Sunday, June 21, 2009

Berkiriman Salam

Setelah memperosah daging masak dengdeng dan gulai lemak ikan masin, Shaari dan kawan-kawannya berkumpul di bawah sebuah pokok untuk menghisap rokok. Teduh sikit di bawah pokok. Mereka tidak mahu balik lagi kerana mahu menunggu rakan mereka Saiful, pengantin lelaki itu sendiri, bersanding.

Seperti biasalah, tanpa mempedulikan orang-orang lain, geng ini terus bersembang dengan kuat, ketawa berdekah-dekah, tambahan pula apabila bertemu dengan rakan-rakan lama yang lain. Selain Shaari, antara yang paling kuat bersembang dan berseloroh ialah Azman dan Din. Gadhafi, jenis yang senyap-senyap, sering menjadi bahan ketawa geng-geng ini.

Dalam setengah jam menunggu, Saiful pun muncul bersama pengapitnya. Diiringi budak-budak kompang, dia kemudian disambut isterinya sebelum bergerak bersama-sama ke pelamin. Shaari dan kawan-kawannya yang tadi rancak berborak bagaimanapun seakan terpaku dengan kecantikan pengapit perempuan itu. Hampir semua yang di bawah pokok akan bertanya "uih, siapa pengapit tu?"

Dipercepatkan 'scene' ini, Shaari dan kawan-kawannya sedang bersalaman dengan Jamal kerana sudah mahu pulang. Beberapa kutu di antara mereka, terutama sekali yang banyak bercakap, seperti Azman, pasti menyuruh Saiful untuk menyampaikan salam kepada pengapit perempuan, :"Weh, kirim salam kat pengapit".

Saiful yang cuba melayan kesemua mereka hanya mampu gelak dan mengangguk sambil menjawab: "Ha, yelah hehe."

Selesai bersalaman, Saiful kembali ke meja makan sambil tersengih dan ketawa kecil dengan gelagat rakan-rakannya tadi. Duduk sahaja dia terus menyiku lembut pengapit di belah kanannya.

Masih tersengih dan ketawa kecil, "Budak-budak ni kirim salam kat ko".

8 comments:

Gula Kapas said...

Motif cerite?

adib said...

nanti jap, ko paham tak cerita ni sebenarnya?

hj.pet said...

ako pon xpaham

Gula Kapas said...

paham.. orang main kim2 salam

adib said...

ish. cuba teliti balik pada siapa yang dikirimkan salam tu

bEkAkIrA said...

ak mcm paham... bg salam kt pengapit lelaki kan???? mcm kuang asam je

adib said...

ok betul

hj.pet said...

yukssss