Saturday, April 27, 2013

Matahari Membenam

Aku duduk merenung matahari dengan cahaya lembutnya. Pada waktu itu separuh sudah dilindungi bumi. Sudah lama aku tidak menikmati matahari terbenam seindah ini. Dengan bunyi angin menderu dan ombak lemah memukul pantai. Langit jingga seakan bumi ini diselimuti kain sami buddha. Pengalaman ini sungguh surreal. The Perfect Sunset.

Tambah menarik melihat air laut mundar mandir di persisir pantai tetapi tidak pun terkena pada kaki. Seakan-akan bermain-main atau dalam bahasa penjajah, 'teasing' denganku. Kombinasi elemen-elemen ini membuatkan aku hampir terlena menikmati keindahan alam apabila aku teringat sesuatu dan melihat jam.

Sudah pukul 1.15 tengah hari. "Alamak, nak kena masak nasik untuk Opah dan Mak Yang." Detik hatiku. Terus aku menekan butang 'pause' dan bergegas ke dapur. Karang lah sambung tengok sunset.

Oh ya ini link-nya. The Perfect Sunset

4 comments:

Anonymous said...

Saya suka part masak nasik untuk Opah.

So sweet <3

gloomysunday said...

Wah,awal-awal baca kemain syahdu lagi,haha cilanat time endingnya!wah best ni,aku bole menjadi pembaca blog ko dgn setianya.bulu yg suruh aku tgk ini blog,tahniah adib!

gloomysunday said...

Wah,awal-awal baca kemain syahdu lagi,haha cilanat time endingnya!wah best ni,aku bole menjadi pembaca blog ko dgn setianya.bulu yg suruh aku tgk ini blog,tahniah adib!

adib said...

@gloomysunday

Bulu? hahaha. Jadi ko kena baca post Aciligantat dan teka mana satu si Bulu