Sunday, September 7, 2014

Semantik

Ahmad Romazon bin Hazraf, berumur 12 tahun, pada suatu hari mengalami kekusutan. Sambil menunggu bapanya pulang dari kerja dia sibuk bermain dengan peranti iPaper, sebuah alat elektronik pintar setebal sekeping kertas. Ya, kisah ini berlaku pada tahun 2027.

Penemuannya melalui satu aplikasi di iPaper ini sebenarnya yang menimbulkan kegusaran. Aplikasi kalendar Islam yang di mana kita boleh lihat tarikh Hijrah pada tarikh Gregorian yang kita pilih. Dia merasakan cerita bapanya tidak tally.

Setibanya bapanya dari kerja dia terus menerpa. "Apak. Apak kata Rom dulu jadi bulan Ramadhan kan?"

"Ya Rom, sebab itulah apak namakan kamu Ahmad Romazon, sempena bulan Ramadhan." jawab Hazraf tersengih.

"Tapi tadi Rom check app Hijrah ni, kalau ikutkan tarikh harijadi Rom iaitu pada tahun 2015, bulan Zulkaedah bukan Ramadhan", Rom menceritakan kemusykilannya yang sebenar.

"Bak sini tengok," Hazraf mengambil iPaper dari Romazon dan mula menggodek-godek aplikasi Hijrah itu. Dia mula memasukkan tarikh rambang ke dalam kotak Gregorian untuk mendapatkan tarikh Hijrah-nya. Romazon mendongak, berkerut kening menunggu jawapan.

Hazraf terus bermain dengan aplikasi Hijrah tadi sambil matanya melilau mencari kelibat isterinya, Ranji Ranjiana, ibu kepada Romazon, untuk lari daripada penjelasan yang perlu dia buat sebentar lagi. Perlahan-lahan dia berjalan menuju kerusi depan sambil diekori Romazon.

Setelah melabuhkan punggungnya ke atas sofa, Hazraf mula bersuara.

 "Okay Rom, macam ni lah"

"Mari kita explore maksud di sebalik perkataan 'jadi' tadi."




No comments: