Tuesday, April 14, 2009

Kotak Bodoh

Azman yang baru keluar dari bilik air berjalan perlahan-lahan ke arah sofa. Dilihatnya Chong sedang duduk di atas sofa itu menonton TV. Rancangan gusti.

Azman yang memang tidak gemar menonton gusti melabuhkan punggungnya diatas sofa sebelah Chong sambil membuat bunyi keluhan perlahan.

"Ko layan gusti ke?", tanya Azman kepada Chong.
Chong diam tidak memberi jawapan. Azman memerhatikan mata Chong seperti tidak dibuka. Barangkali dia sedang tidur.

"Ko tengok ke tidur ni?", tanya Azman lagi yang tidak sabar-sabar untuk menonton rancangan basikal di saluran sukan.

"Hoi!", pekikan Azman kuat sedikit kali ini.

"Meowww!", Chong akhirnya bersuara tanpa membuka mata. Ekornya melibas laju tanda kejengkelan.

Azman mengambil remote dari bawah perut Chong dan terus menukar ke saluran sukan.

2 comments:

Gula Kapas said...

Haha! Budget Chong tu mamat cine mana. Rupenya meow yang comel lagi otai :D

Hebat la ko berlipurlara Dib. Teruskan!

bEkAkIrA said...

kuang asam... penat je ak suspens