Sepanjang aku hidup, macam-macam jenis sukan aku sudah cuba. Bolasepak, badminton, renang, bolabaling, pepsicola. Semuanya sekadar cuba-cuba, tiadalah aku menjadi seorang ahli sukan sekarang ini.
Namun malam ini tergerak hati aku untuk mencebur satu sukan baru. Dan aku ingat bukan saja mahu mencebur tapi ingin bikin inovasi akan sukan ini. Aku ingin mencuba dan menerajui aerobics.
Tahukah kau aerobics kalau kena gayanya, kalau kita letakkannya dalam sistem, berstruktur, ia boleh jadi satu ilmu mempertahankan diri yang paling kuasa sekali?
Yup, pemilihan lagunya sahaja dah boleh melemahkan semangat lawan.
1 comment:
Hahahahaha cilanat!
Post a Comment