Aku perhatikan, yang si pendek ni lah ketuanya. Yang dewasa warna coklat ni hanya mengikut. Si pendek ni yang keluarkan semua idea.
Ha lebih kurang macam ni la rupa anjing pendek tu |
Perihal depa berdua sangat kuat dalam ingatan aku kerana satu peristiwa yang berlaku dalam 4 tahun dulu. Ketika itu aku sedang beriadah seorang diri di sekitar kejiranan dengan menunggang basikal. Sedang aku mengayuh mendaki satu bukit aku terserempak dengan dua ekor kutu ni dalam jarak 80 meter. Terhenti, aku berfikir perlukah aku patah balik atau lalu sahaja di hadapan mereka seperti seorang gangster.
Dari jarak 80 meter ini, si pendek tadi tiba-tiba ternampak aku, lalu membuka langkah meluru ke arah aku, diikuti dengan kawan pak turutnya tadi. Dengan gelabahnya aku mula berpusing dan mengayuh laju menuruni bukit. Bila aku toleh ke kiri, aku nampak si pendek ni sedang berlari di sebelah aku, tertinggal tidak, memotong aku pun tidak. Celaka, aku kena game rupanya.
Baru-baru ni aku terserempak lagi dengan kedua-dua kutu ni, berkeliaran macam kutu berahak tanpa masa depan. Tanpa berpikir panjang aku terus menunjukkan isyarat penumbuk pada si pendek tadi.
Dari dalam kereta.
No comments:
Post a Comment