Biasa dulu, kalau dalam mengisi biodata, antara soalan favrit adalah warna kegemaran. Warna, kata orang boleh menggambarkan personaliti sesorang itu. Menggemari sesuatu warna itu dikatakan adalah satu tindakan pra-sedar yang sedikit sebanyak mencerminkan kendiri jelas atau tersembunyi dalam diri kita. Tapi pasti ramai juga dalam masa yang sama, mempersoalkan secara vokal atau tidak; "Iye ke?".
Biasanya warna akan dikaitkan dengan sifat-sifat manusia. Putih contohnya dikaitkan kesucian, pembersih dan disiplin. Kalau merah pula, mesti akan dipasangkan dengan kemarahan, darah muda, dan keberanian. Secara fizikal memang ye, warna-warna ini memberi impresi psikologikal seperti yang disebutkan. Tetapi kalau nak dikatakan menggambarkan sifat si penggemar, boleh dikatakan ada bullshit-nya juga.
Antara contohnya adalah warna pink. Tanggapan orang biasanya pink ini akan melambangkan feminisme. Entah macam mana perkara ini boleh berlaku, walhal awal abad ke 20 dulu warna pink lebih sinonim dengan budak lelaki. Macam aku, mungkin aku tidak suka warna pink atas sebab tanggapan ini (sebelum difikirkan semula hal ini) dan yang pasti kerana warna pink ini pada mata aku bukan cantik pun. Tapi nak dikatakan feminist, takkanlah si jantan-alfa Clint Eastwood boleh gah memandu kereta pink-nya dalam Pink Cadillac.
Sesetengah orang, warna menjadi obsesi. Kalau meminati satu-satu warna itu, hampir segala barangannya akan di dalam lingkungan monokroma yang sama. Dari baju, ke cermin mata, kasut dan kereta, semuanya kerana obses dengan warna kegemaran. Macam aku, kalau ditanya warna kegemaran mungkin akan menjawab kuning atau oren, kerana nampak sedap seperti buah lemon dan limau. Tetapi bukanlah kegemaran aku untuk memakai baju warna kuning.
Aku lebih gemar memakai baju warna hitam, bukan kerana 'gloom', tetapi kerana kalau orang lain makan kemudian kuahnya terpercik ke baju, tidak akan nampak. Err dan mungkin juga kerana itu sahaja saiz yang ada.
No comments:
Post a Comment