Tuesday, June 23, 2009

Permainan Komputer

Teringat pula suatu cerita ketika di kampus dulu. Adalah seorang kawan ini, aku namakan dia sebagai Khairul Ekhsan. Mungkin kerana itu nama betulnya. Khairul pada waktu itu duduk sebilik dengan Lan Gerd-gerd atau juga dikenali sebagai Lance 300.

Komunikasi antara Khairul dan Lance, boleh dikatakan tidak berapa lancar. Khairul sering kelihatan merayap-rayap di ruang koridor, dan selalu juga singgah di bilik Idzam untuk bersembang jiwa-jiwa.

Jadi Satu hari, Lance yang baru sahaja membeli sebuah komputer canggih telah meng'install' sebuah permainan komputer ke dalamnya. Permainan komputer itu boleh dikatakan bersaiz besar dalam erti kata bits nya. Kalau menggunakan cakera padat (CP), barangkali sehingga memerlukan 4 keping CP. Jadi sementara menanti permainan itu selesai di'install', Lance tadi pun beralih ke atas katilnya sambil membaca majalah. Komik mungkin.

Progress 'install' permainan tadi kalau tidak silap sudah melepasi 85% apabila Khairul Ekhsan tiba-tiba muncul. Agaknya baru lepas menonton video-video karut di bilik Taro. Memerlukan hiburan, Khairul terus meletakkan dirinya di atas kerusi di hadapan komputer Lance. Suasana agak hening di dalam bilik mereka. Khairul hanya merenung kosong ke skrin komputer tadi.

Tetapi entah mengapa, barangkali pada waktu itu dia kurang mahir pasal komputer, Khairul dengan selambanya menekan butang 'Cancel' pada antaramuka 'installation' permainan komputer yang sudah menghampiri 90% itu, lalu menoleh ke arah Lance dan bertanya,

"Game ada, game?"

5 comments:

hj.pet said...

selambe je ko letak nama putat kat sini?? slalu kan ko pakai nama tipu??

adib said...

cerita ni agak light so takpe. lagipun nama khairul ekhsan tu sendiri menguatkan plot cerita.

Gula "gulaley" Kapas said...

Hehe.. naif betul putat tu eh ;p

Betul ke dia senaif itu?
*jeng jeng jeng!*

bEkAkIrA said...

ni kisah benar ke tipu ni???

adib said...

uish cerita ini sehingga menjadi urban legend