Bercakap pasal kawan lama (merujuk entri sebelum ini), aku juga ada kawan yang tidak berapa rapat dan kurang interaksi tetapi aku boleh ingat sampai mampos.
Semasa darjah empat dulu, aku ada seorang kawan bernama Rueben, seorang budak cina gemok dan tinggi. Rambutnya jegang dan memakai spek mata berbingkai tebal serta berseluar pendek. Bila sebut pasal Rueben terus aku teringat satu peristiwa dulu sewaktu rehat.
Si Rueben ini masa itu sedang galak bermain di tepi pagar sekolah. Diluar pagar itu adalah jalan besar di mana terletaknya persimpangan lampu trafik yang agak sibuk. Hari itu, jalan di luar itu tiba-tiba menjadi kecoh kerana berlaku kemalangan kereta dan kebetulan si Rueben ni tadi ada membaling-baling tempurung kelapa keluar pagar dan ada yang ke tengah jalan.
Apabila dapat tahu perkara ini oleh guru kelas aku, Puan Ng, dia telah meletakkan punca kemalangan itu di tangan Rueben sampai dia menangis-nangis mengenangkan kesalahannya. Tetapi Puan Ng pandai, mengatakan yang dia akan simpan rahsia ini setelah mengugut untuk memberitahu polis.
Kejam juga Puan Ng ni padahal kami semua tahu tempurung Rueben itu bukanlah penyebab kemalangan. Tetapi kami juga kadang-kadang ada mengugut Rueben untuk lapor pada polis, hehe. Puan Ng lah yang ajar ni.
Selain kes tempurung, aku juga masih ingat yang Rueben pernah masuk TV, berlakon sketsa sempena hari kebangsaan, memegang watak seekor arnab. Perkara ini selalu menjadi bahan aku dan Ilsa. Agaknya itu sebab aku dibenci orang-orang seperti Lam Wai Seng.
Dalam 5-6 tahun lepas, aku ada terserempak dengan Rueben ini, sedang berjalan menyeberang jalan sambil aku perhati dari dalam kereta. Walaupun sudah lebih 10 tahun aku tak berjumpa dia, aku masih boleh cam mukanya. Dan dari riak mukanya aku dapat lihat masih ada rasa bersalah dalam dirinya akan hal tempurung dulu.
No comments:
Post a Comment