Daripada kecik dulu aku sering mendengar Opah aku yang duduk di Bidor mengungkapkan kata "mukui talipaun". Mendengar frasa ini mebuatkan aku tertanya-tanya apakah itu? Satu adjektif ataupun sejenis jampi?
Apapun, setelah meningkat dewasa barulah aku mendapat tahu bahawa "mukui" itu berasal dari perkataan memukul dan "talipaun" adalah.. hmm telefon. Lalu membuatkan aku bertanya sebab untuk telefon itu dipukul. Rupa-rupanya telefon awam dulu-dulu adalah jenis dimana memerlukan satu pukulan pada sejenis tangkai pada telefon tadi. Hatta frasa "memukul telefon".
"untuk mengundi Amran, SMS Undi Amran ke 39999 ataupun pukul telefon anda terhadap talian tetap kami ....""
No comments:
Post a Comment