Selepas mengambil Popo di airport, kami pergi makan di kedai buah, sempena Ramadan keesokannya dan juga sempena perut yang lapar. Di pertengahan dinner, Saif yang sekejap tidur, sekejap jaga, sekejap menyusu kelihatan gelisah di pangkuan ibunya Miaumontel.
"Kamu nak apa ni Saif?", soal aku kepada manusia 7 bulan ini. "Mesti kamu sendiri pun tak tau apa yang kamu nak sebenarnya kan?".
Saif hanya diam, merenung aku sekejap sebelum sambung terpusing-pusing mencari entah apa. Aku faham, di umur 7 bulan seharusnya kita memang lost, tak tahu apa, mencari-cari makna hidup. Infant existentialism.
"Jangan risau Saif, uncle sendiri pun tak tau apa yang uncle nak sebenarnya"
We never really change after all, do we?
No comments:
Post a Comment