Sebaik aku menyorong opah yang duduk atas kerusi jamban beroda, ke atas jamban sebenar, opah tiba-tiba bersuara.
Opah: Patutnya ganti dengan orang muda, yang cergas, kuat. Ini tua, lemah.
(Opah menundukkan kepala menunjuk gaya seorang tua yang bongkok)
Aku: (Aii? Aku ni dah tua ke?) Siapa nak diganti? Adib?
Opah: Opah ni elok diganti. Ganti dengan orang muda.
Aku: Ganti macam mana pulak ni?
Opah: Yelah, opah kan duduk di sini. Dah tua, seeloknya bior le orang muda yang duduk di sini.
Aku: Macam mana nak ganti opah? Lepas tu opah ke mana?
Aku tak puas hati. Argument kali ini kalau boleh aku nak tamatkan. Walaupun sebenarnya aku tahu opah sedang merepek dalam dunianya sendiri, aku tak mahu yang ini dibiarkan tergantung. Inilah opah, ingatannya makin luput sejak 3-4 tahun lalu. Dan saspek utamanya, sekuat mana aku cuba menafikan selama ini, adalah Alzheimer's. Aku benci kau Alzheimer.
Kemudian, opah yang masih juga cuba untuk memenangi debat ini, menjawab soalan aku.
Opah: Bior le dia duduk sini, opah pulak menengok.
Aku: (Aku mula ketawa) Dah tu macam mana opah nak berak? Orang tu tukang berakkan?
Opah: (Turut ketawa) Aah. (kemudian sambung dengan bebelan yang aku tak dapat tangkap sebenarnya)
Aku tinggalkan opah, masih ketawa.
Tapi sehinggalah aku sampai di dapur baru aku faham maksud opah. Opah sebenarnya memaksudkan teknologi avatar macam dalam filem Avatar James Cameron itu. Dan aku boleh confirm yang opah tak pernah tengok filem Avatar (kalau nak kata opah tiru idea daripada filem itu).
Power opah, power.
No comments:
Post a Comment