Tuesday, December 31, 2013

Peluang Foto


Gambar ini aku ambil dari Instagram National Geographic, @natgeo. Syaitan, gambar ni. Melihat gambar ini kau boleh rasakan kepuasan sang pendaki, dengan pemandangan yang cantik nak mampos. Pencapaian ini mungkin hanya boleh jadi mimpi aku sahaja.

Ada banyak lagi gambar begini sebenarnya; gambar seorang pendaki di atas puncak, dari jauh, dengan permukaan gunung yang kelihatan mustahil. Bila aku tengok gambar-gambar begini, satu benda aku terfikir: berapa lama dia tunggu member dia berjalan ke sebelah sana semata-mata untuk ambik gambar?

Katakanlah kau dah mendaki punya tinggi sampai puncak gunung ni, tiba-tiba member kau dapat idea: "Bro, kalau ambik gambar berdiri dekat puncak tu dari sini cun jugak ni bro"

Ye, kalau aku mintak maaflah, kau pergi lah jalan ke puncak sana biar aku yang ambik gambar. Dan bayangkan pulak, dekat sejam kau tunggu kawan kau sampai puncak sana, bila sampai kawan kau jerit: "Bro kamera kat aku la bro."

Dan pada waktu itu aku akan jawab: "Pegi mampos, aku nak baring!"



Monday, December 23, 2013

Perkaitan Usia dan Ketawa

Menjelang kenduri kahwin abang aku, aku dikelilingi saudara mara, khususnya makcik-makcik yang dari masa ke masa singgah ke rumah untuk membantu sedikit sebanyak.Duduk bersama mereka ini, aku mula perasan bagaimana usia mempengaruhi sifat mudah terhibur mereka.

Mulakan dengan opah, walaupun aku memang duduk dengan opah, setiap hujung minggu sekurang-kurangnya, tetapi opah adalah satu contoh utama. Kebelakangan ini, semua benda boleh jadi lucu pada opah. Aku sebut 'matari' pun dia ketawa. Tengok berita pun kadang-kadang ketawa. Umur dah 89.

Kemudian, Mak Andak Acu Pi, sepupu mak aku. Selain mempunyai sense of humour, Acu Pi juga senang ketawa kalau aku ada buat joke sikit-sikit. Hari tu tonton maharaja lawak dengan dia, Acu Pi boleh tergelak-gelak sementara aku dah tertidur. Jenaka Boboi pun dia boleh gelak. Umur dah 78.

Mak De, adik arwah ayah, tempoh hari ada singgah dan duduk dengan kami sekejap untuk menolong kemas rumah. Selain macam Mak Andak Acu Pi, dia juga ada tergelak bila aku offer untuk bancuh kopi. Yang ini sampai sekarang aku tak faham kenapa dia ketawa. Umur dah 56.

Ini tidak semena-mena mengingatkan aku pada seorang kawan bernama JayZee atau juga dikenali sebagai Pedaspedas. Ada kala bila joke aku belum sampai lagi dia dah gelak. Kadang-kadang, aku bercerita serius yang memang takde joke pun dia gelak. Dia ingat cerita kelakar. Umur dah 30. Kan? 

Ehehe.

Tuesday, December 3, 2013

Selebriti Yang Mana Satu Ni?

"You rook rike Nakata!", kata seorang pegawai Jepun kepada Trong sebelum disambung dengan hilai tawa. Trong turut ketawa kecil sambil mengucapkan terima kasih dalam bahasa Inggeris.

Trong, seorang pekerja sebuah syarikat elektronik Jepun, yang aku takkan sebut di sini tetapi aku akan beri nama palsu iaitu SOFY, sering dikelilingi warga-warga Jepun. Apa yang berlaku dalam situasi tadi ialah pegawai Jepun itu mengatakan bahawa Trong ini rupanya seperti, atas tanggapan umum, pemain bola Jepun Hidetoshi Nakata.

Namun apa yang tidak diketahui Trong ialah, setelah mengatakan begitu, pegawai Jepun ini menoleh ke rakan-rakan Jepun-nya yang lain sambil berbicara dalam bahasa Jepun, 'ohaiyo gozaimas nandeska' bagai, dan akan kedengaran nama Nakata Hidetori. Dan diikuti ketawa yang kuat.

Mereka sebenarnya menyamakan Trong dengan Nakata Hidetori, seorang pelakon komidi Jepun yang jikalau di sana boleh dikatakan taraf-taraf Amir Rajalawak, dan juga pernah berlakon sebagai prop dalam Istana Takeshi.


Sunday, December 1, 2013

Situasi dan Soundtrack [1]

Apabila mendengar sesuatu lagu, aku selalu membayangkan macam mana untuk guna sebagai soundtrack sebuah filem. Ini salah satu contoh.

Scene sebelum:
Hero, malam, beraksi, berlawan. Samada berlawan dengan alam semulajadi, crook atau boleh jadi juga naga yang besar. 

Kita ambil naga yang besar. Perlawanan yang panjang. Melibatkan seorang makwe, of course. Makwe terkena libasan ekor naga, selumbar sebesar lengan tertusuk pada tubuhnya. Hero mengamuk dan mengenakan stone-cold stunner kepada naga besar itu yang kemudiannya mati tercekik.

Dia sempat pangku makwe tadi yang sedang nazak. Sempat mengucapkan cintanya buat pertama kali sebelum makwe itu mati akibat pendarahan yang banyak.

Scene di mana aku nak bubuh soundtrack:
Keesokan paginya dia bangun dari tidur dan keletihan di dalam hutan, diantara gunung-ganang, atas sebuah pulau (inilah tempat naga besar itu bersemayam). Dan waktu itu inilah soundtrack-nya.




Pelan-pelan, dia duduk termenung, melihat pemandangan air laut yang tenang.


Western Brook Pond Fjord, Gros Morne National Park

Gambar oleh Labrador and Newfoundland Tourism

Hero bangun naik kapal seorang diri dan mula berlayar. Kamera statik sementara kapal terus menjauhi, menjadi titk kecil. Gelap. Kredit.

Tidak, cerita tidak bersambung dengan hero balik kampung dan jumpa makwe baru. Tiada happy ending di sini. Pegi mampos.
So ending filem ni aku dah buat, mulanya macam mana?