Monday, May 2, 2011

Misi yang Gagal

"Din!". Panggilan Azman tidak dijawab.
"Din!"

"Ha", suara Din kedengaran. Dia muncul tercungap-cungap.

"Amacam?"

"Fuh gila ah. Nyaris aku terkena tadi. Ramai dah terperangkap dalam tu. Zairi, Gaddafi, Ja'a. Semua aku tengok dah mati dalam tu."

"Hah macam mana boleh mati?", Azman terkejut.

"Ntah, diorang melekat kat dinding tu sampai tak boleh bergerak. Aku saspek diorang sampai semalam. Saipul ada lagi kat dalam tengah nazak. Dia bagitau aku." jelas Din lagi.

"Dah tu tak bawak dia keluar?"

"Tak boleh beb, kalau aku pegi selamatkan dia, dengan aku aku sekali mati." tegas Din.

Azman tunduk mengeluh.

"Bahaya tempat ni. Nasib baik aku riki dulu tadi. Dulu Zam Razali mati kena macam ni jugak", Din menambah.

"Sekarang apa kita nak buat?"

"Kita kensel aje la hari ni. Ko bagitau budak-budak semua. Tempat ni off-limits. Kita kena pegi cari kat tempat lain"

Azman, Din dan tim mereka pulang ke pangkalan dengan tangan kosong petang itu. Hasrat mereka untuk menyapan sepapan gula-gula Halls tidak kesampaian. Cuaca panas dan lembab mungkin menyebabkan gula-gula itu melekit lantas menjadi perangkap kepada mereka.

Apa agaknya reaksi permaisuri nanti.

*Berikut adalah teori mengapa gula-gula bersemut di 2 bongkah yang pertama sahaja.