Saturday, March 14, 2009

Zantarin

Seorang doktor kelihatan menekan-nekan butang mouse di dalam pejabatnya. Dia sedang melayari laman web Amazon.com, mencari album 'double disc' The Best of Boz Scaggs yang baru sahaja dilancarkan di seluruh dunia.

The Best of Boz Scaggs
$28.33

"Huh", detak hatinya. Dicongak-congakkan harganya dalam duit Malaysia ada lah dalam lebih kurang seratus ringgit. Walaupun mempunyai pendapatan besar sebagai seorang doktor di hospital swasta yang ternama, doktor ini mengamalkan sistem perbelanjaan yang tegas. Setiap bulan sebahagian gajinya akan dibuat membayar bil bulanan kondominiumnya di sebelah KLCC, sebahagian untuk kereta Mazda 6-nya, sebahagian untuk membayar hutang tiga kad kreditnya, sebahagian untuk simpanan peribadinya dan selebihnya dimasukkan ke dalam Unit Trust-nya.
Selain itu, perbelanjaan untuk makan pakainya pun diasingkan.

Perbelanjaan tambahan yang diperuntukkan untuk sebulan tidaklah begitu banyak. Tempoh hari dia baru sahaja membeli album Koleksi Terbaik Eddie Ahmad. Seminggu sebelum itu pula dia telah membeli sebuah mesin pembuat kopi buatan Jerman. Mahal juga harganya.
Jadi jikalau dia membeli album Boz Scaggs ini sudah tentu sistem perbelanjaan yang diamalkan selama ini akan menjadi kucar-kacir. Doktor ini memang seorang yang cerewet. Walaupun terhadap diri sendiri.

Dalam leka memikirkan perbelanjaannya dia tiba-tiba teringatkan salah seorang pesakitnya, Syamzari, yang baru sahaja menjalani pembedahan semalam. Seorang pesakit jantung, Syamzari telah menjalani pembedahan bypass dengan jayanya di bawah pimpinan doktor ini.
"Apa khabar si Syamzari agaknya?", jiwanya bermonolog.

Lalu dia bingkas bangun dari tempat duduknya bergerak menuju bilik wad yang didiami Syamzari. Dilihatnya Syamzari sedang berbaring atas katilnya sambil membaca majalah Laman yang dibekalkan hospital itu sendiri.

"Macam mana cik Syamzari, okay?", sapa doktor itu sambil menutup pitu bilik di belakangnya.
"Ok, cuma ada rasa sakit sikit la dekat bekas kena bedah ni", jawab Syamzari sambil tersenyum separuh.

"Oh biasa la tu. Baru lepas bedah ada rasa sakit sikit."
Doktor kemudiannya terus memeriksa nadi Syamzari sungguhpun operasi jantungya terang-terang dipaparkan pada mesin ECG. Kemudian dia memeriksa fail pesakit yang disangkutkan pada hujung katil. Dia melihat jam pada tangannya.
Diperiksa pula tiub-tiub yang bersambung pada tubuh Syamzari. Dijentik-jentik pula air di dalam sebuah beg tergantung pada suatu kerangka besi.

"So, okay eh?", soal doktor itu lagi.
"Okay", angguk Syamzari.

Doktor tadi pun berlalu keluar dari bilik Syamzari.

Tiga minit. RM100.

"Fuh", kata doktor itu separa seronok. Album Boz Scaggs kini dalam tangannya.
Ketika dalam perjalanan pulang ke pejabatnya, dia terhenti di hadapan bilik seorang lagi pesakitnya, Esmeralda. Esmeralda merupakan antara pesakit yang sudah lama berubat dengannya. Dia seorang pesakit tekanan darah rendah dan baru-baru ini telah terjatuh di dalam bilik air akibat pitam lalu mengalami pendarahahan dalaman pada otaknya akibat hentakan atau 'concussion' pada pada... meh.. te.. ....mm..

"Hmm, rasa macam nak beli game baru la.."

1 comment:

Gula "gulaley" Kapas said...

kat dunia lepas la, kat akhirat...