Monday, February 10, 2014

Senarai Terbaik

1. Lagu Terbaik Kumpulan Radiohead : Like Spinning Plates (Amnesiac)
- Selepas 12 tahun baru aku dapat tangkap betapa powernya lagu ini. Aku pernah pasang lagu ini untuk diperdengarkan kepada kawan-kawan dan respon yang aku dapat: "Ini lagu ke apa benda ni?!". Tapi aku peduli apa.

2. Lagu terbaik Kumpulan Exists: Diammu Gunung Berapi (Diammu Gunung Berapi)
- Exists telah banyak berevolusi dari zaman Oh Ibu, dan paling ketara ketika era Ezad. Peak ketika awal millenium dengan lagu Jesnita (yang aku benci sebenarnya), bagaimanapun menerusi pendengaran semula, aku dapati DGB adalah lagu terbaik Exists.

3. Lagu Terbaik Kumpulan Soundgarden: Outshined (Badmotorfinger)
- Aku menyedari kehebatan lagu ini ketika mendengarnya pada satu hari sewaktu memandu kereta ke Bangi. Lagunya bunyi simple sahaja tetapi chorus-nya terasa syaitan. Seperti kau sedang berdiri di tengah hutan waktu malam dikelilingi api dan semua pokok hanya paras pinggang sahaja.
 
4. Filem Terbaik David Fincher: Seven (1995)
- Aku tonton masa Darjah 5. Faham separuh, mengantuk. 4 tahun kemudian aku tonton balik dan baru faham dan juga baru aku sedar betapa power-nya cerita ni. Apa-apa cerita thriller dengan serial killer selepas itu akan sentiasa aku bandingkan dengan Seven. Power nak mampus.

5. Filem Terbaik Wes Anderson: The Life Aquatic with Steve Zissou (2004)
- Aku dah tonton semua filem Wes Anderson kecuali Bottle Rocket (sebab malas) dan aku merasakan LAWSZ adalah filem terbaiknya walaupun dapat markah 53% di Rotten Tomatoes. Bodoh diorang ni. Colour filem ini, dialog-nya, lagu-lagu David Bowie dalam portugese, dan Bill Murray, bak kata The Jebs, perfect!
Dan barangkali juga kerana aku boleh relate dengan watak Steve Zissou itu sendiri.

6. Lagu Terbaik Kumpulan Iklim: Budi (Budi)
- Lagu ini bermula slow dan tenang kemudian membawa kepada chorus dengan pitch tinggi. Build-up yang sangat baik. Disebalik irama yang sempurna ini, lagu ini mempunyai complexity yang subtle. Macam mudah tapi tidak. 

7. Lagu Terbaik Faizal Tahir: Vortex (Faizal Tahir)
- Lagu dari album terbaru  FT ini terus menjadi favrit selepas mendengar buat pertama kali. Bermula dengan laju, diselitkan bunyi-bunyi industrial, sesuai dengan konsep album yang ada ngiang-ngiang futuristik, kemudian dipamerkan kehandalan vokal si Faizal ni. Chord progression yang best. Itu, di samping liriknya yang ada sebut "telanjang".

8. Lagu Terbaik M. Nasir: Oh! Anak & Langgam Pak Dogo (Berkongsi tempat, Phoenix Bangkit)
- Susah nak pilih antara dua ini. Very strong favourites. Kedua-duanya, berunsur etnik, satu straight up Kelantan tapi dengan sentuhan M. Pasir, satu lagi ada unsur-unsur lagu melayu zaman pendekar petang-petang di TV3 campur dengan unsur-unsur lagu Hawaii yang orang main tepi pantai tu. 

9. Lagu Jazz Standard Terbaik: Body & Soul (Nyanyian Sarah Vaughan)
- Lagu ini menjadi favrit selepas aku dengar pada satu malam di dalam bilik dengan hanya lampu kuning, tingkap terbukak, di depan komputer. Perasaan masa tu macam berada di Zaman Depression di Amerika Bersatu (walaupun kehadiran komputer di depan mata agak spoil feel tersebut). Dan ini menjadi favrit aku sebelum aku jumpa website jazzstandards yang turut meletakkan lagu ini di tangga pertama. Orang-orang macam kami memang berfikiran sama. Ya, kami yang berdarah nigro.

10. Filem Gengster Terbaik: Gangs of Wasseypur (2012)  
- Susah nak buat keputusan ini sebenarnya, dengan calon-calon seperti Godfather, Goodfellas dan City of God, tetapi aku tekad juga memilih filem ini. Shot, cerita (5 jam, larat kau?), sound(song)track, dan scene kejar mengejar paling power dalam sejarah perfileman. Cerita gengster yang penuh dengan flaws (gengster itu, bukan cerita) dan pengakhiran yang tidak diinginkan tetapi puas hati. Ha macam mana kau nak buat tu?

4 comments:

bee said...

Aku benci vortex!!!

adib said...

I know, i know. Vortex increases drag, this slows down the aircraft, consumes a lot if fuel. Kan kan?

dugong said...

Hahaaha vortex tu lucu.

gua nak taruk terbaik gua gak berdasarkan senarai lu. ade beberape yg gua xpuas hati ngn lu punye terbaik

1. I will (Hail To The Thief) - Yg ni lg seram sejuk bai

2. Dirantai Digelangi Rindu - Pujangga beb lirik dan melodi die

3. No komen sbb xdgr semue

4. Yg ni ok tp klu gua nak selit skali ngn Fightclub bole tak?

5. Pi lantak la yg ni

6. Ok. Mula2 nk counter ngn Bunga Emas tp lepas dgr balik teringat plak putat karaoke lagu ni kt kontan pas makan malam kt kedai tomyam, lu ingat tak?

7. No komen

8. Langgam Pak Dogo, Secangkir Kopi Semanis Puan, Lara, Tanti, Di Jalan Sesat, Gurindam Gunung Tahan, Bikin Filem dan Yang Bertahta Akhirnya

9. No komen. Norah Jones bole kire?

10. City of God. Wasseypur no 2 xtgk lg

adib said...

Ok. Tahu tak lagu like spinning plates tu asalnya dia terbalikkan lagu I will? Haaaa

Kira lepas ko teringat putat nyanyi bunga emas tu ko terus down lah ni? Hahahaha

Wasseypur part 2 boleh kata 2.5 kali ganda lagi best dari part 1