Hai. Aku ada akaun Spotify, sebuah sistem mendengar muzik secara online. Tak pernah dengar? Peduli apa aku.
Spotify yang aku pakai ni percuma. Segala macam lagu aku boleh dengar. Taip aje di kotak 'search', kalau ada artis yang kau cari tu ada la. Selain percuma, apa yang lebih menarik pasal Spotify ni ialah aku boleh cipta playlist dan simpan di dalam cloud aku sendiri kemudian boleh diakses dari mana-mana komputer aku yang ada Spotify.
Dan Spotify ini pula lebih kurang seperti gabungan iTunes dan Twitter, di mana kau boleh follow kawan-kawan kau atau artis-artis yang ada Spotify. Macam aku, aku ada 2 follower.
Jadi tempohari aku ada buat satu playlist. Playlist agung. Playlist aku ni terdiri daripada artis-artis seperti Billie Holiday, Sarah Vaughan, Ella Fitzgerald, Sidney Bechet dan Carmen Mcrae. Ya bukan calang-calang artis. Tak pernah dengar? Peduli apa aku.
Ini playlist yang aku buat tu. Jemputlah dengar.
Kerana ingin berkongsi halwa telinga ini, satu hari aku suruh salah seorang dari 2 follower aku tadi untuk dengar playlist yang aku buat ni. Dia jawab "Baik". Dan Spotify ni pula jenis melaporkan aktiviti-aktiviti kawan yang kau follow, seperti lagu apa yang dia dengar.
Geram aje aku bila tengok kawan aku tadi dengar satu je lagu dari playlist aku.
Tambah geram lepas tu dia boleh pulak dengar lagu Lelaki Ini Anuar Zain.
P/S: Satu lagu yang kawan aku dengar tu ialah lagu pertama dalam playlist ni iaitu Strange Fruit. Lagu ini berkisar tentang sejarah di selatan USA di mana hamba-hamba negro dibunuh dan digantung di pokok-pokok menjadikannya seperti buah-buahan; buah-buahan aneh. Lagu ini dibandingkan dengan lagu pasal lelaki kemaruk cinta? Fakof.
No comments:
Post a Comment