Wednesday, November 5, 2014

Senyuman

Semalam, sewaktu aku termenung di meja pejabat selepas menaip itu ini di kotak query, seorang gadis yang tidak pernah aku lihat melalui hadapan bilik aku. Menerusi bukaan pintu dia melemparkan senyuman ke arah aku dan aku, bak kata orang, caught off guard, membalas senyumannya (memandangkan aku ini jenis yang jarang senyum, bagi mengekalkan imej gengster). Kemudian dia hilang dari pandangan, di sebalik tabir yang menutupi tingkap bilik.

Lalu aku terfikir, ikhlaskah senyuman dia itu? Siapa dia tu? Datang ofis untuk meeting ke? Dia betul-betul senyum ke macam terpaksa? Apakah harga sebuah senyuman sebenarnya?

Belum sempat aku menjawab persoalan-persoalan aku sendiri, gadis itu muncul kembali, menjengah aku di dalam bilik, masih tersenyum. Sambil tersenyum dia menegur aku dan di tangannya sekotak portable slimming massager.

Langsung aku tinggal dua persoalan:

1) Lagi sekali, berapa harga sebuah senyuman sebenarnya?
2) Siapa pergi bukak pintu untuk direct-seller ni?

2 comments:

Unknown said...

senyuman takde harga sebab itu ianya dikira sedekah..dinilai melalui keikhlasan...
BTW.....manis tak orangnye? haha

adib said...

bukan kira manis tak manis, aku dah terbayang lepas dia senyum dan berlalu tu baru dia perasan "omaigod orang gemok"