Thursday, July 3, 2014

Skrip Iklan Tempatan

Iklan di negara ini terutamanya iklan radio semacam sudah mempunyai skrip yang tetap. Gayanya seperti ada sebuah skrip yang dicipta dan dibikin public untuk dipakai semua orang dan hanya perlu bayar royalti kepada penulis asal sebanyak 12 ringgit misalnya.

Aku syak skripnya begini:

****

Watak A: Kak Limah, Kak Limah buat apa tu?

Kak Limah: Kak Limah tengah [masukkan aktiviti asas pemprosesan makanan am] ni,  nak buat [makanan am]

Watak A : Laaahh buat apa susah-susah Kak Limah, [makanan am + jenama + segera kan ada? 

Kak Limah: Hah? / Apa? [makanan am + jenama + segera]?

Watak A : Iye Kak Limah dengan [makanan am + jenama + segera, Kak Limah tak perlu lagi  [aktiviti asas pemprosesan makanan am untuk membuat [makanan am. Kak Limah hanya perlu [proses ringkas dan mudah yang boleh dibuat di dapur seperti rebus atau microwave] dan [makanan amKak Limah akan siap dalam masa [jangka masa yang singkat berbanding proses asal]

Kak Limah: Wahhh kalau macam tu senang la. Dengan [makanan am + jenama + segera] ni, setiap hari lah abang [nama suami Kak Limah] kau tu boleh makan [makanan am].

Watak A: *ketawa macam setan*

Kak Limah: *ketawa macam setan*

****

Amacam? Boleh cuba sendiri. Dan jika ada yang ingin menggunakan skrip ini untuk iklan, silakan dan kau tak perlu bayar royalti. Hanya perlu hantarkan sedikit [makanan am + jenama] yang kau jual tu ke rumah aku.

No comments: