Saturday, November 22, 2014

Showerthoughts : Jisim Bumi

Kau tahu showerthoughts? Benda-benda yang kita fikirkan ketika mandi. Atau sebenarnya benda-benda yang kita fikirkan bila dalam keadaan idle. Kenapa namanya shower? Basically kerana mandi ini suatu kerja yang bosan. Duduk di bawah air menunggu dia merayap ke seluruh badan, memang bosan. Tiap-tiap hari benda yang sama.

Salah satu showerthought aku baru-baru ini ialah berkenaan jisim bumi. Aku tak ingat bila sebenarnya aku mula berfikir hal ini, mungkin juga waktu memandu. Itu pun satu benda yang membosankan (dengan aku memandu sekurang-kurangnya 2 jam sehari), tapi itu cerita lain.

Apapun, debat dengan diri sendiri aku tentang hal ini ialah: Sepanjang-panjang kewujudan bumi, adakah jisimnya semakin bertambah atau berkurang? Gelombang fikiran pertama mengatakan obviously, bumi bertambah jisimnya kerana manusia bertambah. Daripada 0, sehingga sekarang ini dah 7 billion. Sudah tentu, kerana bumi semakin padat dan semak bukan?

Dua saat kemudian aku terus menepis teori ini. Macam tak munasabah. Terlalu mudah. Jadi aku memikirkan teori conservation of mass. Ambil bumi sebagai satu sistem, terdiri daripada teras, kerak dan atmosfera. Apa saja yang berada dalam sistem ini akan hanya bertukar bentuk. Kau membesar kerana kau ambil jisim benda yang kau makan, pokok contohnya. Pokok membesar daripada nutrien dan air yang dia serap dari tanah. Tiada mungkin berlaku tumbesaran yang ada-ada tanpa mengambil dari benda lain.

In fact, aku rasa jisim bumi semakin berkurang kerana kita, manusia, menghantar roket-roket dan segala satelit ke angkasa yang mana bahan-bahannya datang dari bumi. Dan mungkin ditimbal balik dengan segala taik bintang atau space dust yang kita terima selama ini. Rumusannya, jisim bumi hampir tidak berubah.

Satu petang aku menyampaikan persoalan ini kepada seorang kawan ketika sedang minum kopi, sebelum dia mula bersembang hal kereta. Dia berkeras mengatakan jisim bumi bertambah, berdasarkan teori sama yang aku mula-mula fikir. Sungguhpun aku bawakan teori conservation of mass, dia tetap dengan pendiriannya dan seakan-akan tidak comprehend dengan penjelasan aku. Aku nyaris ajak bertumbuk.

Tapi aku tak buat pasal dia yang belanja kopi.


No comments: