Saturday, February 9, 2013

Kisah Pendek Mengenai Berak

Dalam perjalanan pulang, Din.. ok tukarlah, Azman.

Dalam perjalanan pulang, Azman singgah di 7-Eleven, mahu beli pisang. Perutnya terasa penuh tapi taiknya tidak mahu keluar. Kalau kamu seorang manusia, kamu tahu perasaan ini. Jenis taik keras, kalau duduk di jamban dalam 15 minit baru keluar sikit. Jadi, bagi Azman, jalan penyelesaian ialah denagn memakan pisang, atau apa-apa buah yang tinggi seratnya.

Dan seingat Azman, 7-Eleven ada menjual pisang. Pisang montel, jenama Montel. Malangnya hari itu tiada pula, jadi dia ke kedai runcit Sum Soon di sebelah. Dalam Sum Soon, Azman terus ke belakang kerana baiasanya di situ banyak jual barang-barang mentah. Ternyata anggapannya meleset. Yang ada hanya cili kering dan ikan bilis. Dan kemudian baru dia terfikir biasanya buah-buahan dijual di luar kedai. Maksudnya kedai ini memang tidak menjual buah.

Sebagai alternatif, dia mencari pula buah prune dalam peket. Buah prune merupakan antara remedi berzaman untuk sembelit. Dari 6 lorong makanan berpeket di kedai itu, Azman perlahan-lahan meniliti setiap rak untuk mencari prune dalam peket ini. Tiba di lorong ketiga, Azman terhenti. Dirasakan taik sudah mahu terkeluar. Mujur tiada siapa berada di situ selainnya jadi dia mengambil masa untuk menahan taiknya daripada keluar. Sambil itu dia berjalan perlahan-lahan mencari prune.

Di pertengahan lorong keempat, perasaan beraknya mula reda. Dan di hujung lorong, taiknya selamat kembali ke dalam, menjauhi anusnya. Sungguhpun Azman pulang tanpa sepeket prune, dia rasa lega kerana sudah tidak rasa mahu terberak. Cuma, Azman lupa, taik tidak hilang begitu sahaja.

Ini mungkin kisah pendek mengenai berak, dan kamu bebas untuk menginterpretasi maksud di sebalik kisah ini. Tetapi, apa yang pasti, taiknya panjang.