"Bak sini tuala basuh muka. Mata aku ni penuh taik mata. Taik mata besor kereta."
Taik mata besar kereta. Aku tak tahu mana dia dapat idea itu tapi begitulah setiap pagi. Dan bukan ini sahaja exaggeration yang opah buat, ada juga contoh-contoh lain yang aku tak ingat kerana tak persisten seperti 'taik mata besar kereta'. Barangkali dari opah juga aku dapat sifat membesar-besarkan ini. Kadang-kadanglah.
Selain itu, opah juga kadang-kadang mempunyai sifat non-conformist. Sifat tidak mahu bersetuju dengan orang lain. Itu atau mungkin lebih tepat cubaan untuk jadi unpredictable. Kesnya sama seperti bila kau suruh kawan kau teka harga sebalang madu yang berharga 300 ringgit. Harga 300 ringgit itu yang pada aku memang gila mahal berbanding madu-madu biasa, dan kau akan agak kawan tadi meneka dalam julat 50 ke 100 ringggit. Tetapi dia cuba menjadi cheeky dan meneka harganya 500 ringgit, melampaui harga sebenar, lantas membunuh element of surprise yang kau cuba beri bila memberitahu harga sebenar.
Macam apa yang berlaku tempohari, semasa opah nak ke jamban. Dia mengadu dia sudah terberak di dalam lampinnya. Jadi dalam cubaan untuk turut serta dalam permainan exaggeration opah, aku bertanya:
"Besor mana taiknya pah? Ada sebesor lori?"
Melampaui pencipta pemainan ini sendiri, aku menggunakan lori, yang lebih besar dari imaginasi opah selalunya. Opah pun menjawab:
"Sebesor longan"
No comments:
Post a Comment