Setibanya aku di wad tingkat 3 itu, aku lihat beberapa orang jururawat mundar mandir di koridor. Tiada sorang pun di meja pertanyaan, menggambarkan kesibukan masing-masing. Aku perhati bilik pertama di sebelah kanan, tertulis wad kuarantin atau pemeriksaan ke apa, aku tak berapa ingat. Yang pasti bukan bilik wad tempat pesakit baring-baring.
Jadi aku terus mendapatkan jururawat yang paling dekat, dan pada masa yang sama sedang berjalan ke arah aku. Orangnya kecil, berbangsa cina, mukanya manis, kulitnya putih. Sebelum dia sempat bertanya apa-apa, aku terus bertanya menggunakan intonasi tanpa kata soal: "Wad 3301?"
"Nak jumpa siapa ye?", soal jururawat tadi. Aku sedikit tergamam. Biasanya pertanyaan begitu untuk pelawat yang tidak tahu nombor wad, yang hanya tahu nama dan memerlukan bantuan jururawat untuk memberitahu nombor wad. Macam aku, aku sudah tahu nombor wad dan hanya mahu tahu di mana bilik itu sahaja. Jahat sangat ke rupa aku ni sampai diragui?
"Ermm kawan", jawab aku teragak-agak. Jawapan yang berkemungkinan menambahkan syak wasangka.
"Nama dia apa ye?", soal dia lagi.
Beberapa nama berlegar dalam fikiran aku sebelum aku memutuskan untuk memberi nama sebenar.
"Yasmeen"
"Ok jalan terus sampai hujung bilik sebelah kanan"
Aku terus berjalan mengikut arahannya tadi untuk melawat Yasmeen yang dimasukkan ke wad kerana menghidap radang paru-paru.
Ye Yasmeen yang berumur 2 tahun lebih itu. Inilah kawan-kawan aku sekarang, umur-umur dalam lingkungan 5 bulan ke 53 tahun.
Nota: Jangan risau, Yasmeen sudah pulih dan kini sudah kembali minum chatime, makan durian pakai dua tangan or whatever. Masing-masing!
2 comments:
Haha yasmeen skarang aku rasa tengah main beskal sambil guna kuasa veto nak duduk belakang and kawan dia kayuh.
Amboiii bukan main lagi princess dah jadi queen hahaha
Post a Comment