Tuesday, March 31, 2009

Aciligantat

Kira-kira 2 tahun yang lalu.

Pada satu malam di dalam sebuah bilik kolej sebuah pengajian tinggi nasional, sekumpulan remaja lelaki dilihat sedang khusyuk melihat satu bahagian di atas lantai. Kedudukan mereka seakan-akan membentuk sebuah bulatan. Ada yang meniarap, ada yang bersila, ada yang mencangkung dan ada yang bertelanjang. Hampir telanjang. Perkataan pelajar atau penuntut tidak digunakan secara umum memandangakan ada seorang dua daripada mereka merupakan penceroboh, duduk di kolej hanya kerana mahu mengorat gadis-gadis di situ.

Mereka ini sangat 'distinctive'. Terdiri dari pelbagai rupa, bentuk dan berat badan. Ada yang berbulu lebat, sering dikelirukan dengan mawas. Ada yang rupa persis pelakon jawa terkenal. Ada yang hitam, bulat dan berasal dari Afrika. Ada yang berbadan tegap dan rugged. Ada juga yang bermisai lebat sehingga apabila dia bercakap mulutnya seperti tidak dibuka.
Memerhati tingkah laku mereka untuk seketika, seseorang boleh simpulkan bahawa mereka sedang bermain permainan Black Jack.

Adrenalin di dalam bilik itu, bak kata orang putih, boleh dibau. Intensiti antara pemain-pemain Black Jack ini boleh dirasai. Terutamanya yang memegang peranan pegawai bank atau 'banker'. Pertaruhan yang tadi bermula sekecil-kecil sepuluh sen kini sudah mula meningkat. Ada yang berani meletakkan 70 sen sebagai pertaruhan.

Peranan pegawai bank boleh dikatakan peranan yang agak digeruni kerana sangat berisiko. Katakanlah dalam satu permainan di kalangan 6 orang. Jikalau empat orang pemain biasa mendapat Black Jack, pegawai bank tadi terpaksa membayar dua kali ganda pertaruhan yang diletakkan oleh setiap empat pemain tadi. Jikalau masing-masing meletakkan 20 sen, maknanya jumlah yang perlu dibayar adalah sebanyak 40X4, iaitu sebanyak RM1.60. Seringgit enam puluh sen dalam bentuk syiling adalah banyak. Maka dengan itulah pegawai bank biasanya bertukar-tukar dalam sesuatu permainan. Sesiapa yang dilihat mempunyai wang yang banyak akan dilantik sebulat suara menjadi pegawai bank.

Akan tetapi, sekiranya pegawai bank itu pula yang mendapat Black Jack dan pemain-pemain lain hanya mendapat kad biasa, maka pegawai bank itu pula akan mengutip sebanyak dua kali ganda pertaruhan setiap seorang pemain. Bermakana 40X5, RM2.00.

Apapun, permainan malam itu adalah satu daripada beberapa siri permainan yang dilangsungkan dalam minggu itu. Namun, permainan malam itu dibuka selepas sahaja mereka membuat operasi orientasi gelap ke atas pelajar-pelajar baru yang duduk di situ. Dan secara khususnya malam itu mereka telah mempelajari satu perkataan baru daripada seorang pelajar yang di 'orientate' iaitu aci ligan. Aci ligan menurut pelajar ini adalah aktiviti berkejar-kejaran. Ini merujuk kepada ceritanya ber aci ligan dengan polis menaiki lori ayam suatu ketika dahulu.

Lucu. Tetapi dalam keadaan genting sebegini tiada yang lucu. Perkataan aci ligan tadi masih lagi terngiang-ngiang dalam fikiran setiap pemain. Tetapi nampaknya pegawai bank yang persis pelakon jawa itu yang acap kali menyebutnya. Apa tidaknya, wangnya yang tadi cukup untuk membeli sebanyak dua ais krim Trophy kini semakin susut.

Jadi, dalam salah satu pusingan pada malam itu, setelah memberi kad tambahan kepada setiap pemain, tiba giliran pegawai bank itu pula untuk menambah kad. Ketika itu tiada pemain yang mendapat Black Jack, tetapi rata-rata mempunyai mata sebanyak 20, 19 dan ada juga juga ngam-ngam 21. Memperlihatkan dua kad pada pegawai bank tadi pula, kecil-kecil belaka. Mahu atau tidak sememangnya dia perlu menambah kad. Jikalau nilainya kurang daripada 15, kad-kad nya dikira mati. Bererti dia perlu membayar semua pemain satu kali ganda pertaruhan mereka.

Sudah 4 kad berada dalam posesinya. Nilainya boleh dikatakan cukup makan. Namun, masih tidak cukup untuk mengatasi kad pemain-pemain yang lain. Ini memaksa pegawai bank tadi untuk menggoreng. Menggoreng bermaksud dia akan mengambil kad kelima. Sekiranya kad kelimanya besar dan menjadikan nilai keseluruhan lebih daripada 21, maka dia terpaksa membayar dua kali ganda pertaruhan pemain lain. Tetapi jikalau nilainya masih hidup iaitu di bawah 21, sungguhpun tidak mengatasi kad pemain lain, dia masih dikira menang dan pemain lain harus membayar dua kali ganda pertaruhan mereka. Ini adalah peraturan yang mereka gunakan ketika bermain. Peraturan Black Jack ini dikatakan berbeza-beza di beberapa tempat berdasarkan taburan kambing di situ.

"Aciligantat!!", jerit pegawai bank persis pelakon jawa itu.

Kad kelima yang diambilnya mempunyai nilai sebanyak dua. Bermakna, nilai keseluruhan kadnya adalah 19. Hidup. Mawas yang meletakkan pertaruhan sebanyak 70 sen itu ternyata kecewa. Dengan bangganya pegawai bank itu mengutip dua kali ganda pertaruhan setiap pemain lain.

Lantas, perkataan 'aciligantat' menjadi perkataan keramat yang digunakannya setiap kali bermain Black Jack. Tetapi rakan-rakan yang lain masih terpinga-pinga dari mana datangya suku kata 'tat' dalam jeritannya itu. Barangkali 'tat' itu adalah sebagai pelengkap kepuasan kepada perkataan aciligan yang asyik bermain dalam fikirannya malam itu. Hmmm.

7 comments:

nadzirah said...

haha.. laa.. macam tu ke..

time kaseh.. ;D

adib said...

yah begitulah kisahnya. see takde apa yang lucah pun.

dulu ada kawan saya pun ingat lucah. tapi dia jenis tak nak dengar explanation. hehe. biar dia.

nadzirah said...

hee.. hehe.. ;D

Gula Kapas said...

Aku tau!

Aci + Ligan + Tat (nenas) !

Tak pun..

Aci + Ligan + (p*a*n*)tat !

Macam pervert je gayanye :p

hj.pet said...

weh..ape ni dib?? ko membenarkan pencarutan berlaku di blog ko??

adib said...

tu la aku kena taruk filter la. macam mana kalau budak budak baca ni. ish

pelakon jawa said...

aku sebagai pengasas aciliganTART or aciligantat pon xselucah ini...