Friday, July 3, 2009

Kucing : Kajian Warna

Kucing dalam dunia ini sebenarnya terbahagi kepada 2 golongan: kucing yang jahat dan kucing yang tidak jahat. Istilah kucing baik tidak digunakan sebagai kontra kerana mungkin tidak wujud kucing yang baik dalam dunia ini. Kerana walaupun seseekor kucing itu tidak jahat, mesti ada sedikit nakal.

Apapun berdasarkan pemerhatian, aku dapati kita kadangkala boleh menilai budi pekerti seseekor kucing itu dengan hanya melihat pada warna bulunya. Kucing belang cicak contohnya rata-rata adalah jenis yang 'eksyen' atau berlagak. Tidak akan mempedulikan teguran, kecuali apabila lapar. Kucing putih kebanyakannya tergolong dalam kumpulan kucing yang tidak jahat. Warnanya sahaja sudah melambangkan kebaikan. Tetapi ada juga kucing putih yang cukup jahat, seperti Musang misalnya.

Namun antara kucing yang paling mudah dinilai ialah kucing kuning (Mungkin warna yang lebih tepat ialah jingga atau oren. Tetapi perbendaharaan kata melayu kuno agak terhad). Boleh dikatakan 90 peratus kucing kuning di dalam dunia ini adalah jahat. Kenyataan ini bukanlah dibuat dengan hanya pemerhatian kasar, tetapi disokong dengan gambaran kucing kuning dalam kebudayaan popular.
Lihatlah sahaja watak Garfield, malas dan pelahap. Heathcliff, kuat berdendam dan membuat havoc. Kedua-duanya, berbulu kuning. Malah, ada beberapa filem yang menunjukkan bagaimana sesuatu masalah ditimbulkan oleh seekor watak kucing kuning, sungguhpun hanya memegang watak pipih.

Dulu kucing kuning aku bernama Ning boleh dikatakan antara kucing paling jahat di Petaling Jaya. Tangan siapa yang tak pernah ditembuk dengan taringnya. Chang, juga berwarna kuning dengan motif bunga lawang, pula bertanggungjawab menghambat Lobo (kelabu dan berstokin) keluar dari rumah. peluang untuk menemui seekor kucing kuning yang tidak jahat, berani aku katakan adalah seekor dalam sejuta. Secara psikologi, mungkin kucing-kucing ini merasakan diri mereka adalah harimau setelah mendapati warna mereka kuning.

Tempoh hari ketika aku sedang mencuci tong sampah di hadapan rumah, aku terjumpa selonggok tahi kucing keras. Terlonggok cantik di atas rumput di laman rumah. Mengikut falsafah Sherlock Holmes, suspek pertama biasanya akan didapati bersalah akhirnya. Dan pagi itu, ada seekor kucing lalu di tepi rumah aku. Dan rasanya semua boleh meneka warna kucing itu.

4 comments:

Gula Kapas said...

Haa~! Aku tau! Kucing tu warna belang cicak, kan! :D

Ko jugak yang kata, "Mengikut falsafah Sherlock Holmes, suspek pertama biasanya akan didapati bersalah akhirnya."

Haha~! Betulkan! :D

adib said...

ish salah le sadin. aku keluarkan falsafah tu nak menunjukkan yang kucing yang aku nampak tu adalah suspek utama.

dan dah tentu berdasarkan penerangan terperinci aku kat atas ko boleh agak warna kucing yang menjadi suspek utama.

hj.pet said...

hmmmmm..merah??

adib said...

ermm. kalau merah nmichael style