Wednesday, September 30, 2009

Syarat Malam-malam Raya

Setelah aku perhatikan industri televisyen tempatan ni, aku dapat mengenalpasti corak drama yang dipaparkan terutama sekali menjelang, atau pada hari raya. Biasanya pada malam raya, akan ada satu drama di TV (kalau bernasib baik, dua) akan disiarkan sebagai hiburan orang ramai di kala menganyam ketupat.
Berikut merupakan 10 perkara yang boleh didapati dalam drama tempatan, samada salah satu atau kesemuanya sekali.

1. Rosyam Nor

2. Mesti cerita tentang kekeluargaan.

3. Diakhiri dengan kematian, dan selalunya pada pagi raya. Kadang-kadang satu keluarga mati.

4. Keluarga itu biasanya keluarga yang susah, duduk di kampung dalam keadaan daif.

5. Rosyam Nor

6. Dalam adik-beradik yang ramai, biasanya mesti seorang sahaja yang elok perangai (protagonis). Adik-beradik lain semuanya berperangai jijik, lupa diri, tak berperikemanusiaan dan memandu Mercedes.

7. Protagonis biasanya akan tertindas sepanjang cerita, sehinggalah perkara no. 3 berlaku dan mereka yang menindas sebelum ini akan menangis kesesalan. Termasuklah penonton di rumah.

8. Kampung yang dipilih biasanya di Kuala Selangor, supaya tak perlu menukar loghat.

9. Dan pada ketika no. 7 berlaku, kesemua perkara yang dirahsiakan oleh protagonis akan di uraikan, lalu bertambah sedih.

10. Roy Azman sebagai watak tepi.

7 comments:

hj.pet said...

hahaha mcm syal!! no. 3 berlaku sebab sakit perut plak tu

adib said...

betul-betul masa pagi raya. mati dalam tidor

bEkAkIrA said...

prorosam: damn u... he's the best actor... hahahaha, acah jer, ak igt ak sorg je yg perasan fenomena ni...

Anonymous said...

sy sgt sokong!! hihi

adib said...

linda: ye obvious kan? bila agaknya jalan cerita nak tukor.

bEkAkIrA said...

ko plak la jadi director... panggil geng2 ko jadi actornye... topik buat la pasal tanam padi ke, jual orang ke, yg blh buat otak ak berfikir skt...
prorosam: damn damn... he's the best! no one else as good as him... damn u

dugong said...

dib, aku pelakon utame,pet jd org jahat