Beratur, apabila melibatkan banyak barisan, di negara ini khususnya, sering membuatkan pesertanya berada dalam dilema. Tak kiralah beratur semasa hendak membayar tol, semasa hendak memesan di kedai burger segera ataupun semasa hendak membayar di pasaraya. Kita tak akan tahu apa yang akan berlaku di hadapan barisan pilihan kita. Boleh jadi lancar atau misin rosak atau orang depan jenis bodoh.
Contoh paling koman ialah ketika hendak beratur membayar di pasaraya. Dalam banyak-banyak barisan untuk dipilih, naluri kita pada asasnya pasti akan memilih barisan yang paling pendek, walaupun itu tidak menjamin apa-apa. Tapi bagaimana kalau kesemua barisan kelihatan sama panjang?
Macam aku, aku akan lihat pula barangan di dalam troli peserta-peserta barisan. Kalau yang jenis penuh menimbun dengan barang macam nak buka gerai, memang aku akan elak, walaupun barisannya lebih pendek daripada barisan sebelahnya yang mana salah satu pesertanya hanya memikul sepeket kacang dengan dua pasang stokin.
Tetapi, sejitu mana pun perkiraan yang kau buat, ketika kau rasa barisan yang kau pilih memang laju, tiba-tiba stokin mamat depan tadi tidak ada tanda harga, dan dia pula jenis tidak mahu mengalah tetap juga mahukan stokin itu. Dan kau terpaksa tunggu staf pasaraya pergi mencari tanda harga sementara kutu yang troli bertimbun macam nak buka gerai tadi sedang tenang membuat pembayaran. Macam tak boleh beli besok.
Kemudian datang pula dilema lorong ekspress iaitu lorong untuk barangan kurang daripada sepuluh biji. Walaupun tarikannya kuat ketika kita hanya mahu beli sedikit barang, lorong-lorong ini biasanya dikendalikan budak-budak trainee atau part-timers yang lembab, kerana yang efisyen dan cekap akan dibubuh di lorong-lorong biasa yang selalunya sibuk. Dan semasa kau yakin apabila melihat pelanggan di depan kau hanya bawa skirt dan sehelai kain lap; cashier rambut merah, bertatu daun di lengan menggunakan ball-point pen dan tag nama bertulisan tangan 'part-time' mengambil masa 10 minit hanya untuk scan dan lipat.
Kesimpulannya, bila mahu memilih lorong untuk beratur, aku nasihatkan untuk ikut naluri. Gut-feeling. Atau apa sahaja teknik kau yang boleh meminimakan masa beratur. Kerana tidak kira apa, hampir setiap kali, setiap masa, pilihan kau tetap salah.
No comments:
Post a Comment