Satu malam aku memasang radio. Waktu itu aku dalam perjalanan ke Bukit Sentosa. Satu minggu aku berulang-alik Shah Alam-Bukit Sentosa-PJ dan selama seminggu aku mendengar CD album Keroncong Klasik Volume 8. Album yang menampilkan M. Rivany, Toto Salmon, Waldjinah and gang. Pada malam itu mungkin baru berkahir putaran yang kesembilan belas tanpa henti buat album itu dalam pemain cakera apabila aku berkata, "eh try dengar radio lah".
Siaran pertama aku bukak, ada keluar lagu bising-bising. Bunyi orang nigro terjerit-jerit sambil bercakap laju-laju. Bunyi bass menghentam-hentam mengiringi di belakang bagai di-sample dari disko-disko gelap. Hanya bunyi synthesizer membekalkan sedikit melodi, itu pun dalam dua note. Bullshit. Aku tukar siaran. Radio apa pun aku tak tau, di paparan hanya keluar nombor seperti markah per seratus.
Lagu seterusnya, lagu melayu. Lagu-lagu jenis sekarang di mana kita tak dapat nak beza siapa penyanyinya mahupun lagunya. Ini lagu-lagu yang sekali dengar boleh tau, produk Akademi Fantasi. Terus tukar.
Tamil. Tak paham. Terus tukar. Tapi kalau paham mungkin lebih menarik dari radio-radio tadi.
Akhirnya, kerana tidak puar hati dengan channel-surf tadi, aku terus memilih radio yang aku mahu dan tahu. Radio satu RTM, atau Radio Nasional. Kadang-kadang banyak lagu-lagu sedap yang diputarkan.
Ketika itu, sesi karaoke bersama pendengar baru bermula rupanya. Pendengar akan menghubungi radio dan request lagu untuk dinyanyikan bersama artis jemputan. Artis pada malam itu ialah Siti Fairuz. Aku tak berapa pasti Siti Fairuz ini siapa sebenarnya, teapi nama macam famous tetapi yang pasti namanya bunyi old-school gila. Ok, takpe. Layan aje.
Pemanggil pertama, lelaki, minta lagu Hati ke Hati. Lagu lama asli. Standard lagu irama Malaysia. Lenggok musiknya, diiringi accordion dan apa bagai. Ok lah juga. Boleh tahan juga suara kawan tu.
Pemanggil kedua, meminta lagu yang sama, Hati ke Hati. Berduet dengan Siti Fairuz. Ada sedikit kantoi suaranya.
Pemanggil ketiga, lagu yang sama.
Pemanggil keempat, lagu yang sama.
Sehingga pemanggil kesebelas, semuanya meminta lagu Hati ke Hati. Barangkali ini adalah rekod dalam penyiaran radio dimana paling banyak lagu yang sama diulang secara terus menerus dalam masa sejam. Gila!
Tekan Mode, tukar ke Cakera Padat.
CD 4, Trek 1: Padi yang Menguning oleh M. Rivany.
Kata orang alang-alang dah 19 genapkan ke saja ke 20.
Entah macam mana orang ramai boleh dengar radio eh?
1 comment:
Hehe. Ku ingatkan ku seorang. Happy 20th round Adib. Not listening to radio won't kill us ey?
Post a Comment