally) di depan TV lepas menonton filem ini. Betul-betul meninggalkan kesan.


Aku suka scene yang ini. Shot Heru berdiri atas keretapi dengan kamera mengikuti dari tepi tu memang wow!


Kemudian baru-baru ini aku ada membaca satu ulasan mengenai filem ini. Satu ulasan yang negatif. Pengulas dakwa Garin Nugroho(pengarah filem ini) tak tahu membuat filem. Garin, katanya, lebih sesuai membuat dokumentari. Dia tidak tahu membuat dialog.

Ini membuatkan aku ingin melihat semula filem ini. Dan ye aku akui filem ini macam dokumentari. Tapi tak bermakna filem ini tidak bagus. Dan pada aku antara filem terbaik pernah aku tengok.
Filem ini sememangnya tidak banyak dialog. Dan dialog yang ada kebanyakannnya pendek-pendek. Tidak ada satu dialog panjang antara dua orang yang intense yang biasa boleh dilihat dalam filem-filem jenis ini*. Perbincangan tentang masa depan, nasib, perasan aku persaan kau, akal, perubahan dan macam-macam bullshit lagi.

*Jenis ini dalam erti kata filem tentang masyarakat susah. Struggling society kata orang putih.

Filem ini pada aku mempunyai kekuatan visual. Banyak disampaikan secara visual. Hatta, kurangnya dialog. Seperti kematian Heru. Sebab dia dibunuh tidak diberitahu, tetapi bagi penonton Indonesia mungkin mereka sudah tahu siapa yang membunuhnya. Sehinggalah pada babak-babak akhir kita diberitahu tentang operasi mafia ansuransi melalui satu laporan berita.

Oklah mula dari awal.
Kancil, Heru dan Sugeng, tiga 'beradik' yang dijaga oleh Asih (Christine Hakim).
15 minit pertama memaparkan kehidupan rutin anak-anak jalanan ini. Mungkin tidaklah rutin, tetapi pendek kata perkara-perkara normal yang mereka lalui. Perjalanan hidup mereka kemudian sedikit terganggu dengan kematian Kancil akibat terhantuk kepalanya pada terowong ketika melepak di atas bumbung keretapi. Kematian Kancil (paling muda antara mereka bertiga) bagaimanapun tidak banyak memberi kesan dalam menggerakkan plot cerita ini. Cerita ini bersambung dengan mendatar, kembali mengisahkan kehidupan Heru dan Sugeng. Perjalanan hidup normal mereka terus dipaparkan sehingga ke 3/5 jangka masa cerita. dalam jangka masa itu, tidak ada konflik yang betul-betul signifikan.

Plot kemudian mula bergerak apabila Heru dihalau oleh Asih atas keceluparannya. Daripada situ kita lihat bagaimana Heru perlahan-lahan mengubah imejnya seperti yang selalu dipesan Asih, dengan harapan Asih menerimanya kembali. Sugeng pula yang sering berkawan dengan seorang pengukir key chain, Den (kot nama dia) menjadi keseorangan selepas Asih menolak cinta Den. Dari situ perubahan mula berlaku. Heru pula mulai berubah bukan saja dari segi imej tetapi juga sikap. Dan setelah Heru tidak pulang beberapa hari (kerana dibunuh), Asih mula terasa masyghul dan rindu tanpa mengetahui tentang kematian Heru.

Tidak lama Sugeng menemui ajal dalam satu kes tersilap tikam, dimana sasaran pembunuhnya adalah Den. Filem ini diakhiri dengan kawasan setinggan tadi ditutup untuk memberi laluan kepada pembangunan. Atau mungkin akibat daripada dua kes pembunuhan di situ. Asih pula dilihat tidak dapat menerima kematian ketiga-tiga 'anak'nya sehingga jiwanya kacau.

Aku sememangnya banyak bergantung pada visual dalam cerita ini. Dialog yang ada menggunakan dialek Jawa yang pekat sampai aku tak faham. Sarikata pun tak ada. Jadi aku terpaksa tengok dan assume. Filem neorealism ini menggunakan anak-anak jalanan sebenar. Heru, Sugeng dan Kancil adalah anak-anak jalanan sebenar dan mereka menggunakan nama sebenar mereka. Ada juga aku terbaca bahwa salah satu scene dimana anak-anak ini mabuk bukanlah satu lakonan. Diberitakan salah seorang daripada anak-anak ini mati malam itu ditabrak motokar.

Mungkin ada yang selepas menonton cerita ini akan mempertikaikan apa tujuan cerita ini. Apa objektifnya? Apa plotnya? Siapa protagonis siapa antagonis? Apa perjuangannya?
Ini mengingatkan aku kepada satu episod Natonal Geographic dimana mereka merakam kan kehidupan seekor singa dari dilahirkan sehingga dia berkeluarga dan kemudian mati. Thrilling.

Pada aku filem ini harus dilihat secara menyeluruh (as a whole). Tentang kehidupan anak-anak tak berdaftar di 'slums' Yogyakarta. Filem ini seperti sebuah dokumentari tanpa narrator, dimana pengarah membiarkan sahaja apa yang berlaku dengan semula jadi (macam National Geographic tadi). Sebenarnya filem ini lebih dekat dengan hidup. Kita sendiri tak tahu apa plot hidup kita.

Apapun filem ini memang favourite aku sampai aku sendiri tak faham apa yang aku melalut kat atas tadi.


Apahal la aku tulis review ni..

Thursday, March 19, 2009

Diarrhea Discovery

I had diarrhea a few days back (probably because of that tea) and I discovered that you can anticipate your phases of .. well, defecations.

That morning I was expecting three more trips to the john but eventually I made four. That was close. But yeah, that's my sixth sense.

Saturday, March 14, 2009

Zantarin

Seorang doktor kelihatan menekan-nekan butang mouse di dalam pejabatnya. Dia sedang melayari laman web Amazon.com, mencari album 'double disc' The Best of Boz Scaggs yang baru sahaja dilancarkan di seluruh dunia.

The Best of Boz Scaggs
$28.33

"Huh", detak hatinya. Dicongak-congakkan harganya dalam duit Malaysia ada lah dalam lebih kurang seratus ringgit. Walaupun mempunyai pendapatan besar sebagai seorang doktor di hospital swasta yang ternama, doktor ini mengamalkan sistem perbelanjaan yang tegas. Setiap bulan sebahagian gajinya akan dibuat membayar bil bulanan kondominiumnya di sebelah KLCC, sebahagian untuk kereta Mazda 6-nya, sebahagian untuk membayar hutang tiga kad kreditnya, sebahagian untuk simpanan peribadinya dan selebihnya dimasukkan ke dalam Unit Trust-nya.
Selain itu, perbelanjaan untuk makan pakainya pun diasingkan.

Perbelanjaan tambahan yang diperuntukkan untuk sebulan tidaklah begitu banyak. Tempoh hari dia baru sahaja membeli album Koleksi Terbaik Eddie Ahmad. Seminggu sebelum itu pula dia telah membeli sebuah mesin pembuat kopi buatan Jerman. Mahal juga harganya.
Jadi jikalau dia membeli album Boz Scaggs ini sudah tentu sistem perbelanjaan yang diamalkan selama ini akan menjadi kucar-kacir. Doktor ini memang seorang yang cerewet. Walaupun terhadap diri sendiri.

Dalam leka memikirkan perbelanjaannya dia tiba-tiba teringatkan salah seorang pesakitnya, Syamzari, yang baru sahaja menjalani pembedahan semalam. Seorang pesakit jantung, Syamzari telah menjalani pembedahan bypass dengan jayanya di bawah pimpinan doktor ini.
"Apa khabar si Syamzari agaknya?", jiwanya bermonolog.

Lalu dia bingkas bangun dari tempat duduknya bergerak menuju bilik wad yang didiami Syamzari. Dilihatnya Syamzari sedang berbaring atas katilnya sambil membaca majalah Laman yang dibekalkan hospital itu sendiri.

"Macam mana cik Syamzari, okay?", sapa doktor itu sambil menutup pitu bilik di belakangnya.
"Ok, cuma ada rasa sakit sikit la dekat bekas kena bedah ni", jawab Syamzari sambil tersenyum separuh.

"Oh biasa la tu. Baru lepas bedah ada rasa sakit sikit."
Doktor kemudiannya terus memeriksa nadi Syamzari sungguhpun operasi jantungya terang-terang dipaparkan pada mesin ECG. Kemudian dia memeriksa fail pesakit yang disangkutkan pada hujung katil. Dia melihat jam pada tangannya.
Diperiksa pula tiub-tiub yang bersambung pada tubuh Syamzari. Dijentik-jentik pula air di dalam sebuah beg tergantung pada suatu kerangka besi.

"So, okay eh?", soal doktor itu lagi.
"Okay", angguk Syamzari.

Doktor tadi pun berlalu keluar dari bilik Syamzari.

Tiga minit. RM100.

"Fuh", kata doktor itu separa seronok. Album Boz Scaggs kini dalam tangannya.
Ketika dalam perjalanan pulang ke pejabatnya, dia terhenti di hadapan bilik seorang lagi pesakitnya, Esmeralda. Esmeralda merupakan antara pesakit yang sudah lama berubat dengannya. Dia seorang pesakit tekanan darah rendah dan baru-baru ini telah terjatuh di dalam bilik air akibat pitam lalu mengalami pendarahahan dalaman pada otaknya akibat hentakan atau 'concussion' pada pada... meh.. te.. ....mm..

"Hmm, rasa macam nak beli game baru la.."

Tuesday, March 10, 2009

Easing off the Hatred

I used to be an angry child. I have a very hot temper. I would flinch at the littlest form of threat, even if it's only about a cereal. I would burst into a tantrum when provoked.

But then, as I got into the upper high school years, I've learned to control my emotions. Slowly, I became a very patient person. And during my varsity years, I was as cool as Paul McCartney's cats. I did lose it once though. Punched a friend in the gut and a subsequent second punch on back of his ribs. He cried and I felt relieved.
Among my friends, the sight of me being angry is as rare as axolotls.

However, I have noticed lately how my temper is being risen slowly. Factors such as work, driving with Malaysians, deaf waiters and boxers, I reckon are slowly sucking me into being my old self.
I need to lay off may anger. Ditch the hatred.

I need some ice cream.