Saturday, July 25, 2009

Zon Dwi-Cahaya

Adalah dulu, ketika hendak menonton wayang di Wan Utama, aku dan Trongs menanti di luar rumah Rokiah di Petaling Jaya sana. Biasalah dulu kalau tengok wayang akan singgah di rumah Rokiah dulu. Boleh tahan juga menunggu tuan puteri ini bersiap.

Pada masa tu, ada sebuah kereta menanti di depan rumah, dengan memasang lampu menyuluh kami berdua seperti mahu ditangkap polis. Barangkali menunggu salah seorang housemate si Rokiah. Kemudian aku nampak kelibat satu kutu ni, Emi Wainhaus namanya, keluar dari rumah dan menuju ke kereta. Kerana aku kenal dia ni aku pun tegur lah.

"Waow, kerja lewat malam nampak", aku membuat kesimpulan.

Senyap. Dalam kesilauan itu, dia hanya tunduk berjalan pantas masuk dalam kereta tanpa berkata apa-apa.
"Amboih, bukan main 'eksyen' lagi budak inih," kata hati aku.

Tak lama, muncul lagi kelibat si Emi ini tadi, keluar dari rumah dan menuju ke kereta. Aku mula berasa aneh, bagaikan dalam siri TV Twilight Zone (bukan Ampangan Maut). Apa benda nih?

"Wah korang pegi tengok wayang ke? Best nya", kata Emi yang nombor 2 ini, sebelum masuk dalam kereta.

Aku pula yang jadi senyap tak menjawab apa-apa.
Hinggalah kemudian baru aku tau yang Emi nombor satu tadi adalah kembarnya Erma Fatimah. Haha

Apapun selamat hari jadi kedua-duanya.

Thursday, July 23, 2009

Pesanan Limpas

Pelayan: Order bang.

Azman : Ermmm.. err bagi nasik putih dengan telur bungkus satu

Pelayan: Nasik putih, telur bungkus..

Azman : Erm lagi satu ermm.... Aa bagi daging sweet and sour satu. Bungkus eh.

Pelayan: Daging sweet and sour. Semua bungkus ke?

Azman : Yang tadi tu makan. Yang daging ni bungkus, yang tadi.. nasik..

Pelayan: Nasik putih telur bungkus..

Azman : Haa nasik putih telur makan bungkus.

Pelayan: Orait.

Friday, July 17, 2009

Binatang Aneh




Jangan ditenung matanya

Thursday, July 16, 2009

Catalyst - Oceansize

One of the well-known overlooked bands in my opinion.

Thursday, July 9, 2009

Kendiri

Hari itu adalah Hari Raya yang ke-5 sewaktu Aidid, dari Kuala Lumpur telah singgah di rumah rakannya Hazamir di Kampung Lindungan. Hazamir yang mengajaknya, sudah lama tak berjumpa katanya. Sesampai di rumah Hazamir dia terus makan kuih dan minum sirap.

Tak lama, dia tiba-tiba teringat akan seorang kutu yang duduk di kawasan itu juga, Nakuib. Lalu dia pun memukul telefon bagi menghubungi Nakuib.

"Hello, kat mana weh? Mai la lepak rumah Hazamir, beraya. Ada kuih cornflakes." kata Aidid sejurus Nakuib menjawab telefon.
"Aku kat rumah ni. Oo ko kat rumah dia ke? Siapa ada lagi? Mak bapak dia ada ke?" soal Nakuib.
"Ada, satu famili ada ni. Diorang ok je", jelas Aidid.
"Alamak seganlah aku.", kata Nakuib dengan 'reluctant' sekali.

Nakuib ini sebenarnya seorang penggemar lagu-lagu berunsur kegelapan. Lagu-lagu kegemarannya banyak berkisarkan bunuh, seks, muntah dan hantu. Jadi sedikit sebanyak mempengaruhi cara pemakaiannya. Sering juga dia dilihat berjalan-jalan memakai baju 'sadomasochistic' yang bertulis 'Seksaan Pelir dan Batu', 'Muntah Hancing' dan 'Lutut Lecur.' Di tangannya mungkin memakai gelang dengan besi-besi tajam atau timah pateri. Dan kadangkala kalau tiba mood-nya, dia akan menyisipkan sebilah pedang atau parang panjang di belakangnya atas nama fesyen. Barangkali itu yang menyebabkan dia malu ke rumah Hazamir dan bertemu keluarganya.

Dalam usaha memujuk, Aidid menambah, "Chit, apa yang ko nak malukan, aku pun gemuk jugak".

Friday, July 3, 2009

Kucing : Kajian Warna

Kucing dalam dunia ini sebenarnya terbahagi kepada 2 golongan: kucing yang jahat dan kucing yang tidak jahat. Istilah kucing baik tidak digunakan sebagai kontra kerana mungkin tidak wujud kucing yang baik dalam dunia ini. Kerana walaupun seseekor kucing itu tidak jahat, mesti ada sedikit nakal.

Apapun berdasarkan pemerhatian, aku dapati kita kadangkala boleh menilai budi pekerti seseekor kucing itu dengan hanya melihat pada warna bulunya. Kucing belang cicak contohnya rata-rata adalah jenis yang 'eksyen' atau berlagak. Tidak akan mempedulikan teguran, kecuali apabila lapar. Kucing putih kebanyakannya tergolong dalam kumpulan kucing yang tidak jahat. Warnanya sahaja sudah melambangkan kebaikan. Tetapi ada juga kucing putih yang cukup jahat, seperti Musang misalnya.

Namun antara kucing yang paling mudah dinilai ialah kucing kuning (Mungkin warna yang lebih tepat ialah jingga atau oren. Tetapi perbendaharaan kata melayu kuno agak terhad). Boleh dikatakan 90 peratus kucing kuning di dalam dunia ini adalah jahat. Kenyataan ini bukanlah dibuat dengan hanya pemerhatian kasar, tetapi disokong dengan gambaran kucing kuning dalam kebudayaan popular.
Lihatlah sahaja watak Garfield, malas dan pelahap. Heathcliff, kuat berdendam dan membuat havoc. Kedua-duanya, berbulu kuning. Malah, ada beberapa filem yang menunjukkan bagaimana sesuatu masalah ditimbulkan oleh seekor watak kucing kuning, sungguhpun hanya memegang watak pipih.

Dulu kucing kuning aku bernama Ning boleh dikatakan antara kucing paling jahat di Petaling Jaya. Tangan siapa yang tak pernah ditembuk dengan taringnya. Chang, juga berwarna kuning dengan motif bunga lawang, pula bertanggungjawab menghambat Lobo (kelabu dan berstokin) keluar dari rumah. peluang untuk menemui seekor kucing kuning yang tidak jahat, berani aku katakan adalah seekor dalam sejuta. Secara psikologi, mungkin kucing-kucing ini merasakan diri mereka adalah harimau setelah mendapati warna mereka kuning.

Tempoh hari ketika aku sedang mencuci tong sampah di hadapan rumah, aku terjumpa selonggok tahi kucing keras. Terlonggok cantik di atas rumput di laman rumah. Mengikut falsafah Sherlock Holmes, suspek pertama biasanya akan didapati bersalah akhirnya. Dan pagi itu, ada seekor kucing lalu di tepi rumah aku. Dan rasanya semua boleh meneka warna kucing itu.