Monday, July 23, 2007

Virus terbaru dijumpai...


Semalam aku telah menemui sejenis virus baru. Virus ini menjangkiti CD-CD atau DVD yang diletak kat dalam CD wallet atas meja.
Satu-satu cara menghapuskan virus tadi ialah dengan mencuci CD -CD tadi dengan sabun secara manual. Norton, Macafee, Avast apa lancau sume memang tak boleh pakai. Virus tadi memang bahaya. Selalu virus datang sorang, worm pun datang sorang. Virus ni datang dengan satu jangkitan yang paling bahaya sekarang iaitu Bakteria yang mempunyai triple extension "/*.mspray.kench.territory". Kalau CD-CD terus masuk dalam driver gerenti driver tadi jam, jadi tak betul, silap gaya tercabut dari komputer.
Kalau cuci tak betul nanti kalau pasang kita akan perasan kekuningan pada data2 tadi... Bakteria tadi boleh mengambil alih data, ditukar-tukarnya macam takde ape2 je.... kadang2 mangsa yang kena tak lalu makan pasal tangan berbau.

Simptom CD2 anda terkena virus & bakteria tadi:
-CD kelihatan basah
-CD berbau hancing
-kalau CD yang disusun rapat rapat tu akan melekat sesama sendiri

Cara mencegah:
-Letak CD-CD anda di tempat yang sukar di akses oleh kucing jantan...

No comments: