"Ha kau jangan main-main dengan tikus!", seorang rakan sekerja tiba-tiba memulakan perbualan. Old-timer, kami panggil dia uncle. "Apasal?", aku tanya.
"Kawan aku, dia dok marah-marah kutuk kutuk tikus, satu hari tengok kabinet dia habis makanan semua kena makan dengan tikus. Diorang dengar tau apa yang kita cakap"
"Laa macam kes ni laa keluar suratkhabar haritu", aku sambung, memberi ackowledgement pada teori tikus nya itu. "Ada sorang mamat ni dok benci tikus, bising-bising pasal tikus kira macam pantang tikus la". Uncle mendengar dengar fokus. Gembira kerana kes kawannya bukan unik, dan teorinya betul.
"Satu hari dia tengok kat dapur dia..", aku memberi build-up yang baik. "Penuh dengan tikus. Tengah memasak", sambil membuat gaya menggoreng mee.
Uncle pulang ke mejanya tanpa berkata apa-apa.
4 comments:
Ko memang suka kan camtu?
nasib baik uncle tue x uppercut ko kan adib..
alak kome ni alaakk? haha
yg kau ceritakan ni wat aku trigat muvee ratatouille
Post a Comment