Friday, April 11, 2014

Kesesakan Lalu Lintas

Bayangkan kau berada di dalam satu kesesakan lalu lintas. Complete standstill, bak kata Waze. Jadi memandangkan kereta kau dilengkapi dengan kaki robot, hanya dengan menekan satu butang ini, empat kaki robot akan keluar dari bawah body kereta meninggikannya ke aras 12 kaki.

Dengan adanya kaki robot ini kau boleh berjalan dicelah-celah kereta melangkah mereka dengan perlahan, tetapi at least bergerak. Sudah tentu, kompiter yang akan mengawal kaki robot ini kerana kompiter pandai. Nak harapkan kau yang kawal, jahanam bumbung kereta orang.

Tetapi tatkala kau sedang berlagak dan menggelakkan kereta-kereta lain  yang terperangkap, tiba-tiba sebuah kereta didepan, dalam jarak 4 buah kereta, tiba-tiba mengeluarkan kaki robot juga. Dan dia pun mula melangkah penuh berlagak. Rupa-rupanya, dia pun ada install kaki robot ini di dalam keretanya, tapi terlupa nak guna. Dek kerana melihat kau melangkah kereta lain dari cermin pandang belakang tadi, baru dia teringat. "Eh aku pun ada kaki robot kan?"

Soon enough, kereta-kereta lain di sekeliling mula menekan butang kaki robot mereka. Yang ketiga teringat selepas melihat 2 kereta berkaki robot melangkah kereta lain. Yang keempat teringat selepas melihat 3 kereta melangkah kereta lain, dan seterusnya. Dan golongan kereta yang melangkah kereta lain ini lama-kelamaan terkumpul didepan, di dalam kesesakan pada aras 12 kaki. Mereka mungkin boleh melangkah kereta lain, tetapi tidak boleh melangkah kereta-kereta berkaki robot.

Dan maka tergantunglah mereka di dalam kesesakan kereta berkaki robot macam orang bodoh. Dalam kes ini macam kereta bodoh.
Padan muka, pasang lagi kaki robot.

No comments: