Thursday, October 30, 2014

10 Lagu Terbaik M. Nasir

Kadang-kadang bila aku rasa satu lagu oleh satu-satu artis itu seperti yang terbaik pernah ia hasilkan, aku akan google pendapat orang lain. Adakah aku seorang yang rasa itu lagu terbaiknya atau ada lain yang menyatakan benda yang sama, sekurang-kurangnya dalam top ten list. Dan tiada seorang pun dalam dunia internet ini yang membuat senarai lagu-lagu terbaik M. Nasir.

Ye, bukan mudah sebenarnya nak menilai lagu-lagu M.Nasir ni. Entah berapa banyak lagu yang dia pernah tulis dan untuk shortlist lagu-lagunya pun susah. Akan tiba momen seperti, "Eh, lagu yang ini pun best jugak".

Jadi, apa yang boleh dibuat ialah dengan mencipta kriteria. Di sini aku hanya mengambilkira lagu-lagu ciptaannya yang dinyanyikan oleh dia sendiri, originally (dan duet dengan peranannya sekurang-kurangnya 50%). Maksudnya album Sri Kandi Cintaku di mana dia menyanyikan semula lagu-lagu ciptaannya untuk nyanyian artis-artis lain tidak akan dikira terus. Lagu-lagunya bersama Kembara juga aku ketepikan. Itupun masih payah. Aku sampai demam tunggang terbalik dalam usaha menyiapkan senarai ini.


10.  Phoenix Bangkit Dari Abu (Phoenix Bangkit, 2001)
Lagu semangat, lagu kebangkitan. Aku jauh lebih gemar lagu ini dalam kategori lagu semangat berbanding Mentera Semerah Padi. Dan album ini pun barangkali simbolik kebangkitan M. Nasir yang kali terakhir mengeluarkan album original adalah pada tahun 1993 (Canggung Mendonan)

9. Apokalips (Saudagar Mimpi, 1992)
Ini lagu yang sedap nyanyi ramai-ramai. Lagu jamming yang boleh buat khayal dan boleh berpanjangan sehingga entah berapa minit. Liriknya yang nampak mudah tetapi penuh dengan dakwah.


8. Falsafah Cinta (S.O.L.O, 1988)
Pertama kali dengar lagu ini ialah versi nyanyian Zamani Slam. Memang sedap. Dan setelah mendapat tahu lagu ini asalnya dinyanyikan M. Nasir dan Rahim Maarof, terus aku masukkan dalam senarai. Dari segi lagu-lagu cinta, ini barangkali merangkumi skop cinta yang paling luas.

7. Anak-anak Kita (Canggung Mendonan, 1993)
Aku pernah menonton di TV dahulu, rancangan MHI, di mana satu kumpulan muzik dari UPM dijemput dan mereka cover lagu Anak-anak Kita. Ini jauh dulu sebelum aku kemudian memasuki UPM. Tapi dek kerana itu barangkali kali pertama aku lihat lagu itu dpersembahkan secara live, baru aku dapat appreciate nilai eklektik dalam lagu ini.

6. Tujuh Nafas Lagi (Sang Pencinta, 2006)
Buat masa ini, Sang Pencinta adalah album M. Nasir yang paling latest. Album ini, seperti Phoenix Bangkit menampilkan lagu-lagu M. Nasir yang fresh dan lain mood-nya dengan lagu-lagu album sebelum ini. Lagu paling favrit aku dalam album ini ialah Tujuh Nafas Lagi, sebuah lagu berkonsep ketuhanan.


5. Bagaikan Sakti (OST Puteri Gunung Ledang, 2004)
M. Nasir dan Siti Nurhaliza. Apa lagi kau nak?

4. Mustika (S.O.L.O, 1988)
Antara lagu awal pasca Kembara. Siapa boleh lupa video klip lagu ini yang sering muncul di TV1 malam-malam awal 90an? Ini adalah lagu definitif M. Nasir. Dan mungkin juga lagu M. Nasir pertama yang aku dengar.


3. Aduhai Kasih Aduhai (Canggung Mendonan, 1993)
Lagu ini ada sedikit sentimental value. Masih teringat waktu semester 1 ketika minggu exam dan kami biasanya akan mentelaah sampai ke pagi. Aku dan Dugong biasanya akan mengulangkaji sambil mendengar THR slot Isma Halil Hamzah. Dan satu pagi menjelang subuh, setelah penat memerah otak, Isma Halil pasang lagu ini. Feeling-nya dikuatkan dengan aku duduk memandang keluar tingkap bilik di tingkat tujuh itu.

2. Sentuhan Listrikmu (Canggung Mendonan, 1993)
Ini lagu yang orang panggil surefire. Sekali dengar dah boleh jatuh cinta. Dan barangkali ini lagu yang semua pengikut M. Nasir tahu dan hafal liriknya. Ada sesuatu juga pada liriknya. Seperti lagu Stardust (Mitchell Parrish), ia mungkin ditujukan buat sesorang yang sudah tiada.


1. Oh! Anak / Langgam Pak Dogo (Phoenix Bangkit, 2001)
Seperti yang pernah aku senaraikan dalam Senarai Terbaik sebelum ini, kedua-dua lagu ini aku isytihar sebagai lagu terbaik M. Nasir. Melodi dan liriknya sangat lengkap dan kata orang perfect for each other. (Aku pernah terbaca yang lirik bagi Langgam Pak Dogo sebenarnya mencerminkan sufism M. Nasir*. Tapi aku baca sekali lalu je, takut juga kalau gila isim). Aku tak dapat nak pilih salah satu, jadi terpaksa angkat kedua-duanya.

Apa macam? Tak puas hati dengan senarai ini? Nyatakan senarai anda.

*Kalau dibacapun lirik bagi lagu Langgam Pak Dogo ni memang tak paham. Inilah yang dinamakan puisi berlagu. Aku rasa ini kerja arwah Loloq.

7 comments:

bee said...

Dah dibincangkan ngan ezman dlm kete dulu kan. Jenuh aku cuba tido kat belakang sbb ngantuk sgt...tapi terheret nyanyi sama. Best2.

adib said...

Hah lagu mana yang dimaksudkan ni? Langgam Pak Dogo?

bee said...

Few songs masa tu. Kita ber3 je dlm keta. Aku nak tido sbb ngantuk sgt. Tapi takleh sbb korang bincang pasal m.nasir. ko ngan ipod with plastesin yg dah pecah2 tu.

jen kamaruzman said...

broseph,,,,
Cinta Sepi tak tesenarai ke??

adib said...

Cinta Sepi of course pada mulanya dah simpan dalam tangan. Tapi Cinta Sepi ditulis untuk Search jadi tak menepati kriteria.

Anonymous said...

1. Suatu Masa
2. Cinta Sepi
3. Andalusia
4. Sahabat Gua
5. Kepadamu Kekasih
6. Phoenix Bangkit Dari Abu
7. Hijab Kekasih
8. Bukalah Hatimu
9. Mentera Semerah Padi
10. Tanya Sama Itu Hud-hud

Naaz Syamimi said...

Sy ambik kata2 dr saudara "Adakah aku seorang
yang rasa itu lagu terbaiknya atau ada lain
yang menyatakan benda yang sama,
sekurang-kurangnya dalam top ten list."
Sy prnh rasa begitu bila sy cuba cr lagu2 yg pd pndngran sy sngat 'best'...
Sy mula trtarik dngn lgu m nasir bila seorg ustaz mnyanyikan lgu
'Kepadamu Kekasih' yg berunsur ketuhanan lalu sy mula mmbt pncarian tntg lgu2 m.nasir...mmg sngt susah nk cri list,bleh dikatakn xada yg bt list ttg lgu2 m.nasir...
Lalu sy tnya mak sy lgu m.nasir yg pling mak minat.mak sy pling suka lagu 'Suatu Masa' dan 'Kepadamu Kekasih'...mmg sngt best dan syahdu...smpai skrg sy lyn lgu tu...