Thursday, November 28, 2013

Memori



Beza antara memori manusia dan memori yang disimpan dalam cakera keras yang kau dok kendong kesana-sini dalam beg tangan itu ialah, memori manusia tidak selamat; sekejap sahaja boleh hilang.

Mana kau letak kunci tadi? Dah siram pokok ke belum? Apa nama menantu adik kau? Semua ini berpunca dari kehilangan  memori. Lupa. Manusia memang dicipta untuk lupa. Kalau benda-benda penting atau rutin harian pun kita boleh lupa, inikan pula perkara-perkara trivial, yang tak berlaku selalu walaupun berlaku pengulangan.

Macam aku, aku asyik terlupa. Asyik, walaupun bukan selalu tapi setiap kali, aku asyik terlupa betapa onion rings di Burger King tak sedap langsong! Siapa la punya resipi, mai sini aku buh penendang kat dada tu.

Tuesday, November 26, 2013

Ladung Jiwa

Bercakap pasal kawan lama (merujuk entri sebelum ini), aku juga ada kawan yang tidak berapa rapat dan kurang interaksi tetapi aku boleh ingat sampai mampos.

Semasa darjah empat dulu, aku ada seorang kawan bernama Rueben, seorang budak cina gemok dan tinggi. Rambutnya jegang dan memakai spek mata berbingkai tebal serta berseluar pendek. Bila sebut pasal Rueben terus aku teringat satu peristiwa dulu sewaktu rehat.

Si Rueben ini masa itu sedang galak bermain di tepi pagar sekolah. Diluar pagar itu adalah jalan besar di mana terletaknya persimpangan lampu trafik yang agak sibuk. Hari itu, jalan di luar itu tiba-tiba menjadi kecoh kerana berlaku kemalangan kereta dan kebetulan si Rueben ni tadi ada membaling-baling tempurung kelapa keluar pagar dan ada yang ke tengah jalan.

Apabila dapat tahu perkara ini oleh guru kelas aku, Puan Ng, dia telah meletakkan punca kemalangan itu di tangan Rueben sampai dia menangis-nangis mengenangkan kesalahannya. Tetapi Puan Ng pandai, mengatakan yang dia akan simpan rahsia ini setelah mengugut untuk memberitahu polis.

Kejam juga Puan Ng ni padahal kami semua tahu tempurung Rueben itu bukanlah penyebab kemalangan. Tetapi kami juga kadang-kadang ada mengugut Rueben untuk lapor pada polis, hehe. Puan Ng lah yang ajar ni.

Selain kes tempurung, aku juga masih ingat yang Rueben pernah masuk TV, berlakon sketsa sempena hari kebangsaan, memegang watak seekor arnab. Perkara ini selalu menjadi bahan aku dan Ilsa. Agaknya itu sebab aku dibenci orang-orang seperti Lam Wai Seng.

Dalam 5-6 tahun lepas, aku ada terserempak dengan Rueben ini, sedang berjalan menyeberang jalan sambil aku perhati dari dalam kereta. Walaupun sudah lebih 10 tahun aku tak berjumpa dia, aku masih boleh cam mukanya. Dan dari riak mukanya aku dapat lihat masih ada rasa bersalah dalam dirinya akan hal tempurung dulu.

Saturday, November 16, 2013

Taktik Apabila Terlupa Nama Kawan Lama

Seringkali kita akan terjumpa kawan-kawan lama yang mungkin tak begitu rapat dan lebih kepada kenalan sehingga tidak ingat namanya. Lebih parah kalau dia ingat nama kita.

Aku ada juga terkena situasi begini dan dalam kebuntuan aku akan menyambut panggilan mereka dengan, "wei, apa cerita?"
Dan kadang-kadang boleh sambung berbual sambil cuba mengingat semula di mana sebenarnya kami berkenalan. Kawan aku ke kawan abang aku?

Tetapi ada juga kalanya kita boleh ambil selangkah lebih maju dengan cuba meneka nama mereka. Ini lebih mudah kalau kita ingat pula nama abangnya sebagai contoh. Jikalau kita tahu nama abangnya maka lebih mudah untuk kita derive namanya kerana biasanya tak lari jauh.

Aku pernah teka nama seorang kawan yang abangnya bernama Saiful. Aku teka Shahril. Dapat betul. Ada juga yang aku teka namanya Fairus, berdasarkan nama abangnya, Firdaus.

Yang kedua tu tak betul. Nama dia Fitri.

Friday, November 15, 2013

Photos [Two]

#LostFilms

Hujung minggu lepas aku cuci 2 gulung filem. Patutnya ada gambar raya. Satu gulung tu rupa-rupanya filem yang tak bercuci dari tahun 2010. Ini gambar-gambarnya.







 






 






Wednesday, November 13, 2013

Drama-drama Yang Berkemungkinan Tidak Akan Ditayangkan di TV Tempatan

Pengkid itu Suamiku

Mengisahkan seorang gadis yang berkahwin dengan seorang pengkid secara sah tetapi tiada siapa mengetahui yang suaminya itu seorang pengkid kecuali dia. Penuh dengan kisah bagaimana suaminya pengkid itu yang seringkali hampir-hampir terbongkarkan identitinya yang sebenar.


Sebenarnya Saya.. Isteri Seekor Anjing

Mengisahkan seorang gadis yang berkahwin dengan seekor anjing tetapi pada masa yang sama berusaha menyembunyikan perkahwinan itu daripada rakan-rakan pejabatnya kerana nanti orang kata kahwin tak bagitahu. Di rumah, situasi sentiasa janggal antara mereka berdua kerana setelah berbulan-bulan berkahwin tetapi masih belum berhubungan seks.


Jodoh Itu Milik Kita Semua

Mengisahkan seorang gadis yang merantau serata dunia dengan semangat free love dan motto yang jodoh itu milik semua orang. Perjalanan hidupnya dipenuhi dengan perkahwinannya dengan pelbagai lapisan masyarakat, lelaki dan perempuan, pondan dan aseksual, serta ermm.. makhluk asing.


Love You Mr Algorithm

Mengisahkan seorang gadis yang berkahwin dengan seorang lelaki bernama algorithm, yang kebetulan adalah sebuah algorithma secara harfiah. Gadis ini mendapati suaminya Algorithm adalah seorang lelaki yang berubah-ubah bergantung kepada keadaan. Sepanjang siri kita melihat bagaimana gadis ini membekalkan suaminya dengan pelbagai pembolehubah, dalam bentuk situasi, emosi dan reaksi sebagai usaha untuk menerbitkan algorithma misteri suaminya.




Saturday, November 9, 2013

Ada Sekali Tu Bro..

Borak dengan kawan-kawan, satu topik yang biasa tidak lari ialah hal kerja masing-masing. Kalau dengan kawan-kawan tempat belajar pun begitu apatah lagi kawan sekerja.

Zam, seorang judas yang meninggalkan ofis kami untuk ke Petronas kadang-kadang akan singgah untuk lepak minum dan sebagainya. Dalam beberapa bulan ni dia masih kuat bernostalgia. Tengoklah lepas setahun nanti.

Semalam kami lepak dan sudah tentu kami ada bersembang hal-hal kerja. Lebih banyak hal kerja belah dia kerana kerja kami begitu sahaja takde benda baru pun. Satu cerita menarik tentang kerja-kerja orang ONG (Oil & Gas) macam dia ni apabila melibatkan negara-negara bergolak seperti Iraq. Ada cerita bagaimana kawannya yang ketika membetulkan tali kasut, sebutir peluru yang trajektorinya memintas kedudukan kepalanya sebelum dia tunduk. Thrill kan?

Ada juga cerita yang mana stesen kawannya bertugas diserang sejurus selepas dia pulang ke negara. Thrill kan?
Kawan, kawan. Aku main sebut je kawan dia padahal cerita atas cerita orang je ni.

Apapun aku membayangkan situasi bercerita hal kerja masing-masing di antara orang ONG berpangkalan di negara bergolak (OOBNB)dan orang macam aku (OMA).

***

OOBNB: Ada sekali tu bro, aku tunduk betulkan tali kasut, peluru ni lalu rilek jek atas kepala aku. Fuh nasib baik bro tak kena. Seriau wei seriau.

OMA: Ada satu petang tu masa aku turun dari ofis aku tengok ni ramai ni pegawai-pegawai uniform putih berkeliaran kat bawah tu. Nasib baik aku sempat lari, isi duit dalam mesin pastu taruk tiket kat windshield kereta. Nyaris kena saman bro.

Dan itu dikira habis adventurous.



Friday, November 8, 2013

Kedai Makanan Segera Paling Ripoff

Tadi selepas mesyuarat di Jalan Timur, aku singgah sebentar di sebuah restoran makanan segera. Restoran famili katanya, mungkin kerana ada gambar beruang.

Jadi aku tempah makanan, sebiji burger, air teh dan cincin bebawang. 20 ringgau semuanya. Gila kau, macam makan set 5 ketul ayam kentaki.

Harga satu hal, burger-nya yang senipis-nipis buku komik Dragon Ball tu benar-benar mengecewakan kerana kalau dilihat pada gambarnya macam langit dengan teras bumi. 

Dengan ini aku isytiharkan kedai makanan segera paling ripoff setakat ini ialah A&W. Kalau tak kerana root beer, onion rings dan kadang-kadang waffle-nya, A&W pada aku boleh pergi meninggal. 

Yang mana aku rasa mereka berdua dah buat pun.

Monday, November 4, 2013

Playlist Agung

Hai. Aku ada akaun Spotify, sebuah sistem mendengar muzik secara online. Tak pernah dengar? Peduli apa aku.

Spotify yang aku pakai ni percuma. Segala macam lagu aku boleh dengar. Taip aje di kotak 'search', kalau ada artis yang kau cari tu ada la. Selain percuma, apa yang lebih menarik pasal Spotify ni ialah aku boleh cipta playlist dan simpan di dalam cloud aku sendiri kemudian boleh diakses dari mana-mana komputer aku yang ada Spotify.

Dan Spotify ini pula lebih kurang seperti gabungan iTunes dan Twitter, di mana kau boleh follow kawan-kawan kau atau artis-artis yang ada Spotify. Macam aku, aku ada 2 follower.

Jadi tempohari aku ada buat satu playlist. Playlist agung. Playlist aku ni terdiri daripada artis-artis seperti Billie Holiday, Sarah Vaughan, Ella Fitzgerald, Sidney Bechet dan Carmen Mcrae. Ya bukan calang-calang artis. Tak pernah dengar? Peduli apa aku.

Ini playlist yang aku buat tu. Jemputlah dengar.




Kerana ingin berkongsi halwa telinga ini, satu hari aku suruh salah seorang dari 2 follower aku tadi untuk dengar playlist yang aku buat ni. Dia jawab "Baik". Dan Spotify ni pula jenis melaporkan aktiviti-aktiviti kawan yang kau follow, seperti lagu apa yang dia dengar.

Geram aje aku bila tengok kawan aku tadi dengar satu je lagu dari playlist aku.
Tambah geram lepas tu dia boleh pulak dengar lagu Lelaki Ini Anuar Zain.


P/S: Satu lagu yang kawan aku dengar tu ialah lagu pertama dalam playlist ni iaitu Strange Fruit. Lagu ini berkisar tentang sejarah di selatan USA di mana hamba-hamba negro dibunuh dan digantung di pokok-pokok menjadikannya seperti buah-buahan; buah-buahan aneh. Lagu ini dibandingkan dengan lagu pasal lelaki kemaruk cinta? Fakof.