Monday, October 31, 2011

Gambarawak 1


Gambar diatas adalah sewaktu pembinaan Empire State Building. Gangster habis bukan?

Tapi macam mana tiba-tiba mamt kat tengah tu rasa nak tercirit? Kawan kat tepi baru nak on rokok.

Tuesday, October 4, 2011

Sifir 14.6

Aku pernah berbual pendek dengan seorang kutu bernama Petalim yang berbunyi begini:

Petalim: Oh sehari 40 pound, jadi kalau sebulan berapa eh? 480?
Aku: 1200
Petalim: Eh a'ah 1200 pound

Tak payah nak Laplace bagai sangat la brader hahahaha

Monday, October 3, 2011

Karmatosis

Dulu semasa darjah tiga, aku pernah ditabur pasir atas kepala oleh dua orang anak cina di taman permainan ketika sedang menunggu bas pulang dari sekolah. Aku cuba kejar, ada dalam 120 meter, tak dapat. Marah. Kena tabur pasir satu hal, kejar tak dapat menambah kemarahan.

Marah betul aku sampai menangis. Dalam hati kalau dapat budak berdua tu dah aku patah-patahkan rusuk mereka. Yep, ini datang dari aku yang sebenarnya lebih muda dari budak berdua tadi. Amboi, samseng.

Namun, baru-baru ini emak ada bercerita pada aku, dulu semasa di Pulau Perhentian, sewaktu aku belum masuk prasekolah lagi, aku telah menabur pasir ke atas kepala seorang anak jepun, anak Kusano, yang menyertai kami dalam percutian. Anak jepun itu menangis. Aku tak ingat kisah ini tapi itulah yang berlaku 5 tahun sebelum aku pula ditabur pasir.

Karma kadang-kadang bertindak lucu. Daripada situ aku nampak equation-nya. Dan sekarang ni barulah kurang sedikit rasa marah pada budak berdua tadi.