Friday, October 16, 2009

Dunia Dalam Satu Gambar



a)Lelaki berhooded coklat menggambarkan golongan kapitalis yang sentiasa mengira keuntungan walaupun rakyatnya (baju putih lengan hijau) tertindas. Kakinya menyerangkah menghalang rakyat dari akses kepada bekalan makanan. Tiada wang tiada makanan.

b)Berbaju putih lengan hijau tidur di atas lantai menggambarkan golongan yang ditindas tetapi tetap angkuh, berpeluk tubuh tanpa mahu berusaha, atas nama anarki. ini boleh disamakan dengan golongan 'on the dole' di England, yang biasanya akan menyertai kumpulan punk dan skinhead. Membantah tindakan kerajaan memberi pekerjaan kepada warga asing tetapi pada masa yang sama malas untuk bekerja.

c)Yang berbaring atas katil ini dinamakan pseudo-pembela rakyat. Menggambarkan diri seperti ditindas, tetapi sebenarnya dilimpahi keselesaan (digambarkan dengan penggunaan bantal berlebihan) hasil titik peluh rakyat (yang mengambil gambar). Lantang dalam memperjuangkan nasib rakyat kurang bernasib baik, tetapi mengambil kesempatan atas publisiti yang diberikan. Lihat sajalah boxer yang mahal itu.

d)Dan lelaki dihadapan PC mewakili golongan freethinker dan hedonist yang semakin bertambah di dunia ini hari demi hari. Keengganan untuk berpakaian dan menggunakan muzik untuk mengekspresi diri melambangkan gaya hidup bebas dan hippie golongan ini. Seperti bagaimana mereka tidak pedulikan hal sekeliling, begitulah juga orang ramai tidak mempedulikan mereka.

.....

Kalau anda perasan, mereka ini adalah golongan minoriti sebenarnya. Rakyat normal, yakni majoriti, tidak dipaparkan dalam gambar ini atas 'nature' rakyat biasa itu sendiri. Golongan-golongan di dalam gambar ini adalah yang biasanya menjadi fokus utama. Kisah mereka ini disensasikan, lalu menjadi tatapan rakyat biasa. Jadi kerana itu lah rakyat biasa tidak dipaparkan kerana sedang mengambil gambar ini.
Ataupun mungkin sedang mandi di ampaian.