Wednesday, November 30, 2011

Pra-Diktator

Manusia secara amnya mempunyai sifat-sifat diktator. Kalau tak sehebat Julius Cesar setidaknya dalam hal-hal memilih tempat makan.

Tempohari, ketika bertandang ke Kuantan kami singgah di rumah seorang rakan, Dirah. Kerana, ibunya tiada di rumah dan Dirah ini pula tiada kunci rumah nya sendiri, Syahir telah memberi 'pilihan' kepada kami akan agenda seterusnya.

"Nak lepak sini ke nak lepak Haipeng?", soalnya. Anehnya kami yang biasa indecisive ini dengan cepat sahaja memberi jawapan untuk kekal di rumah Dirah.
Syahir, barangkali sudah terkeluar darah diktatornya, atau mungkin dia menganggap kami tak berapa dengar pilihan yang kedua tadi bertanya sekali lagi, "ke nak lepak Hai Peng?".

Perasan tidak kali ini dia menyuruh kami membuat pilihan tanpa memberi pilihan. Opsyen untuk "lepak sini" dibuang sama sekali. Tetapi menjadi lumrah diktator biasanya akan digulingkan rakyat, jadi kami akhirnya kekal lepak di perkarangan rumah Dirah sambil bermain kucing.

2 comments:

Anonymous said...

umpama pemerintahan kuku besi Myanmar, memberi harapan kewujudan sistem demokrasi supaya rakyat dapat memilih, namun kalau dah kuku besi, kuku besilah jua...

adib said...

serupa macam demokrasi juga. kezaliman majoriti terhadap minoriti