Monday, October 3, 2011

Karmatosis

Dulu semasa darjah tiga, aku pernah ditabur pasir atas kepala oleh dua orang anak cina di taman permainan ketika sedang menunggu bas pulang dari sekolah. Aku cuba kejar, ada dalam 120 meter, tak dapat. Marah. Kena tabur pasir satu hal, kejar tak dapat menambah kemarahan.

Marah betul aku sampai menangis. Dalam hati kalau dapat budak berdua tu dah aku patah-patahkan rusuk mereka. Yep, ini datang dari aku yang sebenarnya lebih muda dari budak berdua tadi. Amboi, samseng.

Namun, baru-baru ini emak ada bercerita pada aku, dulu semasa di Pulau Perhentian, sewaktu aku belum masuk prasekolah lagi, aku telah menabur pasir ke atas kepala seorang anak jepun, anak Kusano, yang menyertai kami dalam percutian. Anak jepun itu menangis. Aku tak ingat kisah ini tapi itulah yang berlaku 5 tahun sebelum aku pula ditabur pasir.

Karma kadang-kadang bertindak lucu. Daripada situ aku nampak equation-nya. Dan sekarang ni barulah kurang sedikit rasa marah pada budak berdua tadi.

1 comment:

Miss J said...

Ko mmg gengster kan dr kecik dib! haha