Aku sedang berdiri di hadapan pintu sebuah restoran udang menunggu yang lain apabila aku terlihat Pedas dan Miau berbisik-bisik dalam jarak 8 kaki daripada aku. Dari jauh kedengaran samar-samar perkataan nantilah dan kira. Dan dari situ aku mengesyaki mereka ingin membeli hadiah untuk Jetaim yang baru masuk umur 3 tahun. Ya, keberadaan kami di restoran udang ini pun kerana menyambut harijadi Jetaim lah.
Oleh kerana mereka berdua ini juga merupakan the real-life embodiment of Gossip Girls, rancangan telivisyen tu, aku terus menerjah. Apa dia ni? aku tanya kepada mereka berdua dengan gaya mengejutkan. Slide, jawab Pedas.
Slide? aku berfikir. As in presentation slides? Apa jadahnya nak beri hadiah presentation slides kepada budak umur 3 tahun. Sudahlah slides ni benda yang aku paling benci. Baik dari sudut aku yang membuatnya atau melihat orang membentangkan apa sahaja dalam bentuk slides. Slides, pendek kata adalah anasir syaitan yang telah menyusup perlahan-lahan ke dalam hidup kita dan kita terima macam tu sahaja.
Oh, slide, fikir aku bila teringatkan gelongsor mini yang dibeli oleh kawan Ina sempena harijadi Luth. Of course. That makes sense. Ok lah, aku kata. Nanti kiralah.
Tapi itu tidak menghalang aku dari berfikir tentang kelucuan hidup ini. Jetaim, umur 3 tahun berdepan dengan slide yang menyeronokkan. Besar kemungkinan sewaktu dewasa nanti, dia akan berhadapan semula dengan slide(s), tetapi versi yang hazab. Yang pasti semasa di zaman belajar, dan hampir pasti di alam pekerjaan. Itu kalau dia berkesudahan bekerja di pejabat macam orang kebanyakan. Lainlah kalau dia ditakdirkan menjadi artis/penyanyi/AF yang mana tiada keperluan untuk dia berkecimpung dalam arena slides.
Tapi itupun bila zaman artis dia sudah habis, besar kemungkinan dia akan guna slides untuk pitch bisnes busana, restoran atau apa saja yang artis habis zaman biasa buat sekarang ni. Its a cycle.
No comments:
Post a Comment