Saturday, February 28, 2015

Film Quotes [8]

"But some things are still the same. The old post office, still there. And the hospital where I was born and where my parents died, and my wife. I think we forget things if we have no one to tell them to." - Saajan Fernandes.

The Lunchbox (Dabba), 2013

Wednesday, February 11, 2015

Cina Perakuan

Hanya dengan kombinasi beberapa perkara sahaja, sebuah cerita rekaan boleh terbentuk.

Bermula dengan iklan animasi (yang abysmal dan dipenuhi blatant product placement) cetak rompak di TV yang asyik mengulangi perkataan 'perakuan', kemudian digabungkan dengan sebotol minyak rimau di tangan kiri opah, ditambah seorang cina imaginasi yang random.

"Tau kamu siapa yang bagi opah ni?", tanya opah menunjukkan sebotol kecil minyak rimau di tangannya. Walaupun aku yang beri kepadanya pagi tadi, aku buat-buat tidak tahu dan bertanya :

"Siapa?".

"Cina perakuan"

A Day of Chaos

It was fifteen minutes past the schedule. 8.15 am, and their leader was a no-show. People were in disarray, clueless and almost hopeless without someone to tell them what to do.

Staff form the office were running around the stage, keeping busy. One of them kept telling the crowd to stay and be patient while they rectify with situation. Everyone knew that those were just some comforting words. It didn't help either that the sound system suddenly went kaput that morning. Shouting from on top of the stage only magnified the helplessness of the whole team.

The crowd began to gradually decrease in number. A few groups were seen leaving the crowd to create smaller factions. Those who detracted from smaller groups to join the largest party before, were now going back with their old gangs. Those who stayed started becoming frantic.

At a later point, the leader's second-in-command, somewhat young and inexperienced, decided to step in. Instructions were given, probably from a text read on an electronic console. While the front-rowers were struggling to keep up, those at the back were clearly disoriented. Arms were flailing in abrupt motions and some gestures of anti-order were seen formed within the crowd. Others blatantly showed resistance by keeping still with arms folded.

Kudos to the second-in-command though, because if she were not to step in, it might have turned into full anarchy. The session managed to be completed albeit over a shorter duration. Everyone from the office was especially relieved after wrapping up although it was definitely a lesson learnt.

That is what happens when your local aerobics instructor goes AWOL.


Saturday, January 24, 2015

Dilema Beratur

Beratur, apabila melibatkan banyak barisan, di negara ini khususnya, sering membuatkan pesertanya berada dalam dilema. Tak kiralah beratur semasa hendak membayar tol, semasa hendak memesan di kedai burger segera ataupun semasa hendak membayar di pasaraya. Kita tak akan tahu apa yang akan berlaku di hadapan barisan pilihan kita. Boleh jadi lancar atau misin rosak atau orang depan jenis bodoh.

Contoh paling koman ialah ketika hendak beratur membayar di pasaraya. Dalam banyak-banyak barisan untuk dipilih, naluri kita pada asasnya pasti akan memilih barisan yang paling pendek, walaupun itu tidak menjamin apa-apa. Tapi bagaimana kalau kesemua barisan kelihatan sama panjang?

Macam aku, aku akan lihat pula barangan di dalam troli peserta-peserta barisan. Kalau yang jenis penuh menimbun dengan barang macam nak buka gerai, memang aku akan elak, walaupun barisannya lebih pendek daripada barisan sebelahnya yang mana salah satu pesertanya hanya memikul sepeket kacang dengan dua pasang stokin.

Tetapi, sejitu mana pun perkiraan yang kau buat, ketika kau rasa barisan yang kau pilih memang laju, tiba-tiba stokin mamat depan tadi tidak ada tanda harga, dan dia pula jenis tidak mahu mengalah tetap juga mahukan stokin itu. Dan kau terpaksa tunggu staf pasaraya pergi mencari tanda harga sementara kutu yang troli bertimbun macam nak buka gerai tadi sedang tenang membuat pembayaran. Macam tak boleh beli besok.

Kemudian datang pula dilema lorong ekspress iaitu lorong untuk barangan kurang daripada sepuluh biji. Walaupun tarikannya kuat ketika kita hanya mahu beli sedikit barang, lorong-lorong ini biasanya dikendalikan budak-budak trainee atau part-timers yang lembab, kerana yang efisyen dan cekap akan dibubuh di lorong-lorong biasa yang selalunya sibuk. Dan semasa kau yakin apabila melihat pelanggan di depan kau hanya bawa skirt dan sehelai kain lap; cashier rambut merah, bertatu daun di lengan menggunakan ball-point pen dan tag nama bertulisan tangan 'part-time' mengambil masa 10 minit hanya untuk scan dan lipat.

Kesimpulannya, bila mahu memilih lorong untuk beratur, aku nasihatkan untuk ikut naluri. Gut-feeling. Atau apa sahaja teknik kau yang boleh meminimakan masa beratur. Kerana tidak kira apa, hampir setiap kali, setiap masa, pilihan kau tetap salah.

Saturday, January 17, 2015

Masuk Kandang Kambing Mengembek. Masuk Kandang Harimau, Mintak Simpang, Carilah Jalan Keluar (Bahagian 1)

Aku tiba malam lebih kurang pukul 8.30. Gelap. Timbalan Sherif Din kelihatan sedang menyalakan paipnya di luar bangsal.

"Masuk lekas," katanya sambil menolak pintu masuk.

Timbalan Sherif Din kemudian menunjukkan aku tempat tidur aku. Di atas sehampar jerami di tingkat 2. "Jaga-jaga sikit kalau nak keluar malam. Jamingon Brothers baru keluar penjara." pesan TS Din.

Dia tidak menjawab bila aku bertanya. Tapi dia kata aku tak perlu risau kalau aku tak mencari perhatian.

Keadaan pekan sangat sunyi pada malam itu. Hanya kedengaran bunyi angin bertiup laju dan bunyi batuk warga tempatan yang kadangkala lalu di tepi jalan. Kelaparan, aku berjalan seorang diri mencari salun untuk makan-makan. Kata TS Din, di hujung jalan tenggara bandar ada satu salun yang buka sehingga lewat. Menurutnya lagi itu adalah 'port' utama penduduk pekan ini. Jadi, aku terus ke sana.

Sebatu perjalanan aku menjumpai salun yang disebut TS Din, yang dari namanya mungkin dimiliki orang arab. Kecil sahaja kedainya, separuh dari normal, tetapi pelanggannya ramai. Adalah dalam 8 orang. Dalam keramaian itu aku dapat dengar perbualan meja sebelah tentang Jamingon Brothers. Dan dari gaya mereka berbisik setiap kali menyebut 'Jamingon Brothers', aku tahu mereka dalam ketakutan. Selesai menjamah sekeping roti canai dan teh tarik, aku terus pulang ke bangsal sambil tunduk sepanjang jalan.

Besok paginya aku mula bekerja. Dari bangsal, aku menaiki sebuah kereta kuda yang disediakan oleh syarikat tali air tempatan, ke sebuah bangsal yang dijadikan kelas dalam sebuah ladang jagung kira-kira 5 kilometer jauhnya. Aku di sini bertugas mengajar perancang bandar tempatan tentang sistem tali air. Dimana harus ditempatkan, apa akan jadi jikalau tersumbat dan sebagainya.

Kelas yang aku kendalikan selama dua hari itu berjalan lancar, walaupun kadang-kadang terpaksa melayan kerenah perancang-perancang tempatan ini. Ada yang mengunyah sireh dan meludah-ludah dan ada juga yang membawa llama ke kelas. Aku hanya boleh bersabar.

Apapun sepanjang dua hari aku mengajar, aku sangat berhati-hati. Habis sahaja kelas, aku terus pulang ke bangsal dengan kereta kuda yang sama. Untuk makan malam aku telah meminta pihak penganjur untuk membungkuskan satay bison yang dihidang sebagai makan tengah hari.

Malam kedua aku tidak keluar langsung, hanya duduk di bangsal melayan cerita-cerita daripada TS Din, dari kisah-kisah dia menunggang kuda ke hal perang saudara yang berlaku 2 tahun lepas. Dan kali ini barulah TS Din membuka cerita tentang Jamingon Brothers. Bagaimana mereka terlibat dalam kes tembak menembak dengan adik-beradik Palung 5 tahun lepas dan bagaimana kesemua adik-beradik Palung dalam kejadian itu mati dalam serangan.

Peristiwa yang berlaku di kedai runcit OK itu kini tercatit sejarah dan dikenali sebagai Peristiwa Kedai Runcit OK.Pendek kata, Jamingon Brothers adalah the ultimate outlaws di pekan itu. Cerita-cerita TS Din malam itu menyebabkan aku tidur di bawah timbunan jerami.

Tetapi, malam ketiga iaitu malam terakhir, aku gagahkan diri keluar berjalan-jalan kerana tidak tahan mendengar mainan harmonika TS Din. Mainan harmonika lama yang dia terjumpa ketika mengemas stor di rumahnya petang itu. Dan kebetulan juga malam itu ada bazaar larut malam di sebuah delta tepi sungai utama. Ini adalah jalan-jalan aku yang bakal menemukan aku dengan Jamingon Brothers.

Pertemuan aku dengan Jamingon Brothers berlaku di bazaar larut malam, di sebuah gerai cucuk-cucuk khususnya. Sewaktu aku melalui gerai itu, aku perasan beberapa orang lelaki berpakaian hitam lusuh, bertopi coklat, berseluar rambu dan berselempang kulit di badan dan pinggang, berkumpul di hadapan gerai tuala selang 3-4 gerai dari cucuk-cucuk. Kesemua mereka berpakaian lebih kurang sama dengan ciri-ciri disebut tadi, mungkin berbeza sedikit dari segi fesyen dan aksesori.

Situasi di hadapan gerai tuala itu agak kecoh dan bising. Salah seorang darripada mereka kelihatan sedang bercakap dengan pemilik gerai tuala dan dia nampak seperti marah, sementara yang lain bercekak pinggang di belakang dengan muka bengis. Walaupun tak dengar apa yang mereka bualkan, daripada pengalaman aku menonton cerita-cerita di televisyen, lelaki itu kelihatan seperti sedang meminta duit, barangkali duit perlindungan, daripada pemilik gerai tuala.

Aku tercegat di hadapan gerai cucuk-cucuk melihatkan ini. Takut untuk melalui sebelah mereka yang bengis dan yang mana sekali pandang memberi bayangan kepada aku yang mereka inilah Jamingon Brothers walaupun aku tidak tahu bagaimana rupa Jamingon Brothers ini. Aku tak berhenti memandang sehingga salah seorang daripada backup lelaki yang marah-marah tadi menoleh ke arah aku. Orangnya bermisai tebal, berjanggut dan berjambang lebat. Sepantas kilat aku menoleh ke arah lima tingakt makanan-makanan praproses yang biasa orang buat cucuk-cucuk, dengan gaya seperti mahu membeli.

"Hey", kedengaran jeritan lelaki berjambang tadi ke arah aku.

...bersambung

Terus ke bahagian kedua di sini (Bahagian kedua)

Tuesday, December 23, 2014

Kabur

Segalanya perlahan
Tatkala jatuh sejuta titisan
Cahaya pecah hilang sempadan
Ribuan batu hilang cekap cengkaman

Kepala bertemu punggung
Kulit bertemu kepala
Yang bertelanjang bertemu kaca
Langkah terhenti dek bunyi bergema

Dari jauh samar menyapa
Bagai senggama tanpa irama
Tetapi masa tiada menanti
Lalu bersama tanpa rela


Percubaan puisi pertama. Apa macam? Kah kah kah

Monday, December 1, 2014

Alter Ego

"Boleh cakap dengan (tak berapa jelas) ?", kedengaran suara dalam telefon di sebelah sana. Akhiran ayatnya tidak berapa jelas. Tetapi yang pasti bukan nama aku. Waktu itu aku di pejabat orang lain, sedang mesyuarat. Hampir juga aku terus mengatakan salah nombor kerana baru-baru ini aku dapat panggilan daripada seseorang yang mahu bercakap dengan Ivy.

Tetapi entah kenapa untuk kepastian aku bertanya juga.

"Boleh cakap dengan Rabiatul Adawiah?", kali ini lebih jelas.

Hah Rabiatul Adawiah? Aku terkejut sebentar. Itu nama Kak Rok. Kemudian baru aku teringat yang Kak Rok ada menghantar road tax baru keretanya ke ofis aku guna MyEG. Aku yang pada ketika masih tidak berkereta, Kak Rok dengan baik hatinya telah meminjamkan keretanya kepada aku memandangkan dia tiada di Malaysia.

Jadi barangkali yang bertalipon itu ialah orang MyEG yang mahu bertanyakan alamat pejabat aku. Aku terdiam sebentar untuk memikirkan apa yang perlu dijawab. Bagaimana aku mahu mulakan cerita bahawa aku ini bukan Rabiatul Adawiah tetapi hanyalah kawan yang diberi pinjam keretanya.

"Ye, saya".