Wednesday, September 30, 2009

Syarat Malam-malam Raya

Setelah aku perhatikan industri televisyen tempatan ni, aku dapat mengenalpasti corak drama yang dipaparkan terutama sekali menjelang, atau pada hari raya. Biasanya pada malam raya, akan ada satu drama di TV (kalau bernasib baik, dua) akan disiarkan sebagai hiburan orang ramai di kala menganyam ketupat.
Berikut merupakan 10 perkara yang boleh didapati dalam drama tempatan, samada salah satu atau kesemuanya sekali.

1. Rosyam Nor

2. Mesti cerita tentang kekeluargaan.

3. Diakhiri dengan kematian, dan selalunya pada pagi raya. Kadang-kadang satu keluarga mati.

4. Keluarga itu biasanya keluarga yang susah, duduk di kampung dalam keadaan daif.

5. Rosyam Nor

6. Dalam adik-beradik yang ramai, biasanya mesti seorang sahaja yang elok perangai (protagonis). Adik-beradik lain semuanya berperangai jijik, lupa diri, tak berperikemanusiaan dan memandu Mercedes.

7. Protagonis biasanya akan tertindas sepanjang cerita, sehinggalah perkara no. 3 berlaku dan mereka yang menindas sebelum ini akan menangis kesesalan. Termasuklah penonton di rumah.

8. Kampung yang dipilih biasanya di Kuala Selangor, supaya tak perlu menukar loghat.

9. Dan pada ketika no. 7 berlaku, kesemua perkara yang dirahsiakan oleh protagonis akan di uraikan, lalu bertambah sedih.

10. Roy Azman sebagai watak tepi.

Friday, September 25, 2009

Hidup dalam Drama

Skrip-skrip dibawah dipetik dari sebuah drama melayu di TV.

Babak 1:
Sarah: Tadi Sarah terjumpa diorang ni ha, melawat kubur mak ayah diorang. (merujuk kepada dua orang anak yatim piatu)
Bapa Sarah: Mak ayah?!
Sarah: Ha, mak ayah diorang dah meninggal, kemalangan beberapa tahun dulu.

Komen:
Apa agaknya yang bermain di fikiran bapa Sarah. Sarah beritahu bahawa budak-budak itu melawat kubur mak ayah mereka, dan disambut dengan penuh kehairanan oleh bapanya. Ada dua kebarangkalian. Mungkin bapaknya hairan budak-budak tadi adalah manusia yang mempunyai ibu bapa, hidup atau tidak. Atau, dia hairan apa yang mak ayah mereka buat di dalam kubur, lantas Sarah menjelaskan bahawa mereka sudah meninggal, dan kerana itu duduk di dalam kubur.
Secara logiknya, mungkin dia terkejut kerana budak-budak ini telah kehilangan kedua-dua ibu bapa mereka, tetapi cara dia terkejut tidak memberi implikasi yang sepatutnya. Mungkin dengan hanya memberi respon "Ohhh" lebih sesuai.

Babak 2:
Bapa Sarah: Wahh sedap awak masak rendang tahun ni, berselera saya makan ni.
Mak Sarah: Tengok lah siapa yang masak bang.
Bapa Sarah: Tau! Hehehe.

Komen:
Macam mana kira ni? Bapa Sarah memuji masakan isterinya, dengan frasa "awak masak" bagi menandakan bahwa dia tahu siapa yang memasaknya. Kemudian isterinya berkias sedikit, mengisyaratkan bahawa dialah tukang masaknya walaupun suaminya sedia tahu siapa yang memasaknya. Okay, mungkin ini satu cara isterinya untuk berlagak, walaupun agak kurang berkesan tetapi boleh diterima. Kemudian suaminya ini, iaitu bapa Sarah tadi, menjawab dengan 'affirmative' bahawa dia tahu siapa yang memasaknya.
Rasanya kalau skrip ini dibuang terus mungkin lebih membantu jalan cerita dan sudah pasti menjimatkan filem.

Wednesday, September 23, 2009

Warna Kegemaran

Biasa dulu, kalau dalam mengisi biodata, antara soalan favrit adalah warna kegemaran. Warna, kata orang boleh menggambarkan personaliti sesorang itu. Menggemari sesuatu warna itu dikatakan adalah satu tindakan pra-sedar yang sedikit sebanyak mencerminkan kendiri jelas atau tersembunyi dalam diri kita. Tapi pasti ramai juga dalam masa yang sama, mempersoalkan secara vokal atau tidak; "Iye ke?".

Biasanya warna akan dikaitkan dengan sifat-sifat manusia. Putih contohnya dikaitkan kesucian, pembersih dan disiplin. Kalau merah pula, mesti akan dipasangkan dengan kemarahan, darah muda, dan keberanian. Secara fizikal memang ye, warna-warna ini memberi impresi psikologikal seperti yang disebutkan. Tetapi kalau nak dikatakan menggambarkan sifat si penggemar, boleh dikatakan ada bullshit-nya juga.

Antara contohnya adalah warna pink. Tanggapan orang biasanya pink ini akan melambangkan feminisme. Entah macam mana perkara ini boleh berlaku, walhal awal abad ke 20 dulu warna pink lebih sinonim dengan budak lelaki. Macam aku, mungkin aku tidak suka warna pink atas sebab tanggapan ini (sebelum difikirkan semula hal ini) dan yang pasti kerana warna pink ini pada mata aku bukan cantik pun. Tapi nak dikatakan feminist, takkanlah si jantan-alfa Clint Eastwood boleh gah memandu kereta pink-nya dalam Pink Cadillac.

Sesetengah orang, warna menjadi obsesi. Kalau meminati satu-satu warna itu, hampir segala barangannya akan di dalam lingkungan monokroma yang sama. Dari baju, ke cermin mata, kasut dan kereta, semuanya kerana obses dengan warna kegemaran. Macam aku, kalau ditanya warna kegemaran mungkin akan menjawab kuning atau oren, kerana nampak sedap seperti buah lemon dan limau. Tetapi bukanlah kegemaran aku untuk memakai baju warna kuning.

Aku lebih gemar memakai baju warna hitam, bukan kerana 'gloom', tetapi kerana kalau orang lain makan kemudian kuahnya terpercik ke baju, tidak akan nampak. Err dan mungkin juga kerana itu sahaja saiz yang ada.

Tuesday, September 15, 2009

Buka Puasa Yang Ramai-Ramai Punya (BPYRRP) 3



Pada 12 September 2009, sekali lagi Majlis berbuka Puasa dapat dianjurkan buat kali ketiga bertuturt-turut. Kali ini dengan kehadiran seramai 29 orang (termasuk adik kecil).
Tempat berbuka adalah di Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA), Bukit Kiara.

Walaubagaimanapun, 3 orang rakan yang sepatutnya menyertai terpaksa menarik diri kerana kemalangan (Che Nab) dan kereta rosak (Pujek dan Leen).

1. Ahmad Adib
2. Jentrongs
3. Rokiah 3gp
4. Pet gumuks
5. ILa Lirit aka Jay Z
6. Bai Cacing
7. Bulu Pubis
8. Elilealea
9. Datuk Ben Dug
10. Popo Sluts
11. Bob Boweto Caulker
12. Jerry Fithri aka Lokapintit
13. Abbas Lengan
14. Zurie
15. Adik Zurie
16. Tat Dedaks
17. Anne Hensem
18. Toron Ducati
19. Dirah aka Chaotic Kitten
20. Sunny Laki Ain
21. Ain Bini Puchong
22. Lord Eyesblong
23. Sinah
24. Mat Dusun
25. Nang Linang
26. Ancak Biker
27. Bevendran 500Dave
28. Kan Ding Dong
29. Arissa Qistina Sani




Pilihan makanan memang banyak. Kalau tidak takkanlah Toron sampai menjerit-jerit masa berebut makanan. Tempat besar dan kami duduk di bahagian luar dekat padang. Senang nak main golf terus. InsyaAllah tahun depan kita berbuka lagi k.