Borak dengan kawan-kawan, satu topik yang biasa tidak lari ialah hal kerja masing-masing. Kalau dengan kawan-kawan tempat belajar pun begitu apatah lagi kawan sekerja.
Zam, seorang judas yang meninggalkan ofis kami untuk ke Petronas kadang-kadang akan singgah untuk lepak minum dan sebagainya. Dalam beberapa bulan ni dia masih kuat bernostalgia. Tengoklah lepas setahun nanti.
Semalam kami lepak dan sudah tentu kami ada bersembang hal-hal kerja. Lebih banyak hal kerja belah dia kerana kerja kami begitu sahaja takde benda baru pun. Satu cerita menarik tentang kerja-kerja orang ONG (Oil & Gas) macam dia ni apabila melibatkan negara-negara bergolak seperti Iraq. Ada cerita bagaimana kawannya yang ketika membetulkan tali kasut, sebutir peluru yang trajektorinya memintas kedudukan kepalanya sebelum dia tunduk. Thrill kan?
Ada juga cerita yang mana stesen kawannya bertugas diserang sejurus selepas dia pulang ke negara. Thrill kan?
Kawan, kawan. Aku main sebut je kawan dia padahal cerita atas cerita orang je ni.
Apapun aku membayangkan situasi bercerita hal kerja masing-masing di antara orang ONG berpangkalan di negara bergolak (OOBNB)dan orang macam aku (OMA).
***
OOBNB: Ada sekali tu bro, aku tunduk betulkan tali kasut, peluru ni lalu rilek jek atas kepala aku. Fuh nasib baik bro tak kena. Seriau wei seriau.
OMA: Ada satu petang tu masa aku turun dari ofis aku tengok ni ramai ni pegawai-pegawai uniform putih berkeliaran kat bawah tu. Nasib baik aku sempat lari, isi duit dalam mesin pastu taruk tiket kat windshield kereta. Nyaris kena saman bro.
Dan itu dikira habis adventurous.
No comments:
Post a Comment