Monday, March 1, 2010

Melihat Belakang 2

Aku masih ingat lagi dulu semasa dalam darjah dua, aku ada seorang kawan yang agak rapat bernama Phua Chai Ken. Dia juga adalah teman sebelah meja aku.

Adalah satu hari ni, ketika seorang cikgu perempuan kelas aku membebel di hadapan.
"You people only know how to talk talk talk talk..."
Begitulah lebih kurang luahan perasaan cikgu aku itu. (Bunyinya walaubagaimanapun lebih kepada "tock tock tock tock")

Jadi sebagai seorang manusia normal, aku merasakan perkara ini agak melucukan. Dan aku menyampaikan rasa lucu ini kepada Phua Chai Ken.
"Awak perasan tak cikgu cakap macam ayam? kih kih kih", bisik aku kepadanya. Di sini aku tak berapa ingat reaksi Phua Chai Ken. Samada dia turut ketawa atau membuat muka serius kononnya tekun.

Tak lama cikgu itu pun mula meronda dari meja ke meja. Sampai saja di meja aku, Phua Chai Ken tiba-tiba bersuara:

"Cikgu, tadi dia kata cikgu cakap macam ayam"

Dengan muka merah padam aku berkata, "Hah? Mana ada? Takde", sambil merenung muka cikgu tadi yang juga merah padam. Sambil mencekak pinggang cikgu itu berkata:

"Mana you punya homework?"

Ah. Inilah yang dikatakan orang sebagai kombinasi. Atau kalau dipendekkan "combo". Sudahlah di belot rakan sebelah meja, kerja rumah pulak tak siap.
Pada pengakhiran darjah dua, aku mula kurang berkawan dengan Phua Chai Ken kerana dia sudah mula menujukkan sifat-sifat fasis-nya.

Eh, ataupun akukah yang berkawan dengannya hanya supaya boleh pinjam pensel warna?

4 comments:

bEkAkIrA said...

nama sebenar ke x nih? hehehehe

adib said...

yes nama betul

Anonymous said...

Hahaha choy! Phua Chai B*tch!

heyjoni said...

haha!