Jumaat lalu aku menerima mesej daripada Toron (nama dia memang Toron) atau Syahir, mengajak untuk berjalan-jalan di hutan FRIM di Kepong bersama Dirah dan beberapa sekutu kuat mereka pada hari Ahad. Agak keberatan juga mulanya, tetapi memandangkan gayanya macam jalan-jalan ringan seperti mereka buat dengan Eyesblong tempoh hari, aku bersetuju.
Di taman FRIM, ketika ada sedikit mix-up tentang tempat bermula, aku dan Syahir pergi membeli tiket untuk Jambatan Gantung. Di kaunter bayaran aku bertanya kepada kakak yang menjual tiket itu tentang ketinggian perjalanan ke Jambatan Gantung. Kakak ke atau makcik aku tak pasti, jadi panggil kakcik lah. Kakcik itu kata 'takde tinggi pun' sambil tersengih-sengih kecil melayan jenaka retard aku.
Bukan apa, aku tidak berapa suka aktiviti-aktiviti melawan graviti. Yelah graviti membantu kita secara fizikal, kenapa nak dilawan-lawan pulak. Jadi jawapan kakcik tadi sedikit sebanyak menenangkan jiwa aku. Kutu-kutu lain yang turut menyertai adalah Tompel, Shaz, Jedai dan Yong Shi Qim.
Pada awalnya, jalan agak mudah. Jalannya lebar, dan dipenuhi batu kerikil. Bukitnya landai walaupun agak panjang. Masa tu aku masih lagi mampu bergelak ketawa dengan Syahir tentang pesanan dalam peta. Hehe. Tompel sibuk bermain dengan ulat gonggok sementara budak-budak perempuan laju saja berjalan di depan. Bersembang pasal beg tangan kot.
Sampai di open space, aku berasa agak kecewa. Yelah, dalam peta nampak macam besar. Dan bila nampak macam besar, ia akan nampak macam ada orang menjual-jual air atau kuih di situ. Paling tidak pun kraftangan. Hakikatnya, bilik hostel Keledek lagi besar rasanya. Ek.
Di open space ini ada 2 jalan yang boleh dipilih. Hendak terus melalui jalan kerikil, atau naik lagi ke atas melalui jalan hutan menuju ke Jambatan Gantung (atau JG. Mulai sekarang akan dirujuk sebagai JG bagi menjimatkan dakwat komputer). Memandangkan, tiket JG sudah dibeli, kami pun meneruskan perjalanan naik mengikut jalan hutan. Sepuluh minit pertama menaiki jalan itu aku sudah mula rasa macam mahu mencaples muka kakcik tadi. Tak tinggi konon.
Kalau dikira-kira lebih sepuluh kali aku berhenti rehat rasanya. Masa tu ada macam-macam rasa. Nak patah balik pun ada, nak mencaples janggut Toron pun ada, nak terajang belakang lutut Tompel pun ada. Tapi itulah, nak petik kamera pun tak larat, lagi mau pukul orang.
Dan jikalau dilihat dalam koleksi gambar, yang ada hanyalah gambar sebelum open space dan gambar di JG. Di antara itu takde mood nak ambik gambar pun.
Laju kedepan, kami sampai di JG. Tinggi juga JG ni, dalam 1000 kaki kata penunggunya. Lepas JG turun pula, dan mengikut jalan hutan juga. Boleh tahan juga mencabar sehinggakan Tompel mula meracau dalam bahasa Mandarin. Yong Shi Qim pun layan saja. Aku balas pula dalam kantonis. Rasakan.
Sampai di bawah rasa macam mahu berendam di tali air, tapi budak-budak yang bermain air di situ macam tidak bagi join saja. Dalam 2 jam jugalah jungle trekking. Walaupun rasa macam celaka tapi adalah manfaat hari Ahad itu. Seronok pun ada kerana masih hidup.
Mungkin ada yang membaca sambil gelak-gelak dan berkata "eleh, FRIM tu aku boleh naik dengan kaki ikat sebelah siap".
Mai sini dukung aku naik tengok.
5 comments:
hahahaha
hidup cergas, dib!
HAAHAHAHHA
yep hidup cergas memang bagus
sempat lagi ko bahan keledek. EK.
giler besar ulat gonggok tu... betul ke ulat gonggok? bkn centipede yg da ilang kaki ke????
yep memang besar. nak pulak kaki yang jadi perbandingan tu ialah kaki raksasa
Post a Comment