Monday, September 29, 2014

Bacaan

Baru-baru ini semasa di tuiter aku telah berkawan dengan seorang perempuan dengan tuithandle @oimagenta, seorang warga Malaysia yang menetap di UK bersama suaminya. Mula perasan apabila tuit-tuit nya di RT oleh @_thejebs, tetapi mula berkomunikasi bila dapat tahu yang kami kongsi passion terhadap filem-filem Korea.

Kalau perasan dalam blogroll di belah kanan ada blog baru dengan nama Made from Vinegar and Ice. Itu adalah blog @oimagenta dan aku mula tertarik dengan tulisan-tulisannya.

Dua entri highlight daripada blog beliau:

1. Entitled to be Loved

2. Cinta Sebenar 

Walaupun kedua-duanya bertemakan cinta, tetapi ia bukan (memetik ayat dalam salah satu entri) jenis yang romcom punya. Just something that everyone can relate to. Dan 'Cinta Sebenar' mengingatkan aku kepada ayah aku.

Ada lagi entri-entri lain yang menarik, yang di-highlight penulis sendiri, terdapat di senarai pertama sebelah kanan. Bacalah.

Sunday, September 7, 2014

Semantik

Ahmad Romazon bin Hazraf, berumur 12 tahun, pada suatu hari mengalami kekusutan. Sambil menunggu bapanya pulang dari kerja dia sibuk bermain dengan peranti iPaper, sebuah alat elektronik pintar setebal sekeping kertas. Ya, kisah ini berlaku pada tahun 2027.

Penemuannya melalui satu aplikasi di iPaper ini sebenarnya yang menimbulkan kegusaran. Aplikasi kalendar Islam yang di mana kita boleh lihat tarikh Hijrah pada tarikh Gregorian yang kita pilih. Dia merasakan cerita bapanya tidak tally.

Setibanya bapanya dari kerja dia terus menerpa. "Apak. Apak kata Rom dulu jadi bulan Ramadhan kan?"

"Ya Rom, sebab itulah apak namakan kamu Ahmad Romazon, sempena bulan Ramadhan." jawab Hazraf tersengih.

"Tapi tadi Rom check app Hijrah ni, kalau ikutkan tarikh harijadi Rom iaitu pada tahun 2015, bulan Zulkaedah bukan Ramadhan", Rom menceritakan kemusykilannya yang sebenar.

"Bak sini tengok," Hazraf mengambil iPaper dari Romazon dan mula menggodek-godek aplikasi Hijrah itu. Dia mula memasukkan tarikh rambang ke dalam kotak Gregorian untuk mendapatkan tarikh Hijrah-nya. Romazon mendongak, berkerut kening menunggu jawapan.

Hazraf terus bermain dengan aplikasi Hijrah tadi sambil matanya melilau mencari kelibat isterinya, Ranji Ranjiana, ibu kepada Romazon, untuk lari daripada penjelasan yang perlu dia buat sebentar lagi. Perlahan-lahan dia berjalan menuju kerusi depan sambil diekori Romazon.

Setelah melabuhkan punggungnya ke atas sofa, Hazraf mula bersuara.

 "Okay Rom, macam ni lah"

"Mari kita explore maksud di sebalik perkataan 'jadi' tadi."




Tuesday, September 2, 2014

Kalau Tidak Yakin, Eloknya Bertanya Dahulu

Dulu, semasa ayah aku masih bekerja di TNB, aku selalu mengikut dia berjalan serata negara jika ada mesyuarat atau conference dan sebagainya. Biasanya, aku dan abang akan mengikut serta. Mak, kalau dia tak sibuk baru dia akan ikut.

Aku teringat dulu, sewaktu Hari Keluarga TNB Transmission diadakan di Tanjung Tuan.Waktu itu aku baru darjah 4 dan kami berempat semua ada turut serta. Kami menginap di guesthouse TNB kalau tak silap. Di sana aku bertemu dengan seorang kawan baru yang aku panggil dengan nama Abang Patrick, semasa bermain-main di tepi pantai.

Abang Patrick ini sebenarnya adalah anak salah sorang rakan sekerja ayah aku. Dan dari panggilannya, sudah tentu Abang Patrick ini lebih tua daripada kami. Jauh lebih tua, kurang-kurang antara 16-17 tahun. Tetapi dia nampak selesa berkawan dengan kami, menyebabkan timbul rasa semacam dalam diri aku. Cara pertuturannya dan gaya teruja dia apabila menunjukkan tapak sulaiman kepada kami, menghantui aku dengan pelbagai anggapan, sehingga aku hampir-hampir bertanyakan dia satu soalan.

Walaupun pada ketika itu aku merasakan soalan yang ingin aku ajukan itu wajar, atau bak kata budak zaman sekarang, "seemed legit", tetapi aku rasa tidak berapa yakin. Jadi pada waktu malamnya aku rujuk kepada ibu bapa aku tentang kewajaran soalan aku itu, sebelum aku ajukan pada esok hari. Dan serta merta ibu bapaku memberikan reaksi negatif. Dengan kata-kata seperti : "Hish apa tanya gitu pulak. Jangan tanya, jangan tanya" "Eeee nasib baik kamu tak tanya", aku tahu aku tidak akan dapat jawapan daripada Abang Patrick.

Apa salahnya aku nak tanya Abang Patrick dengan soalan: "Abang Partrick, Abang Patrick ni cacat ke?"