Monday, November 30, 2009

Kepantangan

Fizani baru sahaja selesai menyusun barang di bilik rumah sewa barunya apabila Zairol mengajaknya bersembang di ruang tamu. Zairol merupakan antara perintis dalam pembukaan rumah sewa itu. Atau lebih sesuai pangsapuri sewa. Termasuk Fizani, kini sudah ada 4 orang penghuni di pangsapuri sewa yang terletak di Desa Petaling itu.

Zairol mula bersembang dengan bertanya perihal Fizani yakni, pekerjaan, pelajaran dan peleseran. Dia kemudiannya bercerita tentang bagaimana dia menemui tempat ini bersama 2 orang penyewa yang lain, Maliki dan Amin. Bagaimana tempat ini berubah berbanding 2 tahun lalu, walaupun tidak begitu signifikan sebenarnya.

Arah perbualan itu seperti dapat dikesan Fizani apabila merasakan corak penceritaannya daripada aktiviti dan prinsip mereka, Zairol seolah-olah cuba memberitahu bahawa mereka bertiga adalah dari kalangan yang baik-baik dan berdisiplin kuat. Ia seperti satu amaran halus buat pendatang baru Fizani agar tidak menganggu ekosistem sempurna di pangsapuri sewa itu.

"Ada dua kepantangan mak aku", Zairol dengan tiba-tiba menceritakan kepantangan ibunya sambil menunjukkan jari telunjuk dan jari tengah nya. "Pertama, bawak perempuan naik atas. Kedua, nangka."
"Nangka?", soal Fizani kehairanan. Kalau yang pertama itu faham jugalah dia.

"Angin. Tak tahan dia. Seulas pun mau demam 2 hari."

Monday, November 23, 2009